AKU mengeluh. Hampir sebulan sudah aku berada disini. Makin lama makin bosan aku. Dah la tak tahu nak buat apa!
Dia pun asyik kerja je memanjang. Tapi dia bukan suami aku. Buat apa dia nak layan aku kan? Hish. Bencilah!
Baik aku cari idea macam mana nak keluar dari tempat ni. Aku pandang sekeliling bilik itu. Mana tahu ada kunci kan? Boleh lah aku keluar dari tempat ni.
Dan aku pun cari lah jalan untuk keluar dari tempat ni.
Aku selongkar semua laci yang ada dekat dalam bilik itu.
Almari, meja solek semualah aku selongkar. Dalam tandas pun aku cari.
Aku hentak kaki. Haduh! Mana kunci ni? Tak kan tak simpan untuk aku kot? Buat nya ada kebakaran. Dia tak kasi aku keluar? Dah lah bilik aku ni tingkat dua. Kalau aku terjun, sah-sah lah kepala aku pecah. Walaupun dua tingkat. Rumahnya tinggi.
Naik serabut kepala aku bila fikirkan semua ni. Nak culik pun, bagi lah kelengkapan yang lengkap dalam ni.
Takde lah aku bosan. Lain kali kalau tak nak bagi aku lari. Kau letak ps5. Confirm aku tak lari. Lagi-lagi ada game resident evil 4 remake. Lagilah aku tak nak balik!
Aku ketuk kepalaku ke dinding dengan perlahan. Tolonglah, aku nak keluar!
Jangan lah kurung aku dalam bilik ni macam dalam penjara. Bosan lah aku macam ni. Aku nak pergi jalan-jalan dengan Ameera. Huwaaa sumpah aku rindu dengan Ameera. Dia sihat ke? Haih lah fon aku dalam bag. Dah la aku tak tahu aku dekat mana sekarang ni.
Aku rindu nak bergosip dengan Ameera. Huhu.
Aku sambung mencari benda yang boleh aku pecahkan tombol pintu ni. Lantak lah dia nak kata apa. Nak marah? Kenapa? Aku ni bukan siapa-siapa pun bagi dia.
Girlfriend? Jauh sekali. Wife? Lagi lah bukan! Walaupun dia dah pernah cium dahi aku. Tu tak bermaksud aku ni orang istimewa dalam hidupnya.
Ha! Dah jumpa pun tukul! Kenapa dia letak tukul dalam bilik ni? Ouh...mungkin dia nak gantung gambar dekat dinding kot. Ah peduli apa aku. Yang penting aku kena keluar dari tempat ni.
Tanpa membuang masa, aku terus ambil tukul itu kemudian aku pergi ke pintu. Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum aku tukul tombol pintu itu sehingga tercabut. Wow! Hanya sekali cubaan je? Hebat lah kau Medina. Bagus-bagus. Patutlah bapak kau buang kau.
Aku tolak pintu kayu itu dengan perlahan-lahan. Aku tersenyum. Good! Line clear. Aku pandang kiri kanan sebelum aku keluar dari bilik itu. Wahh!!! Akhirnya aku dapat keluar.
Semasa aku nak turun tangga. Tiba-tiba aku ternampak ada satu bilik. Dalam bilik tu dipenuhi dengan cahaya lampu merah. Merah? Kenapa merah? Macam seram je bilik tu.
Tapi aku nak tahu apa yang ada dalam bilik tu. Err... Tak salah kan kalau aku tengok sekejap? Sebab dia tak pernah pun tunjuk dekat aku pasal bilik tu. Dan aku pun tak pernah tahu yang bilik tu wujud.
Dengan berani, aku melangkah masuk ke dalam bilik itu. Ya pintu itu tidak berkunci. Dan lagi senang aku nak masuk.
Aku masuk sahaja dan mata aku meluas. Jantung aku berdegup kencang macam nak pecah.Lutut aku rasa lembik dan rasa nak pitam.
Astaghfirullahalazim! Ini...ini gambar aku!
Gambar yang sama aku dapat sebelum ni. Aku telan liur. Dia...ke?
Dia ke stalker yang aku cari selama ni? Ya Allah. Kenapa aku boleh tak perasan ni? Patutlah semua tentang aku dia boleh tahu!
Aku pergi ke arah meja dan aku ambil lagi satu gambar. Sekali lagi aku rasa nak pengsan dan gambar tersebut terus jatuh ke atas lantai.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
AcakMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...