AKU diam dan hanya buang pandangan ke luar tingkap. Sikit pun aku tak pandang muka Aiman macam setan tu. Sakit hati. Ingat apa yang ayah pesan dekat aku sebelum kami gerak membuatkan aku rasa marah!
"Kau jangan nak buat hal dengan Aiman. Kau tu nanti bakal jadi bini dia. Aku dah setuju. Jadi kau ikut je apa yang dia cakap" itulah pesanan ayah yang paling terbaik yang aku pernah dengar. Bodoh. Aku betul-betul rasa ada something antara dua ekor ni.
"Medina" aku tersentak bila nama ku dipanggil. Aku diam. Malas nak toleh. Aku masih lagi rasa marah. Malah aku rasa jijik! Lagi-lagi Aiman pernah minta gambar aku tanpa baju di Instagram! Puas aku larikan diri dari dia. Malangnya ayah aku sendiri biarkan aku keluar dengan mamat munafik ni. Ibu pun dia kali lima je.
"Saya panggil nama awak ni pandang lah saya" tiba-tiba aku terasa ada tangan elok mengusap lembut paha aku. Mata aku meluas.
"Apa benda ni?! Bodoh ke? Tak payah sentuh aku lah!" Terus aku pukul bahunya dengan sekuat hati. Aiman cuma ketawa. Mungkin bagi dia pukulan aku ni tak rasa sakit pun.
"Tak sakit lah sayang. Kau tahu kan yang aku suka perempuan ganas macam kau" Aiman hentikan keretanya di tepi jalan. Aku mula takut. Sudah lah di hutan! Gelap pula tu! Bodoh! Aku dah cakap, dari dekat rumah lagi aku rasa tidak sedap hati!
Dengan selamba Aiman pegang leher aku. Mata aku meluas bila wajahnya mula mendekat seolah-olah ingin cium aku! Aku tolak dada bidangnya. Ya Allah, bantulah aku ya Allah.
"Lepaslah!!!" Aku tolak Aiman sehingga kepalanya terhantuk di pintu kereta. Cepat-cepat aku buka pintu kereta dan aku keluar melarikan diri.
"Kau nak lari mana perempuan!" Aku dengar Aiman jerit dari belakang. Aku tak peduli dan teruskan larian. Lantak lah aku sesat ke apa. Asalkan tubuh aku tak diratah oleh mamat durjana tu!
"Argh!!" Tiba-tiba aku terasa ada tangan menarik pinggang aku dan bawa ke sebuah pokok. Telapak tangannya menekup mulutku dengan kuat.
"Shhh... it's okay. Kau selamat dengan aku" katanya sambil merenung anak mata aku dalam-dalam. Aku telan liur. Aku tak nampak wajahnya sebab gelap. Tapi aku berharap dia baik. Aku tak nak dia macam Aiman.
"Medina! Haha kau jangan nak lari lah bodoh! Bagilah aku rasa badan kau dulu! Woi! Bapak kau tu dah jual kau dekat aku lah sial. Mana kau nak lari? Ha! Mana kau!"
Aku pejam mata dengan erat. Tanpa aku sedar air mata aku mengalir. Tak sangka... ini rancangan mereka. Ayah dah jual aku dekat Aiman rupanya. Bergetar bibir aku menahan tangisan. Habis tangan lelaki itu terkena air mata aku.
"Don't cry sweetie. Aku akan bunuh dia.Jangan takut okay?" Aku hanya biarkan sahaja tangan lelaki itu mengesat air mata aku. Aku dah tak mampu nak buat apa-apa. Aku sedih. Aku rasa macam tak berguna sangat. Apa salah aku sampai ayah jual aku? Kenapa?!
Aku dah tak mampu nak berdiri. Terus kaki aku lembik nak jatuh ke tanah. Tapi lelaki itu sempat memeluk pinggang aku erat sebelum dia tarik rapat ke tubuhnya. Aku dah tak bermaya. Aku takut. Sedih. Semualah. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Adakah selepas aku akan mati? Sebab bunuh diri? Atau pun dibunuh? Aku tak tahu.
Aku tak kenal lelaki dihadapan aku ni.
"Woi! Medina! Mana kau!" Jerit Aiman lagi. Tapi aku masih diam. Aku dengar lelaki itu ketawa sinis.
"Mangsa baru" bisik dia perlahan. Tapi aku tetap dapat tangkap apa yang dia katakan tadi. Dahi aku berkerut.
Mangsa baru?
Dia pandang semula ke arah aku.
"I'm sorry. Aku terpaksa buat macam ni" sejurus itu terus dia menekup mulutku dengan satu kain. Aku mula meronta-ronta. Tapi tangannya cepat-cepat genggam kedua-dua belah tanganku. Mata aku mula layu. Ubat tidur yang terdapat di kain tersebut membuatkan aku rasa mengantuk.
YOU ARE READING
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
Rastgele⚠️ WARNING ⚠️ Medina, seorang wanita muda yang sering sibuk dengan kerjayanya, memutuskan untuk mencuba sesuatu yang baru dengan memuat turun sebuah aplikasi chatting. Di aplikasi tersebut, dia mula berkenalan dengan seorang lelaki misteri bernama E...