9 | psycho obsession

18.7K 926 289
                                    

Aku termenung. Entah lah, aku tak tahu nak buat apa. Hampir dua hari aku tak terserempak dengan ayah. Aku malas nak berdepan dengan dia. Biarlah dia dengan anak kesayangan dia tu. Aku ni bukan siapa-siapa bagi dia kan?

Ting!

Aku toleh ke arah meja kecil disebelah katil ku. Aku senyum. Tak lain tak bukan, siapa lagi jejaka pujaan hatiku?

Aku ambil telefon. Semakin melebar senyuman aku membaca mesej dari nya.

[ mr Gray ]
Buat apa tu? Dah dua hari kita tak chat. Awak okay ke?

Aku tersengih. Aku ambil bantal golek dan aku peluk. Ouhh lupa nak cakap. Aku tukar nama dia sebab takut nanti ayah perasan. Tak pasal-pasal kepala aku pula dia baling ke lantai.

[ me ]
Saya okay je... cumanya saya ada masalah sikit.

Baru aku cakap macam tu. Terus gray call aku. Mata aku meluas. Tak pernah-pernah Gray call aku ni. Tanpa membuang masa, terus aku angkat panggilan itu.

"Medina... awak okay? Kenapa ni? Awak ada masalah? Please tell me Medina. Awak buat saya risau"

Tanpa salam terus dia terjah aku dengan soalan itu. Aku senyum. Haih ada jugak orang risaukan aku ya? Aku ketawa sendiri.

"Saya okay je... cuma tulah" aku sengaja bagi ayat aku tergantung. Aku diam dulu.

"Cuma apa? Boleh saya tahu. Jangan tergantung ayat tu Medina. Saya nak tahu. Kenapa ni?" Lembut sahaja suaranya. Haih semakin jatuh cinta pula aku dengan dia ni. Why???

"Saya gaduh dengan ayah saya" mengaku je lah. Dah lama aku tak mengadu dengan orang. Bukan apa, aku stress lah. Aku pun nak juga luahkan perasaan aku dekat kawan. Tapi... Gray ni kawan aku ke? Tak maksud aku... Dia ni kawan ataupun lebih dari seorang kawan? Ha gitu.

"Lah ye ke? Kenapa? Awak ada buat apa-apa salah ke? Meh lah cerita dekat saya Medina. Saya sudi dengar masalah awak"

Aku gigit hujung bantal. Oh my handsome! Argh dia ni tak pernah tak buat aku blushing! Boleh tak sekarang aku nak ajak dia keluar? Sumpah, aku rindu dengan dia. Apa lah Gray buat dekat aku sampai aku pulak yang angau dengan dia ni? Please lah.

Aku rasa aku yang obses dengan dia sekarang ni. Haih... ni mesti wayar aku dah putus satu. Sebab tu aku jadi macam ni.

"Medina? Diam pulak dia. Hey baby. Tell me. What's wrong?"

Aku tekup mulut tahan menjerit. Kang apa pulak ayah dengan ibu cakap nanti. Aku berdehem tahan debar di dada. Tarik nafas dan aku hembus. Tolonglah jangan tergagap-gagap Medina. Gray panggil aku baby siak! Gila lah kau ni Medina.

"Ayah saya marah saya sebab saya tinggikan suara dekat saya. Lepastu pipi saya kena tampar" err macam gedik pulak bila aku rasa. Aku gigit bibir.

"What?! Ayah awak pukul awak? Seriously? Oh god! This is not good! Are you okay sweetie? Medina. Awak betul-betul buat saya risau" aww gray betul-betul risau kan aku! Terharu pula aku dengar.

"Nak buat macam mana Gray. Nak tak nak saya kena hadap. Saya bukan macam kakak saya. Ayah saya lebih sayangkan dia lebih dari saya" terasa sebak pula bila aku berkata begitu. Tak boleh nak cakap apa dah. Memang kakak lah orang yang paling ayah sayang. Aku ni dah macam anak kutip. Selalu diabaikan. Macam yang aku cakap. Aku ni macam bukan siapa-siapa bagi ayah. Sebab ayah tak pernah adil. Ayah sentiasa lebihkan kakak aku.

Tiba-tiba aku dengar Gray merengus geram sebelum telinga aku dapat menangkap bunyi kaca pecah.

"Shit!" Dia menyumpah. Aku telan liur.

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Where stories live. Discover now