TIBA sahaja di rumahnya, Ethan keluar dari kereta kemudian dia masuk ke dalam rumah. Senyuman lebar terukir di bibirnya. Isterinya dicari.
"Sayang, abang dah balik!" Ethan ke dapur untuk meletakkan barang-barang yang dibelinya tadi. Terima kasih lah dekat abangnya sebab bagi pinjam kereta. Kalau tak? Kesian lah isterinya sebab tak dapat makan ramen cheese carbonara.
"Sayang? Awak dekat mana?" Ethan cari isteri lagi. Haih mana pula isteri comelnya itu? Dekat dapur takde. Dalam bilik? Hmm mungkin dekat situ kot? Ethan tepuk dahi, haah lah. Tak terfikir pula dia tadi.
Sampai sahaja dihadapan pintu bilik, Ethan buka pintu itu dengan perlahan-lahan. Ethan mengintai sedikit. Bila dia melihat Medina yang sedang tidur lena itu, terus bibir Ethan tersenyum. Lah, patutlah panggil tak dengar. Tidur rupanya dia.
Ethan menuju ke arah isterinya kemudian dia duduk dengan perlahan-lahan. Rambut Medina yang menutupi wajah itu, dibetulkan.
"Kesian dia penat" Ethan usap lembut pipi Medina. Dari semalam Medina asyik mengadu sakit perut. Sampai Ethan tak boleh nak tidur. Ye lah, buatnya Medina nak bersalin. Tak pasal-pasal dia jadi bidan terjun.
Sekali lagi Ethan tersenyum. Ramen dah beli. Tinggal nak masak je. Tapi kalau dia masak sekarang Ramen tu. Nanti kembang, tak sedap!
Tiba-tiba Ethan nampak Medina buka mata. Ethan tersentak. "Abang ganggu sayang tidur ke? sorry," Ethan sengih.
Medina bangun lalu dia sandarkan tubuhnya di kepala katil. "Abang pergi mana tadi?" Dengan mamai Medina bertanya. Penat betul badan dia sekarang ni. Perut pun asyik sakit je. Sudah lah Darren cakap bila-bila masa sahaja dia boleh bersalin. Haih risau pula. Harap nanti dia baik-baik sahaja lah nanti.
"Abang pergi kedai beli ramen. Kan hari tu sayang ada cakap dekat abang yang Sayang nak ramen?"
Mata Medina bersinar. "Ye ke? Tapi boleh ke saya makan? Takut pula." Medina sudah garu kepala. Ramen tu sudah lah pedas. Buat nya dia tak tahan.
"Takpelah, lepas bersalin saya makan"
"Mana boleh, lepas bersalin sayang kena pantang"
Medina mencebik. "Ye tak ya juga" alah rasa macam nak menangis! Kita dah lah mengidam ramen!
Ethan sudah rasa serba salah. "Sorry sayang, abang pun tak teringat"
Wajah Medina mendung. "Takpelah abang, nak buat macam mana? Lagipun saya kena jaga baby ni baik-baik" perutnya diusap. Tak sabar rasanya nak tengok wajah anak mereka. Mesti comel macam Ethan.
Ethan senyum. "Abang betul-betul tak sabar nak jumpa dengan anak kita"
Medina senyum. Dia suka betul bila Ethan cakap anak kita. Rasa macam ada rama-rama berterbangan di dalam perut! Senak rasanya.
"Saya harap saya dapat lah jumpa dengan baby kita"
Dahi Ethan terus berkerut. "Of course lah sayang boleh jumpa. Kenapa cakap macam tu?"
Medina sengih. "Saja, mana tau kan?"
"Ish tak mau lah cakap macam tu. Erm jom teman abang masakkan ramen"
"Alah, saya kan tak boleh makan?"
"Boleh, takpe abang masak tak pedas punya. Abang letak lebih cheese. Okay?"
"Okay baiklah. Jom" Medina angkat tangannya meminta tolong Ethan tarik tangannya untuk berdiri. Ethan ketawa kecil. "Comel lah sayang ni" pipi Medina Ethan cium.
"Hehe maceh." tersengih Medina.
Ethan senyum. Pinggang Medina dipeluk lalu dia pimpin Medina sehinggalah ke dapur. Kerusi di meja makan itu ditarik kemudian Ethan suruh Medina duduk di situ.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
DiversosMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...