"DAH bangun?" Tanya dia setelah aku baru sedar dari pengsan. Aku gerakkan sahaja tanganku terus terbantut apabila aku terasa tangan aku diikat dengan rantai besi. Aku memandang ke arah nya.
Ethan tersenyum sambil melangkah ke arah ku sebelum dia menyentuh dahi ku yang sudah dibalut olehnya.
"Aku dah cakap dekat kau. Jangan lari. Tapi kau degil" katanya sambil pegang rahang ku. Aku menelan liur. Peluh di dahi ku mula keluar kerana takut.
"Ni semua salah kau. Kalau kau tak nampak apa yang aku buat. Kau tak akan kena macam ni" Ethan mengusap pipiku dengan perlahan. Dia senyum kemudian dia mencangkung dihadapan aku. Rambutku yang terjuntai di depan, dia selitkan kebelakang telinga. Tudung aku pun entah hilang ke mana.
"Jangan lari lagi ya? Kau tahu kan apa yang akan jadi kalau kau lari dari aku" Dia menoleh ke arah tanganku yang sudah diikat.
"You can't run away from me, sweetie" nadanya bertukar dingin. Kali ni rambut kau diusap sebelum dia genggam rambutku sehingga aku mendongak. Aku gigit bibir menahan sakit.
"Argh! S... sakit...Awak...Please" aku mula menangis. Sakit yang teramat! Rasa macam nak tercabut kulit kepala aku!
"Sakit?" Dia kuatkan lagi genggaman. Dahi aku berkerut menahan sakit.
"Sekali lagi aku nampak kau lari. Aku tak teragak-agak potong kedua-dua kaki kau Medina. Jangan main-main dengan aku sayang. Aku cakap aku buat!" dia beri amaran. Aku geleng kepala.
"J..jangan. saya merayu" habis basah muka aku sebab menangis. Memang aku takut sekarang ni.
Dia senyum senget. "Apa dia sayang?" Dia dekat telinganya di bibirku menyuruh aku ulang kata-kata aku tadi.
"Ja...jangan bunuh saya...saya merayu" teresak-esak aku menangis. Dah la aku nampak semuanya! Aku nampak dia potong mayat. Aku nampak segala mayat yang disimpan didalam bilik itu. Aku trauma. Betul aku cakap, aku trauma. Tak sangka berita yang aku dengar selama ni. Terjadi didepan mata aku sendiri.
Dia ketawa cukup sinis.
"Sounds great honey. Aku suka bila kau merayu macam tu. Kau buat aku rasa nak kan kau" dia senyum penuh makna.
Aku geleng kepala. Tangisan ku semakin menjadi-jadi.
"Why not? Hm? Aku boleh buat apa-apa je dekat kau. Sebab kau milik aku sayang" dia peluk pinggang aku dengar erat dan dia dekatkan wajahnya seolah-olah ingin mencium ku. Aku mula meronta-ronta.
"J...jangan Ethan! Tolonglah. Jangan sentuh saya Ethan. Saya merayu" aku menangis semahunya.
Dia ketawa.
"Kenapa? Kenapa tak boleh?" Dia mengusap-usap pipi aku. Bibirnya terjungkit sedikit. Sinis.
Aku menunduk ke bawah. Takut nak tatap matanya yang tajam itu.
"aku paling tak suka bila aku cakap orang tengok bawah" dia marah. Dia mencengkam rahang aku dengan kuat.
"S...saya" aku gigi bibir. Apa yang aku nak jawab ni? Aku betul-betul tak tahu nak respon apa dah. Otak aku jadi kosong.
"Saya apa?" Tanya dia. Semakin kuat dia mencengkam rahang aku sampai aku rasa rahang aku nak tercabut!
"Saya tak..tak suka" jujur. Aku tak suka bila dia buat macam ni. Siapa je yang suka bila orang buat kau macam ni?
Terus tawanya meletus. Kelakar Ethan rasa kelakar bila aku cakap macam tu.
"What? Kau tak suka aku sentuh kau? Sampai hati kau sayang. Aku suka bila pegang kau macam tu...Tapi kau tak suka" dia buat-buat merajuk. Aku menelan liur berliter-liter. Tekak aku jadi kering bila dia cakap macam tu. Takut! Aku betul-betul takut dengan dia sekarang ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RandomMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...