SAMPAI sahaja di rumah. Arthur terus pergi ke seat belakang untuk bantu Ethan turun dari kereta.
Kasih pula mengambil barang-barang mereka didalam kereta lalu bawa masuk ke dalam.
"Abang...orang tua tu macam mana?" Tanya Kasih bila perasan hambabi tu masih lagi ada didalam kereta. Masih pengsan lagi ya. Haih Aku rasa macam nak bunuh je orang tua ni. Dah lah pengsan mulut ternganga. Buruk betul muka. Ups! TERbody shaming pula.
Langkah Arthur terhenti. Dia pandang Kasih.
"Kau tunggu situ. Nanti aku datang" kata Arthur sebelum dia terus bawa Ethan masuk ke dalam rumah. Hamdan tu nanti-nanti lah dia uruskan. Bukan apa, dia ada 'kerja' sikit dengan orang tua tu. Tapi, dia nak tunggu Ethan sihat dulu lah.
"B..bang, Medina mana?" Tanya Ethan bila mereka sudah masuk ke dalam rumah. Mana isteri dia? Dia rindu dengan isterinya.
"Medina ada dekat rumah aku. Aku suruh Melissa jaga sekejap. Aku tak nak dia duduk dekat rumah ni sorang-sorang. Aku risau kalau jadi apa-apa dekat dia. Sudahlah dia tu mengandung. Jadi, nak tak nak. Aku kena suruh Melissa jaga isteri kau buat sementara waktu. Kau okay je kan? Aku minta maaf, itu je cara nak bagi isteri kau selamat " kata Arthur. Bernasib baik lah Melissa tak cepat melatah bila dia bawa Medina pulang ke rumah mereka. Risau juga dia. Buatnya Melissa jadi singa, tak ke haru jadinya? Dah la Melissa tu masih trauma lagi dengan dia.
Bila Arthur duduk kan Ethan di atas sofa. Tiba-tiba sahaja Ethan terbatuk-batuk dengan teruk.
"B... bang!" Ethan mula menepuk-nepuk dadanya. Arthur melihat itu, terus matanya meluas bila dia nampak ada darah di telapak tangan Ethan. Arthur cepat-cepat cari kain untuk lap darah di bibir adiknya. Telefon bimbitnya diambil untuk membuat panggilan telefon.
"Han! Kau kenapa ni?!" Arthur jadi kalut bila dia nampak darah di mulut Ethan keluar semakin banyak.
"Aduh mana dia ni?" Arthur mula risau. Mana pula Darren ni? Kenapa susah sangat nak angkat call?
Dalam beberapa minit kemudian, panggil telefonnya diangkat.
"Thur? Kenapa kau call aku?" Tanya Darren. Nasib baik sekarang dia tak busy sangat.
"D... Darren, tolong aku..." Arthur semakin resah bila Ethan sudah tidak bermaya. Dia tak tahu nak buat apa sekarang ni. Darren sahaja harapan dia. Harap Darren boleh bantu dia.
"Kenapa? Tolong bagi tau aku terus Arthur! Jangan buat aku tertanya-tanya!" Marah Darren.
"Adik aku... Please aku nak kau datang ke sini. Tolong aku Darren" Arthur lap darah di mulut Ethan. Ethan betul-betul rasa lemah sekarang ini. Matanya juga tidak mampu nak buka sepenuhnya.
Darren tarik nafas dalam-dalam. "Kau bagi alamat kau sekarang, aku datang"
_________________________________
"MACAM mana boleh jadi macam ni? Teruk sangat keadaan adik kau ni Arthur? Apa yang diorang buat dekat adik kau sampai adik kau boleh jadi macam ni?" Darren terkejut melihat keadaan Adik Arthur. Sangat-sangat teruk! Kalau dia lambat tadi, kemungkinan Ethan sudah tiada didalam dunia ni lagi.
Dan Ethan sangat-sangat bernasib baik sebab klinik milik Darren sangat dekat dengan dikawasan rumah mereka. Jadi mudah untuk mereka bawa Ethan ke sini.
Mungkin tempat ini sahaja yang selamat untuk Ethan. Sebab klinik Darren dikawasan perkampungan. Arthur yakin Ethan akan selamat disini.
"Diorang tak boleh buat adik kau macam ni. Walaupun adik kau sorang penjenayah, mereka tak patut buat macam itu" kesal sungguh Darren rasa. Seorang pegawai polis, sanggup dera banduan sampai jadi macam ni!

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RawakMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...