12 | psycho obsession

27.5K 1.2K 193
                                        

"SUNYI? Sebelum ni awak memang hidup kara ke?" Soal aku. Ambik kerusi di meja solek kemudian aku duduk. Kalau ada kopi lagi seronok. Boleh mengumpat. Hehe. Takde lah gurau je.

Dia angguk. "Ye... selama ni aku duduk sorang je bertemankan kawan-kawan aku dekat dalam bilik bawah tanah"

Dahi aku berkerut. "Bawah tanah? Ye ke? Awak mesti ada buat mini zoo kan dekat bilik tu?" Mata aku meluas. Bestnya ada zoo mini dekat bilik bawah tanah. Nanti ada masa nak pergi tengok lah.

Dia ketawa besar. Aku tengok tu terus rasa pelik. Apa yang lawak nya? Aku ada salah cakap ke?

"Ye... betul tu. Zoo mini. Tapi haiwan yang aku bela tu lain sikit. Dia tak hidup, cuma bangkai je yang ada" balasnya bersama sisa tawanya. Lagilah aku rasa terkejut. What?

"Awak simpan bangkai haiwan! Tak busuk ke?" Lagi teruk! Aku ingatkan dia bela haiwan hidup. Rupanya bangkai? Ewww tak senonoh betul lah dia punya hobi ni. Tapi ada yang lagi teruk.

Macam Jeffrey Dahmer. Dia lagi lah simpan organ manusia. Katanya sebab minat. Ergh! Tak boleh bayang aku, macam mana dia boleh hidup dalam keadaan macam tu. Tak takut ke? Nasib baik lah dia dah mati.

"Ye... bangkai haiwan. Tapi bukan tu je. Banyak lagi yang aku simpan..."

"Okay stop saya tak nak dengar. Awak ni yang bukan-bukan je lah. Pelik je. Bangkai tu awak pakai pengawet tak?" Heh tadi kata tak nak dengar. Last-last tanya jugak. Apalah kau ni Medina.

Dia angguk. "Mestilah. Nanti dia busuk dan reput. Aku tak suka simpan bangkai yang dah busuk" dia ketawa lagi. Pelik lah dia ni. Asyik ketawa je. Seram pulak aku tengok.

Tak lama selepas itu, tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Ouh aku datang sini sebenarnya nak bagi kau ni" dia serahkan aku satu bag kertas. Aku ambil dan aku lihat isi dalamnya. Mata aku meluas. Baju?

"Macam mana awak tahu saiz baju saya?" Aku mula pandang dia semacam. Makin pelik lah dia ni. Jangan cakap macam aku pengsan dia sempat ukur tubuh badanku?

Diam ketawa. Dia ni kan senang betul terhibur. Aku cakap sikit je mesti dia ketawa. Agak-agak aku ni boleh ke masuk maharaja lawak mega 2024? Kalau dapat lah. Nanti tak pasal-pasal setiap minggu aku dapat satu 'HA' je.

Dia geleng kepala. "You're so funny sweetie. Soalan kau tu boleh aku ketawa je. That's why I'm fall in love with you"

Aku terkedu. Terkejut. Semua ter lah. Aku tak salah dengar kan? Dia... fall in love dengan aku? Sejak bila?aku rasa dia ni ada something la.

Tiba-tiba aku nampak dia bangun. "Kau bosan ke?" Soal dia sambil memandang ke arah ku. Haih kenapa lah dia ni pakai topeng ya? Aku teringin nak tengok muka dia. Mana tau dia handsome macam character game yang aku minat tu. Boleh aku ajak dia kahwin.

Aku angguk. Sudah semestinya! Sudah hampir dua hari aku dekat sini. Nasib baik dia ada baju lebih. Katanya baju yang aku pakai ni baju ibu dia. So aku pakai je lah. Walaupun nampak macam baju lama. Tapi okaylah. Daripada takde? Tak pasal-pasal aku terpaksa pakai baju yang sama. Dah lah baju tu kotor!

"Kalau macam tu... jom lah aku bawak kau jalan-jalan sekeliling rumah ni. Kau jangan risau. Aku tak kan buat apa-apa dekat kau. Kau cuma ikut je cakap aku. Okay?" Matanya mengecil seperti dia sedang senyum disebalik topeng yang dipakainya. Aku masih teragak-agak. Nak ke tak nak eh? Tapi kalau tak sudi nanti rugi.

Mana lah tahu tiba-tiba dia baik hati. Lepastu kasi aku keluar. Aku rindu dengan bantal peluk aku sebenarnya. Tapi tulah, lepas dengar cerita sebenarnya dari jantan tak guna tu. Aku rasa malas nak hadap muka bapak aku sendiri.

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang