𝐏𝐒𝐘𝐂𝐇𝐎 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍
"Hai Medina"
Aku merengus kasar. Dah mula dah datang mamat gatal ni. Aku buat tak tahu. Aku teruskan kerja aku dengan membasuh kereta kesayangan bapak aku ni.
"Sombongnya dia"
Aku dengar dia bersuara. Aku peduli apa? Sombong ke apa. Suka hati aku lah! Sibuk betul? Tak nampak aku busy ni? Siapa suruh datang? Haih.
"Tak baik abaikan tetamu"
Aku tegakkan tubuh dan terus pusing menghadap dia. Aku bercekak pinggang dan kepala mendongak memandang ke arah wajahnya.
"Ya nak apa? Nak jumpa ayah ke? Maaf ayah takde dia pergi kerja. Nak cari ibu aku? Dia tengah masak dekat dapur. Meera? Dia pergi beli barang. Ha kau datang sini nak apa? Kalau takde apa-apa sila balik. Aku tengah sibuk ni" aku sambung basuh kereta. Padahal dah nak siap. Sebenarnya aku malas nak layan mamat malaun ni.
Aiman ketawa. "Saya datang sini nak jumpa dengan awak"
Tangan aku yang sedang cuci tayar itu terhentinya. Aku bangun semula. Aku ketawa sinis.
"What? Buat apa nak jumpa dengan aku? Huh? Aku sibuk. Dah pergi balik" selamba je aku halau dia. Ni kalau bapak aku dengar ni. Habis punggung aku disebat dengan tali pinggang.
"Sampai hati awak halau saya"
Aku ketawa. Lah kelakar nya ayat dia. Memang dari dulu aku sampai hati dengan kau tenuk! Argh! Stress lah aku dengan dia ni. Memang tak serik! Dari dulu suka sangat kacau aku. Asal ayah kata dia ni baik eh? Sebab dia pakai songkok overtime? Macam tu?
Aiman ketawa. "Jangan buat muka macam tu, awak tahu kan saya suka dengan awak?"
Eeeuuuuu! Werk! Nak termuntah! What the fish man! Tengok! Perangai gatal dia dah sampai.
"Eh? Aiman. Meh lah masuk. Kenapa kamu ni Medina? Aiman datang tak bagi tau ibu pun" ibu datang ke arah Aiman sambil tersenyum. Aiman tunduk sedikit kepalanya. Acah-acah terpaling hormat orang tua.
"Assalamualaikum aunty"
Terus aku buat muka geli. Aku dah tak boleh kawal dah. Memang automatik.
"Eh, maaf kan ibu. Waalaikumussalam. Mari lah masuk. Medina pergi buat air untuk Aiman. Aiman duduk sini makan kuih yang ibu buat" Wah wah wah. Terus panggil ibu eh? Yakin ke budak Aiman tu jadi menantu ibu? Hish aku tak suka lah!
Sempat Aiman kenyit mata dekat aku sebelum dia ikut ibu masuk ke dalam rumah. Aku hentak kaki. Eeeeeee rasa nak bunuh je lah mamat tu! Argh! Stupid!
___
"Kamu dah lama balik ke Aiman? Bukan ke mak kamu cakap kamu balik lagi tiga bulan?" Tanya ibu. Aku cuma pasang telinga je. Malas nak bukak mulut. Apa yang menarik sangat dengan Aiman ni? Nak kata handsome? Tak pun. Tinggi? Tinggi sikit dari aku. Tinggi aku 160. Ha dia? Mungkin 165. Kot lah. Kaya? Entah lah. Itu aku tak tahu. Kalau dari segi kereta yang dia pakai. Macam kaya. Tapi entah lah. Aku tak nak tahu dan aku sesekali tak ambil tahu!
"Tak lah ibu, baru je balik. Aiman dengar Medina kena kacau? Hish teruk sangat tu ibu. Dah buat report polis?" Hmm dah tahu dah mamat ni. Sah ayah yang cerita. Dasar penyibuk!

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RandomMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...