[ 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐈𝐙𝐖𝐀𝐍𝐈 ]
"MEDINA, Aku tengok kau ni kan. Mesti sendu kan? Ye lah, boyfriend pun takde. Kau tak rasa bosan ke?" Aku mendengar Ameera merangkap kawan baik aku sedang membebel disebelah aku. Aku jeling dia.
"Biar lah nak sendu ke apa. Aku tak kacau orang pun" balas aku selamba. Entah kenapa aku rasa tak berminat dengan soalan Ameera itu. Macam lah aku ni tak boleh hidup tanpa lelaki.
"Yes I know. At least kau kena lah cari sorang untuk jadi peneman hidup kau. Aku tahu mesti kau pun rasa teringin nak rasa kasih sayang kan?" Ameera cuba nak pancing aku. Walaupun aku agak sedikit setuju dengan kata-katanya. Tapi aku tetap dengan keputusan aku.
"Nope. Dulu ya lah. Sekarang aku rasa tak kot. Lagipun aku rasa macam buang masa je bercinta. Bukan dapat apa pun. Cukuplah dulu. Aku trauma" serik! Aku cukup serik bila teringat peristiwa dimana aku dapat tangkap ex boyfriend aku tidur dengan perempuan lain. Macam nak mati aku menangis masa tu.
Haih tu lah sebab kenapa aku malas nak bercinta. Bukannya aku tak layan dia. Aku bagi dia masa. Tapi entah lah, lelaki yang macam tu memang tak cukup satu. Kalau boleh dia nak 10 perempuan. Senang sikit nak buat spare part. Dah bosan, cari lain.
"Come on lah Medina. Tak semua lelaki sama. Kau ni cuba lah buang mindset negatif kau tu. Meh sini aku tunjuk kan dekat kau satu apps ni" Ameera keluarkan telefon pintarnya. Dahi aku berkerut. Apa lah yang Ameera nak hasut aku ni?
"Ni. Kau download lah apps ni. Mesti trauma kau akan hilang. Trust me" Ameera serahkan telefon bimbitnya dekat aku.Aku mengeluh dan aku ambil.
"Aku takut lah Meer. Kau pun tahu kan pernah ada kes perempuan mati sebab kena bunuh dengan kawan online dia. Kau nak aku jadi mangsa jugak ke?" Ameera ni pun satu. Aku ni lah dah masih takut dengan kes yang itu. Inikan dia suruh aku buat benda yang sama.
Ameera ketawa lucu. Apa? Betul lah apa yang aku cakap kan? Baik kita berhati-hati sebelum benda tu jadi.
"Apa kau ni? Lek lah. Takde punya. Percayalah cakap aku. Disebabkan apps ni lah aku dapat Zafrel. Sumpah weyh baik gila zafrel tu, setiap hari dia bagi aku duit belanja" Ameera sudah tayang muka bangga. Bangga sebab dapat boyfriend macam tu.
Entah kenapa aku sedikit terhasut apa yang Meera cakapkan tu. Aku terfikir. Tak salah kan kalau mencuba?
Aku angguk. "Fine! aku download" terus aku ambil telefon aku dekat dalam bag, kemudian aku buka App Store. Terus melebar senyuman Ameera.
Aku geleng kepala. Kalau bab hasut orang, memang nombor satu kan? Haih.
~~~
Pada malam itu aku cuba mencari lelaki yang sesuai untuk aku. Kalau aku berminat, aku slide kanan. Kalau aku tak berminat, aku slide kiri. Dan buat masa sekarang ni, aku banyak slide kiri sebab semua tak kena dengan test aku. Haha nak hidup bahagia kan? Mestilah aku nak yang boleh dipercayai.
Aku pun slide...slide... tiba-tiba aku ternampak satu gambar lelaki ni. Hmm handsomenya! Berkaca mata lagi tu. Hehe kenalah dengan test aku. Nampak comel. Ada lesung pipit lagi. Agak-agak, dia nak ke accept aku? Hemm terfikir juga.
Entah-entah lelaki ni boyfriend orang. Tapi baca caption dia, kata single dan nak cari pasangan hidup. Single kot. Dan aku pun slide ke kanan. Aku senyum. Nama pun sedap. Mr Gray. Bukan kaleng-kaleng nama dia. Nasib baik bukan Gary. Kalau Gary, mesti aku teringat kucing Spongebob Squarepants.
Ting!
Aku nampak ada satu mesej masuk. Terus aku buka. Mata aku meluas. Wah! Dia accept aku!
[ mr Gray ]
Hey, tak tidur lagi ke?Aku tersenyum. Wah cepat nya! Haih terima kasih lah kau Ameera. Tak sangka malam ni aku dapat jodoh awal. Aku ambil bantal peluk kemudian aku balas mesej dia secara meniarap.
[ me ]
Hey, hehe belum lagi lah awak. Saya belum mengantuk lagi.[ mr Gray ]
Ouh, ye ke? 😅 saya ingatkan sebab awak tunggu saya.Terus aku tersengih. Halah Halah, comel! Hehe tahniah encik Gray. Awak berjaya buat saya blushing.
[ me ]
Awak buat apa? Esok awak cuti ke?[ mr Gray ]
Saya tengah tengok awakTerus badan aku mengeras. Automatik kepala aku melihat sekeliling. Aku telan liur. Aku pandang semula chat dia.
[ mr Gray ]
Haha saya gurau aje lah. Jangan takut. Saya takde niat jahat pun.Huh lega hati aku baca. Haih Encik Gray ni, pandai dia bergurau!
[ mr Gray ]
So nama awak medina ya?[ me ]
Yupp! Nama saya Medina. Medina Izwani.[ mr Gray ]
Nice name. Macam nama future wife sayaKali ni aku tak boleh tahan dah. Terus aku ambil teddy bear aku dan aku menjerit. Oh my gosh! Dia ni kan! Argh! Dah buat aku angau dengan dia!
[ me ]
Awak ni suka tau buat saya blushing malam-malam ni[ mr Gray ]
Ouh really? Awak blushing? Mesti comel kan?Sekali lagi aku tersipu-sipu malu. Haih perempuan kan, puji sikit kembang semangkuk. Tapi aku tau, tak semua perempuan ada perasaan sama macam aku. Aku menguap.
[ me ]
Awak... saya mengantuk lah[ mr Gray ]
Aloooo really Medina? Saya baru nak borak dengan awak lama lagi. Kalau awak mengantuk. Takpe la, sleep well little girl.[ me ]
Good night 🌹[ Mr Gray ]
Good night too little girl. Sweet dreamsAku senyum. Lah tadi beria-ria kata tak nak lah. Itu lah, ini lah. Sekali? Hmm baru chat dah fall in love. Teruk betul perangai kau ni Medina. Ingatkan dah berubah. Rupanya Belum.
Baik aku pergi tidur. Esok nak pergi kerja. Haih malas betul lah nak bangun pagi.
𝓣𝓸 𝓫𝓮 𝓬𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭..

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RandomMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...