HAIH... buat kali ke berapa entah aku mengeluh. Aku ingatkan lelaki tu tak kunci pintu. Rupanya dia kunci. Mereput lah aku dalam ni. Dah la bilik ni takde apa-apa. Aku nak tengok tv pun tak boleh. Kalau ada pun tak boleh nak buka.
Sudah lah gambar-gambar dalam ni semuanya menyeramkan. Naik bulu roma aku tengok. Mana lelaki ni bawak aku ya? Apa yang dia buat dengan Aiman? Bunuh? Argh!! Stress nya aku! Asyik fikirkan benda yang sama. Naik serabut kepala aku. Habis tudung aku senget.
Tapi aku rasa kecil hati bila dengar pengakuan Aiman tadi. Ayah... jual aku? Dia jual aku dekat Aiman? Tapi kenapa? Aku ni anak dia. Tak kan lah sebab aku ni tak pandai? Sampai sanggup jual aku?
Aku mengeluh. Aku cuba kawal air mata aku dari mengalir. Aku mula rindu kawan aku. Aku mula rindu Ethan. Dia dekat mana? Mesti dia cari aku. Sudah lah aku tak chat dia lagi. Telefon semua ada dekat dalam kereta Aiman. Makin serabut kepala otak aku.
Aku pandang ke arah tingkap. Nak tengok pemandangan pun rasa macam menyeramkan. Mana taknya, penuh dengan pokok-pokok je. Haih dia bawa aku ke mana ni? Yang aku tahu mesti tempat ni jauh dari bandar. Kenapa suka sangat duduk tempat yang macam ni? Aku kadang-kadang terfikir juga. Ada Line ke dekat sini? Mungkin dia panjat pokok kot.
Mana dia ni. Aku nak keluar. Haha kalau dia bagi. Pernah ke tengok penculik benarkan mangsa dia jalan-jalan? Itu bukan culik namanya. Haih penat lah aku macam ni. Takde siapa-siapa ke yang lalu dekat sini.
Tapi kan... tempat ni macam menarik. Hutan dia macam tempat-tempat yang aku selalu tengok dekat Pinterest. Menarik! Aku suka hutan, tapi aku tak suka pergi sana.
Lama aku termenung sehinggalah aku terdengar pintu bilik ini terbuka. Aku pusing ke arahnya.
"Kau buat apa?" Tanya dia sambil melangkah ke arah aku. Aku mengundur ke belakang dan langkah nya terhenti.
"Medina... aku tak kan buat apa-apa dekat kau. Jangan takut okay? Aku... cuma nak selamatkan kau je. Tolonglah, aku merayu" pandangannya ketika ini buatkan aku rasa berlembut hati. Tapi aku kena tetap berjaga-jaga, mana tahu lelaki dekat depan aku ni hanya berpura semata-mata? Tak ke haru jadinya? Risau juga.
"Medina..." dia panggil nama aku sekali lagi. Ye sekali lagi. Suka sangat panggil nama aku. Tau lah nama aku cantik! Mana entah dia dapat tahu nama aku. Haih makin tertanya-tanya aku dibuatnya.
"Awak siapa sebenarnya? Boleh saya tahu?" Aku harap dia jawab soalan aku. Aku dah penat nak tanya soalan yang sama. Aku cuma nak tahu dia siapa. Itu sahaja. Bukannya aku nak tahu status dia. Aku cuma nak tahu dia siapa. Tak susah kan soalan aku?
Dia terdiam. Lama mata dia pandang tepat ke arah anak mata aku. Tajam. Sampai aku rasa malu. Entah kenapa renungannya buat aku rasa berdebar-debar. Ahh kau Medina! Jangan buat hal. Kau nak jadi apa? Ingat, kau kena culik. Bukannya kena ajak dating!
"Kenapa... nak tau? Penting ke?" Tercekik air liur aku dengar soalan dia. Penting ke? Haha soalan apakah ini? Kau ingat ni apa? Woi aku ni nak tahu kenapa kau culik aku! Dah lah trauma aku kena stalker tak habis lagi. Ni tambah kena culik.
Double trauma.
Aku meraup wajahku dengan kasar. Nasib baik lah aku tak pakai alat solek. Kalau tak habis hitam mata aku sebab maskara cair. Aku pandang muka dia.
"Penting. Sangat-sangat penting. Awak... tolonglah, bagi tau saya. Siapa awak? Dan kenapa awak bawa saya ke sini? And saya nak tanya, awak sorok Aiman dekat mana? Saya tanya bukan sebab saya risaukan dia. Saya cuma nak tahu dia dekat mana. Itu je" Huh! Habis kering air liur aku bercakap. Kalau dia tanya penting ke tak. Memang aku sepak bawah dia sampai lunyai. Penat aku bina ayat ni.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
DiversosMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...
