35 | psycho obsession

10.9K 532 141
                                    




          SELESAI sahaja Ethan bersihkan dirinya. Ethan keluar dari bilik itu lalu dia menuju ke dapur. Bibirnya mengukir senyuman nakal saat melihat isterinya sedang memasak didapur sambil menyanyi. Ethan mendekati isterinya lalu pinggang Medina dipeluk erat. 

          "Morning baby" suara garau itu menyapa gegendang telinga milik si isteri. Medina tersentak lalu dia  pusingkan tubuhnya menghadap Ethan. Dada bidang suaminya ditepuk perlahan. 

           "Abang ni, terkejut saya" Medina jeling suaminya. Ethan sekarang dah pandai menyakat orang ya. Macam semalam, Ethan pergi sergah dia masa dia nak pergi ambil air minum. Habis muka Ethan basah sebab kena simbah. Nasib baik lah air tu sejuk. Kalau panas? Tak ke melecur muka kacak suaminya nanti? 

           "Sayang masak apa? Macam sedap aje bau" Ethan menjenguk sedikit didalam kuali itu. Bau haruman masakan dari isterinya ini tak pernah mengecewakan langsung! Bukan setakat bau, malah rasa pun sedap! Untung betul dia dapat isteri macam Medina. Tak sia-sia aku usyar Medina dulu. Ehek!

            "Chicken butter milk?" Tanya Ethan bila dia sudah nampak lauk yang ada didalam kuali itu. 

            Medina mengangguk kepalanya. "Haah, dalam peti ais ada bahan-bahan ni je. Jadi Medina masak lah Chicken butter. Abang makan je kan?" Medina sengih.

            Ethan senyum. "Apa yang isteri abang masak, semua abang makan" Ethan cium pipi Medina. 

           "Hey! Apa ni cium orang?" Terus muncung bibir comel itu. Ethan ketawa. 

          "Why? Sayang kan isteri abang. Biar lah abang nak buat apa pun kan?" Ethan senyum nakal. Siap kenyit mata lagi tu.

           "Abang jangan macam-macam. Kang nanti saya gigit abang. Tahu lah" ugut Medina. Senduk dipegang lalu dia acah-acah ingin mengetuk kepala suaminya. 

           "Sayang nak gigit abang?" Ethan buat-buat terkejut. Tak lama selepas itu, dia senyum mengusik. Medina melihat itu, tahulah dia apa yang suaminya nak lepas ni.

"Ha! Dah jangan nak gatal dekat sini" 

"Alah sikit pun tak boleh?" 

"No!"

"Boleh lah...kita nak gigit cikit je" 

"Ish tak boleh! Saya nak hidang makanan ni" 

"Boleh lah" 

___________________________________________________________________

          SUKANYA Medina melihat Ethan makan masakannya dengan penuh berselera. Sampai nasi melekat dekat tepi bibir! Medina geleng kepala. 

         "Makan slow-slow abang, tak lari mana pun nasi tu" dengan selambanya Medina ambil sebutir nasi ditepi dibibir Ethan, kemudian Medina makan nasi itu.

         Ethan tersentak. Dia memandang ke arah Medina dengan mata berkelip-kelip.

        "Kenapa?" Tanya Medina pelik. Dah kenapa dengan suaminya ni? 

         Ethan geleng kepala. Dia menunduk bila Medina merenung ke wajahnya. Entah kenapa dia rasa berdebar-debar. Tiba-tiba Ethan tersenyum. 

Makin pelik Medina dengan perangai suaminya ini. 

          "Sayang sweet lah. Malu abang" Ethan mula malu-malu kucing. Medina melihat itu terus ternganga mulut nya. 

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Where stories live. Discover now