16 | psycho obsession

25.3K 1K 321
                                    

AKU bangun sahaja dari tidur aku tersedar bila Ethan sudah tiada disebelah. Aku duduk dan mengerling ke arah jam yang berada di sebelah katil. Hm...sudah pukul 9.00 pagi. Terlepas aku nak solat subuh. Aku meraup wajahku kemudian aku turun dari katil.

Bilik air dituju untuk bersihkan diri. Aku keluar sahaja dari bilik mandi terus aku menjerit.

"Argh!!" aku pegang dada. Terkejut. Cepat-cepat aku pegang tuala aku yang semakin longgar itu.

"Awak!" Marah aku sambil bercekak pinggang.

Ethan hanya tersenyum.

"Good morning wife" katanya dengan buat muka tak bersalah. Dia bangun kemudian dia melangkah ke arah aku sebelum dahi aku dikucup lembut. Aku hanya senyum. Tak jadi nak marah.

"Awak pergi mana pagi-pagi ni?" Tanya aku. Ye lah bangun-bangun tidur tengok sebelah je kosong.

Ethan hanya senyum dan tak jawab soalan aku. Itu je lah, semua benda nak berahsia dengan aku.

"Ni makan. Aku ada masak untuk kau" dia letak pinggan itu diatas meja. Dahi aku berkerut.

"Kenapa susah-susah je masak untuk saya? Saya boleh turun ke dapur masak sendiri" kata aku dengan nada tak puas hati.

"Biarlah, tu kan tugas aku. Kau cuma layan aku je. Tak susah pun kan?"

Aku merengus kecil. Asyik nak menang je lah dia ni. Dengan wajah masam mencuka, aku pergi ke almari untuk ambil baju.

"Kau sengaja kan pakai tuala pendek macam tu. Nak goda aku ke?" Aku dengar Ethan ketawa kecil. Terus aku pusing ke arahnya. Dia elok je bersandar di kepala katil sambil memandang ke arah aku atas bawah bersama bibirnya mengukir senyuman nakal.

"Dah tu? Itu je tuala yang ada. Nak buat macam mana?" Jawab aku dengan selamba. Tiba-tiba kurang senang bila Ethan pandang aku macam tu. Rasa macam nak masuk dalam almari je.

Tiba-tiba aku nampak Ethan bangun dan melangkah ke arah aku. Dan automatik kaki aku melangkah ke belakang sebelum belakang aku bersandar ke dinding.

Aku telan liur bila Ethan sudah berdiri betul-betul dihadapan aku. Kedua-dua tangannya diletak di sisi.

"Kau tau kan kau seksi sangat bila pakai macam ni" dia mengusap lembut pipi aku. Jantung aku mula berdegup kencang sampai aku rasa macam nak pengsan! Aku tak boleh betul lah sentuhan dia ni. Mesti lutut aku rasa lembik.

"Kau comel. Sebab tu aku suka" katanya lagi. Tangannya dari tadi sibuk sentuh pipi aku. Tak duduk diam tangannya. Hilang rasa takut aku dengan dia ni. Entah kenapa aku rasa dia....seksi? Ah sudah kau Medina. Jangan nak mengarut!

"Ethan..."

"Ye sayang"

"Boleh keluar sekejap? Saya nak pakai baju ni. Nanti kalau awak tengok saya pakai baju tak ke buta mata awak?" Malu aku tau bila Ethan ada dekat dalam bilik ni. Nak pakai baju pun tak senang! Aku mengaku semalam kami tak buat apa-apa pun. Dia tarik tangan aku ke katil sebab nak tidur. Dah malam buta. Tak kan nak berpillow talk lagi? Aku pun dah lah penat gila semalam! Kahwin pun last minit. Hmm nak buat macam mana, kita kena paksa. Nak tak nak, kena ikut.

Ethan senyum nakal. "Why not? I'm your husband. Remember sweetie?"

Ah sudah. Aku paling tak suka bila tengok dia senyum macam tu. Jangan sampai aku terjun masuk bawah katil!

Aku tolak dada bidangnya. Hmm dah macam tolak kayu balak. Tak bergerak langsung!

"Ish tepi lah Ethan. Saya nak pakai baju!" Marah aku. Segan aku tak habis lagi ni.

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang