25 | psycho obsession

15.8K 852 318
                                    

           MATA dibuka dengan perlahan-lahan. Medina bangun lalu badannya disandarkan di kepala katil. Dia melihat sekeliling bilik wad itu.

Hospital.

Ya, dia sekarang berada di hospital. Sudah berapa hari dia berada disini. Dia betul-betul kecewa dengan Ameera. Tak sangka kawan baiknya sendiri khianati dia. Sedangkan dulu Ameera tahu siapa Ethan. Medina sudah ceritakan semuanya dekat Ameera. Kenapa Ameera masih lagi mahu Ethan ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara?

Perutnya yang semakin membesar itu diusap. Air matanya mula mengalir. Tak sangka hanya sekejap sahaja dia dapat berjumpa dengan suaminya.

"Medina?" Ameera melangkah ke arah Medina. Bila Medina melihat Ameera melangkah ke arahnya. Medina terus memandang ke arah lain. Sungguh dia benci dengan Ameera. Pengkhianat!

Ameera menghela nafas berat. Sudah berapa hari mereka tidak bertegur. Bila dia mulakan bicara, mesti Medina enggan buka mulut lalu Medina buat-buat tidur. Ya, dia tahu dia salah  sebab pergi buat report polis tentang Ethan. Tapi dia juga mahu Medina selamat. Sebab Ethan tu bukannya normal! Entah-entah kalau Ethan rasa marah, mesti Ethan akan cederakan Medina. Ameera tak nak semua itu terjadi.

"Medina...makan lah, kau tak kesian kan ke dekat anak kau?" Pujuk Ameera sambil keluarkan makanan dari plastik. Makanan dari hospital itu, sikit pun Medina tidak sentuh. Kadang-kadang dia selalu dengar doktor nasihatkan Medina suruh makan.. Kalau tak? Nanti anak dia juga yang akan sakit.

"Keluar" sepatah sahaja Medina berkata. Dingin sahaja suaranya.

Ameera mengeluh sekali lagi. "Medina...jangan lah macam ni. Tak kan sebab jantan tu kau sanggup buang aku?" Tiba-tiba dia rasa geram dengan sikap Medina. Perangai macam budak-budak! Sedangkan dia selalu tolong Medina. Bila jantan tu dah balik. Mulalah lupakan dia.

"Jantan yang kau cakap tu suami aku, Ameera. Suami aku! Kau faham tak? Jantan yang kau sumbat dalam penjara tu suami aku!" Terus Medina capai cawan kaca di sebelahnya lalu dia baling ke arah Ameera. Dan Ameera pula sempat mengelak. Matanya meluas.

"Kau ni dah gila ke?!" Jerkah Ameera luar sehingga bergema suaranya didalam bilik wad itu.

"Memang! Memang aku gila!" Jerit Medina geram. Medina gigit bibir menahan air mata. Entah kenapa dia rasa sedih bila dia sedang marah. Medina menoleh ke arah lain.

"Keluar...aku nak duduk dalam ni seorang diri" arah Medina sebelum dia menarik selimut hospital itu sehingga ke dada. Medina memusing membelakangi Ameera. Ameera melihat itu hanya kaku di tempatnya. Medina betul-betul marahkan dia. Ameera memandang ke arah cawan yang pecah itu sebelum dia mengutip kaca itu dan buang ke dalam tong sampah.

"Kau rehat lah, kalau nak apa-apa kau panggil lah aku" kata Ameera sebelum dia keluar dari bilik wad itu.

Ameera keluar sahaja kemudian dia terserempak dengan ibu dan ayah Medina.

"Medina macam mana?" Tanya ibu dengan wajah risau. Dia takut jika anaknya sakit. Lagi-lagi bila dia dapat tahu yang Medina mengandung. Lagi lah risau.

Ameera senyum nipis. Kepala di angguk.

"Medina okay je. Cuma kita kena bagi dia masa. Saya tak nak kesihatan dia semakin merosot" balas Ameera. Dia tak nak jadi apa-apa dekat Medina dan juga anaknya nanti.

Ibu menunduk sedikit kepalanya. Sedih bila dia tidak dapat melawat Medina. Dia nak meminta maaf kepada Medina. Dia tahu dia adalah seorang ibu yang sangat teruk. Athirah sekarang pun dia tak tahu di mana. Mungkin Athirah ikut jantan tu lari agakn. Memang Athirah seorang anak yang sangat teruk! Sampai bila-bila dia tak akan maafkan anak perempuannya itu.

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Where stories live. Discover now