40 | psycho obsession

11.1K 468 48
                                        


            

           SETELAH hampir dua minggu Medina berada di hospital, akhirnya Medina dibenarkan pulang ke rumah. 

"Sayang boleh tak jalan? Ke nak abang bawa Zade masuk dalam dulu?" Tanya Ethan. Berkerut dahinya melihat wajah Medina yang sedang menahan sakit.

Medina hanya senyum. "Boleh je ni abang," balas Medina kain batik yang dipakainya dibetulkan. Ethan geleng kepala. Ini kata boleh? Nak bangun pun susah! 

"Sayang tunggu sekejap, abang letak Zade dulu." Tanpa menunggu jawapan dari isterinya. Ethan terus bawa Zade ke dalam rumah. Nasib baiklah rumah mereka kecil aje. Senang isterinya nak kemana-mana nanti. 

Selesai sahaja dia letakkan Zade ke dalam baby court. Ethan kembali ke isterinya. Ethan senyum. "Jom." Ethan peluk pinggang Medina kemudian dia bawa Medina masuk ke dalam rumah dengan berhati-hati. Sampai sahaja diruang tamu, Ethan labuh kan punggungnya di atas sofa. Medina juga turut sama. Medina tersenyum, tangan diangkat dan wajah Ethan diusap lembut. 

"Thanks abang sebab tolong Medina." 

"Kenapa nak berterima kasih? Sayang kan tanggungjawab abang, memang itu tugas abang. Haih ni sayang nak mandi tak? Zade tengah tidur tu," bukan niat nak menggatal ya, Takde masa dia nak nakal-nakal masa Medina tengah berpantang. Ingat tak sakit ke? Cuba bayangkan, luka belum sembuh lepastu si suami pulak main terjah je. Tak ke nanti luka tu terkoyak balik? 

Medina senyum lagi. "Iya lah suamikuuu yang handsome lagi kacak dan bergaya!" Medina cium pipi Ethan banyak kali. Sayang betul dia dengan encik suaminya ini. 

Ethan ketawa. Perlahan je sebab dia takut nanti Zade terjaga. 

"Sayang stop it!" Ethan ketawa bila Medina mula geletek leher nya. Tempat paling sensitif dan Ethan tak suka orang pegang lehernya macam tu. Geli! Tapi kalau Medina buat takpe. Dia suka. 

"Tak mau!" makin dilarang, makin galak si Medina mengusik suaminya. Dia suka tengok muka Ethan merah-merah macam mintak cendol.

"Sayang, awak tu tengah pantang tau. Jangan macam-macam!" Tegas suara Ethan. Tangan Medina terus terhenti. Dia mencebik. 

"Alah, orang gurau sikit pun tak boleh ke?" Medina jeling. Dia geletek kaki orang semalam takpe pula? 

Ethan garu kepala. Merajuk pulak dah. 

"Jangan merajuk sayang abang ni, ha ye lah, ye lah. Meh sini geletek leher abang." Haih layankan saja lah Ethan. Tak layan, maunya tidur luar kau malam nanti. Huish tak nak lah tidur luar. Nanti tak boleh peluk Medina. 

Medina ketawa kecil. "Apa lah abang ni, semenjak dah jadi ayah ni. Perangai lain macam!" Betul, makin menjadi-jadi perangai nya. Lagi-lagi masa Zade tengah meragam. Zade menangis, bapaknya pun ikut sekali menangis. Naik pening dah kepala melayan. 

Ethan sengih. Pipi Medina dia cium kuat sampai keluar bunyi. "Muahhh!" Bukan sekali, tapi berkali-kali dia cium. Pinggang isterinya dipeluk macam tak nak lepas! 

"Haih betul lah kan bang? Diorang ni nak sweet-sweet mana pernah nak tengok kiri kanan." Mereka berdua tersentak bila terdengar ada suara perempuan dari belakang mereka. Pantas Ethan menoleh ke arah pemilik suara itu. 

Kasih dan Arthur merenung tajam. Kasih elok tengah makan keropok manakala Arthur pula sedang makan aiskrim. Elok je budak dua orang ni bersandar di tepi dinding. Entah masa bila mereka masuk. Ethan pun tak tahu. 

"Bila datang?" Ethan melangkah ke arah mereka berdua. Arthur mencebik. 

"Seronok sangat berasmara dengan bini sampai aku dengan Kasih datang pun tak perasan." Balas Arthur. Dia sambung balik makan aiskrim. Sedap pulak aiskrim ni. 

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang