45 | psycho obsession ( tamat )

11K 418 77
                                        


    

             "HAN? Kau betul ke nak buat semua ni?" Tanya Darren. Risau kalau rancangan lelaki itu tidak menjadi.

"Jangan risau lah, dia tak kan akan bunuh aku punya." Balas Ethan. Dia tarik nafas dalam-dalam untuk hilangkan rasa gementar. Risau tu adalah sikit. Sebab dia takut kalau Medina baling mangkuk dekat kepala dia. Huhu tak mau lah! Sudah lah hari ni birthday dia.

"Aku nak kau guna peluang kedua ni baik-baik Ethan. Walaupun kau dah tukar semua identiti kau, kau kena berjaga-jaga. Ingat, polis masih lagi cari kau"

"Iye, aku tau tu, kau jangan risau. Kau jaga je Kasih tu baik-baik." Kata Ethan dengan suara sedikit tegas. Walaupun dia dengan Kasih bukan adik beradik kandung. Tapi dia sayangkan budak tu macam adik sendiri. Kalau Kasih takde, takde nya dia dapat Medina. Ingat senang ke nak pikat Medina ni? Susah tau!

Darren mengeluh. Ethan melihat itu rasa pelik. "Asal? Kau dengan Kasih ada masalah ke?"

"Takdela, kau pun tahu lah Kasih tu macam mana. Dia tak habis-habis cakap aku tua. Aku mana ada tua, baru umur 32 tahun! Haih dia nak tunggu aku umur 38 baru nak terima ke macam mana? Puas tau aku pujuk dia. Asyik tak menjadi je. Han, kau takde idea ke? Bagi lah aku tips sikit. Mana tahu, tips kau berjaya ke kan?" Darren angkat kedua-dua keningnya.

Ethan ketawa. "Banyak lah kau, aku ni nak pikat Medina pun susah . Kena paksa baru dia nak. Tapi kau jangan lah ikut aku. Cara aku tak elok. Seeloknya, kau cuba pikat dia dengan cara yang baik. Kau slow talk dengan dia. Kasih tu trauma. Aku tak nak kau sakitkan dia lagi. Cukuplah dulu. Aku nak tengok dua bahagia."

Darren mula rasa pelik. "Apa maksud kau? Kasih trauma?"

Ethan angguk kepala. "Ya, dia ada trauma. Aku nak cerita. Tapi aku takut. Aku tak nak aib dia tersebar. And aku tak nak kau..." Ayat Ethan tergantung. Tak lama selepas itu, dia mengeluh. Dia betul-betul berharap Darren dapat terima Kasih. Budak tu dah banyak menderita. Dia tengok pun kesian.

"Nak apa? Cakap jangan tergantung boleh tak? Kang ada jugak kena makan stokin kejap lagi." Marah Darren. Cakap tu memang suka separuh-separuh eh? Nak mati awal, cakap. Dia boleh tolong.

"Aku nak kau jaga dia baik. Hish sejak bila garang ni? Tau lah dah tua!" Balas Ethan. Mentang-mentang umur dah 32! Ada hati nak marah orang! Eleh ingat kita takut ke?

"Tua jangan sebut eh? Kau pun sama je." Darren pun tak nak kalah.

"Korang berdua ni boleh diam tak? Kenapa perangai macam budak-budak ni?" Marah Kasih pula. Abang Ethan datang je mesti budak dua orang ni gaduh. Err.. budak lagi ke? Rasanya dah tua bangka dua ekor ni.

"Kau tengok lah bakal suami kau ni, asyik nak marah aku je."

"Hey, suka hati aku lah! Kau tu dah jadi bapak orang. Elok sikit perangai tu,"

"At least aku bapak orang. Dari kau? Bini pun takde."

Kasih dengar pertengkaran itu, terus serabut kepalanya. "Hey setan. Kau ni elok dah hidup. Nak mati balik ke?" Geram betul lah dia dengan Ethan ni. Apalah nasib kakak Medina dapat suami macam Ethan ni ya? Dah lah semalam pecah rumah bini terpijak kaca! Lepastu balik rumah, terus  meraung macam nak mampus.

Ethan sengih. "Kau ni, jangan lah marah. Aku gurau je." Kasih, sejak dah umur 20 tahun ni.  garang betul!

Kasih jeling. "Dah cepat. Kata nak jumpa kakak Medina kan? Cepat lah,"

"Iyee sabar lah. Aku nak siap lah ni." Ethan bangun dan terus masuk ke dalam bilik untuk menukar baju. Nak sambut birthday sendiri, kena lah handsome! Lagi-lagi nak peluk isteri. Huh tak sabarnya nak unboxing hadiah!

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang