39 | psycho obsession

7.2K 395 57
                                    

           

                "Sayangggg, bangun makan," Ethan menepuk perlahan bahu Medina menyuruh isterinya bangun. Kesian sungguh Medina malam tadi. Zade asyik meragam je. Sampai dia pun tak cukup tidur. 

Medina buka matanya. "Dah pukul berapa abang?" Soal Medina sambil sandarkan tubuhnya di kepala katil.

Rambutnya yang menutupi wajahnya itu,Ethan betulkan. Ethan melihat muka penat isterinya itu terus rasa serba salah. Kalau nak ikutkan, dia nak aje biarkan Medina tidur. Tapi Medina kan belum makan lagi. Jadi dia terpaksa lah kejutkan isterinya. 

"Baru pukul 8 pagi. Sarapan dah sampai. Abang tak nak isteri abang lapar. Sekarang Zade tengah tidur. Sayang makan lah dulu. Ke sayang nak abang suapkan?" Ethan ambil kerusi lalu dia duduk disebelah katil Medina. Dulang yang ada diatas meja itu diambil. 

Medina senyum. "Boleh juga," badan dia betul-betul penat sekarang ni. Dia tak larat nak makan sendiri. Nasib baik ada encik suami. Boleh suapkan dia. Hehe mengada.

"Meh sini dekat sikit." Ethan betulkan bantal yang berada dibelakang Medina. 

"Sedap?" Tanya Ethan bila dia suapkan makanan itu ke dalam mulut Medina. Medina senyum lalu angguk. 

"Sedap!" 

Ethan balas senyuman isterinya. "Lepas makan tidur lah ya?" 

Medina geleng. "Tak nak lah tidur balik, nanti Medina gemuk." Terus muncung bibir Medina. Ada ke patut suruh orang tidur lepas makan? Tak tahu ke berat dia dah naik 10kg? Daripada 50kg sekarang dah naik 60kg tahu tak! 

"Mana ada gemuk? Sayang comel je macam selalu," Ethan pegang dagu milik Medina lalu dia dongak kan sedikit untuk melihat mata cantik isterinya. 

Medina geleng kepala. Tak setuju dengan kata-kata suaminya itu. "Tipu. Ramai yang cakap muka Medina makin bambam," 

Ethan geram betul bila tengok Medina kembung kan pipi dia macam tu. Rasa nak gigit! Sudahnya Ethan cubit manja pipi tembam itu. 

"Hey, apa cubit-cubit ni? Nak kena?" Medina buat gaya seakan ingin menumbuk suaminya. Ethan ketawa. 

"Ceh, tangan pun tembam. Ada hati nak tumbuk orang." Ethan buat-buat jeling. Medina melihat itu terus muncung bibir nya. Ethan ketawa. 

"Dah-dah tak mau marah-marah. Dah jadi ibu kan? Now sayang tidur, rehatkan badan tu. Nanti kalau dah bangun, abang mandikan. Okay?" Ethan angkat ibu jarinya. Memang itu tugasnya selepas Medina melahirkan anak mereka. Mandikan isterinya, suapkan makan, mandikan Zade, macam-macam lagi lah. Dia tak pernah mengeluh pun buat semua itu. Baginya seronok sangat. Rasa macam suami mithali. Hehe.

Ye lah, dulu masa dia sekolah menengah, dia tak pernah pun bahagia. Ada ayah pun, dapat yang jenis kaki pukul. Ibu pun sama je. Dia tak nak lah buat macam itu dekat Medina dengan Zade. Selagi nyawanya masih ada, dia akan jaga keluarganya dengan baik. 

"Abang... Bila Medina boleh keluar dari hospital ni ya?" Soal Medina sambil bermain-main urat di tangan suaminya. 

"Kalau sayang dah betul-betul sihat. Boleh lah sayang keluar." Balas Ethan lembut. Dahi Medina dia cium. 

"Hmm... Dah lama tau saya tidur dekat sini. Saya rindu rumah." 

"Rindu rumah je? Abang tak rindu?" Mulalah Ethan mahu mengusik. Pantang ada peluang. Ada je akalnya. 

Medina mencebik. "Saya setiap hari tengok muka abang yang handsome tu. Tak salahkan saya rindu rumah? Saya nak tengok pokok bunga yang kita tanam hari tu. Mesti dah tumbuh akar kan?" 

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Where stories live. Discover now