20 | psycho obsession

18.1K 877 72
                                    

Medina cabut cable pengecas telefon pintarnya apabila bateri telefon sudah cukup 100%. Medina menghela nafas lega. Hampir dua jam dia duduk dekat sini. Nasib baiklah ada seorang staff perempuan benarkan dia cas telefon disini. Dapat lah dia penuhkan bateri telefon dia yang dah lama nazak ni.

Medina ucap terima kasih kepada pekerja perempuan itu lalu dia keluar dari kedai stesen minyak dan menuju ke kereta Aiman. Pintu dibuka kemudian dia masuk. Benda pertama yang dia buat dia isi topup dulu sebab dia nak buat panggilan dengan seseorang.

Selesai sahaja Medina isi topup ke dalam telefon pintarnya itu lalu berdesup notification masuk. Tak henti-henti sampai naik pening Medina mendengarnya. Banyak missed call yang dia dapat. Dan paling banyak telefon dia adalah ibu dan juga Ameera.

Medina gigit bibir. Nak call ibu balik ke tak ya? Nak call sekarang tak boleh, sebab mesti ayah ada sekali. Medina geleng kepala. Tukar plan, baik dia call Ameera. Tanpa membuang masa, Medina terus call Ameera. Dia mesti kena minta tolong dengan Ameera.

"Medina! Kau dekat mana?! Asal aku call tak dapat?! Ha?!" Terus medina jauhkan telefon itu daripada telinganya. Haih lah, dengan tak bagi salamnya terus kena marah macam ni.

"Satu-satu boleh tak?"

"Macam mana aku nak tanya kau satu-satu kalau kau dah sebulan lebih hilang! Kau tau tak aku call kau macam nak mampus! Aku risau kau faham tak? Aku takut kau kena culik dengan mamat gila tu!" Marah Ameera. Orang tengah risau kan dia. Boleh pulak dia suruh kita tanya satu-satu?

Medina gigit bibirnya. Haih Ameera, memang aku kena culik dengan mamat tu! Siap jadi bini lagi. Kalau dia bagitau Ameera pasal benda ni, confirm member pengsan tak pun koma.

"Ameera, kau dekat mana sekarang ni?" Soal Medina. Dia rasa ada satu tempat dia rasa selamat sekarang ni. Dan dia harap sangat Ameera ada rumah sewa. Boleh dia tumpang buat sementara waktu. Bukan nak ambil kesempatan. Sebab sekarang ni dia dah tak selamat. Dia kena cari Ethan. Dia betul-betul risaukan lelaki tu sekarang ni. Lantak lah Ameera kata dia gila ke apa. Nak buat macam mana? Dah Ethan yang buat kita fall in love dengan dia. Jadi siapa yang salah? Kita ke dia?

Berkerut dahi Ameera bila Medina tanya soalan itu. Ameera mengeluh. Lain ditanya, lain dijawab.

"Aku duduk rumah sewa aku dekat Kuantan. Asal? Kau nak duduk sini ke? Kalau nak aku bagi location sekarang" balas Ameera. Tunggu lah kau Medina. Akan ku kurik semua cerita mu nanti.

"Tapi...kau jangan bagi tau siapa-siapa..janji tau?" Dia takut kalau Ameera khianat dia. Sebab dia betul-betul tak nak orang tahu yang dia nak ke Kuantan sekarang ni

. Kalau orang lain tahu, habis Ethan nanti. Sebab polis pun sedang jejak mereka. Medina tak kisah kalau polis kata dia bersubahat sekali. Sebab Ethan suaminya, dia tetap akan ada di sisi Ethan buat selama-lamanya.

Beria-ria Ameera angguk kepala macam Medina ada dihadapannya sekarang ni. "Ye aku janji! Okay aku bagi location sekarang. Aku tunggu tau!" Cepat-cepat Ameera buka aplikasi WhatsApp kemudian Ameera beri live location kepada Medina.

Ting!

Medina tersenyum. Nice! Terus Medina masuk ke dalam kereta dan menuju ke rumah Ameera.

___

Manakala Ethan pula sibuk sedang mencuci lukanya bersama Kasih yang setia ada bersamanya. Walaupun mulut budak ni asyik bising aje. Tapi Ethan buat tak tahu je. Sebab Kasih kalau membebel, tangan bergerak. Dan sekarang lukanya sudah siap dibalut oleh Kasih. Kan dia dah cakap, Kasih ni berguna. Tak sia-sia dia culik budak ni.

"Bang... agak-agak lah kan, luka abang ni bila nak sembuh?" Soal Kasih dengan wajah innocent nya. Abang Ethan yang kena tembak, dia pula yang rasa sakit. Lelaki ni rilek je macam kena tembak dengan pistol air!

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Where stories live. Discover now