Special chapter | 1 ✨

5.7K 294 42
                                    

"Abang, boleh tak bagitau semuanya? Cerita dekat saya. Saya nak tahu apa yang jadi dekat abang selama lima tahun." Tanya Medina selepas dia letak cawan kaca berisi air kopi panas diatas meja kerja Ethan.

Ethan telan liur. Kali ni Medina betul-betul nak tahu. Selalunya dia akan tukar topik lain. Tapi sekarang entah kenapa tiba-tiba dia tak boleh nak buat macam tu. Ethan mengeluh, nak tak nak dia akan bagitau semuanya. Lagipun Medina berhak tahu tentang ini. Sebab Medina isteri dia. Lambat-laun Medina tetap akan tahu.

Ethan tarik nafas dalam-dalam. Tiba-tiba rasa gementar. Mungkin Medina cantik sangat kot malam ni. Hehe.

Ethan berdeham dulu sebelum mulakan ceritanya.

"Okay, tapi. Malam ni sayang kena bagi upah." Ethan senyum nakal. Senyuman yang membuatkan Medina rasa nak lempang sekali. Tapi tak boleh, nanti berdosa.

Medina julingkan matanya ke atas. Sikit-sikit upah, sikit-sikit upah. Macam takde benda lain nak mintak!

"Ish, mengada betul lah dia ni. Ye lah! Cepat sikit."

"Aip, cepat-cepat nak kemana?"

Terus mati senyuman nakal Ethan bila dia nampak Medina jeling dia macam nak kerat dia sampai hancur.

"Hehe okay-okay. Macam ni ceritanya..."

Ethan duduk di dalam sebuah bilik berada di sebuah rumah yang pernah dia duduk dulu bersama Medina. Setelah dia memalsukan kematiannya dia terus pergi ke sini untuk selesai kan semua masalahnya. Dia betul-betul ingin memperbetulkan semuanya. Walaupun sakit bila dia terpaksa berjauhan dengan Medina. Tapi, dia kena lakukan juga.

"Kau yakin dengan keputusan kau ni Ethan?" Tanya Darren selepas dia dengar rancangan tidak logik dari Ethan itu. Arthur hanya diam. Entah apa yang Arthur fikirkan, Darren pun tak tahu.

"Itu je yang aku boleh buat. Aku dah takde idea lain kecuali kalau kau bagi idea. Aku dah penat hidup macam ni, asyik kena kejar dengan polis je."

"Dah tu? Kau buat salah, kau kena lah tanggung. Kau ingat kes bunuh tu boleh buat main ke?" Darren mula naik angin. Sakit hati pula dia dengar Ethan cakap macam tu.

Ethan geleng kepala. "Aku bunuh orang jahat je ,Darren. Salah ke? Orang-orang yang aku bunuh tu, bukannya orang baik. Aku tak gila lagi lah nak bunuh orang yang tak bersalah. Aku boleh beza mana orang baik dengan orang jahat."

"Tapi tu tetap salah. Kau tak bo..."

"Oh, so kau nak aku biarkan orang rogol Kasih? Kau nak aku biarkan orang jahat tu buat Kasih macam tu?"

Darren tersentak. "A...apa dia?"

"Aku dah cakap, orang yang aku bunuh tu, orang jahat. Diorang cuba nak rogol Kasih. Tak kan lah aku nak biarkan je? Bodoh." Kali ni Ethan pula yang marah. Suka hati je nak marah aku, kekasih hati Darren nak kena ratah kot! Tak kan lah dia nak biarkan?

Darren tunduk kepala. "Sebab tu ke dia tak nak kahwin dengan aku?"

Ethan tepuk dahi. Halahaih, penat la cakap dengan doktor ni. Kadang-kadang Ethan pun pelik, Darren ni doktor ke ataupun pesakit gila? Dia tak boleh nak bezakan. Sebab otak Darren ni macam tak betul.

"Aku cuma..." Belum sempat Darren nak habiskan ayatnya. Arthur mencelah.

"Sudah, kita selesaikan cepat. So Ethan, memang ini yang kau akan buat? Kau tak akan menyesal?" Tanya Arthur. Dia pandang Ethan dengan wajah yang serius. Kali ni mereka tak boleh main-main! Sebab dia tahu, mungkin ada sesuatu yang buruk akan terjadi.

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Where stories live. Discover now