𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍
"Medina... kau ada beli barang ke?"Aku menoleh ke arah Ameera. "Ha? Bila masa?" Tanya aku. Pelik, aku dah hujung-hujung bulan ni. Masa bila pulak aku beli barang online.
"Mana lah aku tau kau. Kau ada barang yang belum sampai ke?" Tanya Ameera semula. Aku pelik. Rasa macam takde. Apa pulak kali ni? Dah macam drama Turki pulak. Jangan lah cakap ada lelaki suka aku dalam diam? Hmm. Lawa sangat ke aku ni? Aku rasa nenek jiran aku lagi lawa.
"Meh lah sini barang tu. Biar aku tengok sikit barang apa. Entah-entah barang jiran sebelah" aku mula buat andaian sendiri. Pandai-pandai je kau kan Medina? Kau lupa ke sebelah rumah kau kosong? Sah gila.
Ameera mencebik. Dia serahkan barang itu kepada aku. Aku ambil dan terus bawa masuk ke dalam bilik.
Aku tarik nafas. Huh aku harap sangat aku dapat iphone 15. Kalau tak dapat yang biasa. Pro pun jadi.
Aku ambil gunting dan aku buka bungkusan itu. Entah mana hilangnya pisau. Tadi elok je dekat sini. Ajaib.
Dahi aku berkerut setelah nampak isi dalam kotak itu. Aku telan liur. Tiba-tiba kering tekak aku. Huh makin mencabar.
Aku gunting lagi. Tapi malangnya tak boleh buka. Sudahnya aku koyak.
Mata aku terbuntang. Ini... ini gambar aku! Gambar aku semasa aku tidur?! Cantik jug.. eh! Bukan-bukan! Apa benda yang aku merepek ni?
Dada aku jadi sesak. Asal gambar aku? Macam mana? Aku pandang sekeliling bilik itu. Aku telan liur. Apa ni? Kenapa? Masa aku sedang melihat gambar aku, aku terjumpa satu bungkusan kecil. Aku ambil dan aku buka.
"I miss you sweetie"
Aku rasa macam nak tercekik air liur. Ah sudah! Dia dah bersweetie sweetie dengan aku. Siapa dia ni? Aku kenal ke? Ke yang hantar bungkusan ni lelaki yang sama, masa aku jumpa hari tu?
Tertanya-tanya aku dibuatnya. Siapa punya kerja ni? Tolonglah. Apa salah aku weyh sampai kena macam ni? Aku ada berdendam dengan orang ke? Ke ada orang yang tak puas hati dengan aku? Ke aku ada hutang? Huish takde. Aku ni jenis bukan suka berhutang dengan orang!
Ting!
Ada satu mesej masuk. Aku ambil telefon aku pula. Selepas aku buka mesej itu, mata aku meluas. Dan telefon bimbit aku terus terjatuh atas karpet yang agak tebal itu. Aku jatuh terduduk. Jantung aku semakin berdebar. Aku rasa sesak nafas!
Tak...tak ni bukan aku! Macam mana... dia ada gambar aku masa aku mandi! Shit! Siapa jantan ni?
Terus aku call nombor itu. Lama aku tunggu, tapi tuan badan tak jawab panggilan aku. Sumpah. Memang aku rasa nak buat report polis! Bodoh. Nasib baik lah aku pakai kain batik semasa mandi. Memang sial punya jantan!
Memang takde kerja lain kau nak buat. Sampaikan aku tengah mandi pun kau sanggup ambil gambar aku!
"Medina!"
Aku terdengar suara Ameera menjerit. Pantas aku berlari keluar dari bilik dan menuju ke arahnya.
"Kenapa Meera?" Aku berdiri di sebelah Ameera dengan memandang sesuatu. Matanya meluas dan mulutnya ternganga macam nampak sesuatu yang mengerikan.
YOU ARE READING
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
De Todo⚠️ WARNING ⚠️ Medina, seorang wanita muda yang sering sibuk dengan kerjayanya, memutuskan untuk mencuba sesuatu yang baru dengan memuat turun sebuah aplikasi chatting. Di aplikasi tersebut, dia mula berkenalan dengan seorang lelaki misteri bernama E...