Selesai sahaja Ethan memakai baju seragam itu, Ethan keluar dari kereta. Sempat dia pesan dekat Kasih menyuruh gadis itu duduk diam didalam kereta.
Tanpa membuang masa, Ethan terus melangkah masuk ke dalam balai polis itu. Topi diatas Kepalanya dibetulkan.
"Maaf. Boleh beritahu nama tuan? dan tuan dari balai polis mana ya?" Tanya Rafzan salah seorang anggota polis yang bekerja disitu. Ethan senyum.
"Nama saya inspektor Zulkifli. Saya dari balai polis di Kampung Sungai Belang. Boleh saya nak berjumpa dengan Tuan Arthur?" Pandai sungguh Ethan berlakon.
Rafzan angguk kepala kemudian dia senyum. "Boleh, tapi tuan Arthur tiada lah tuan. Kalau tuan nak jumpa dengan tuan Arthur juga, tuan boleh tunggu di bilik pejabat tuan Arthur" kata Rafzan tanpa ada syak wasangka.
Dalam hati Ethan sudah ketawa dengan kebodohan lelaki ini. Sesenang itu dia benarkan orang yang tidak dikenali masuk ke sini. Tapi Ethan kekalkan senyuman plastik nya itu.
"Baik, terima kasih, nama encik?"
"Rafzan. Nama saya Rafzan" kata Rafzan ramah. Lesung pipit lelaki itu mendalam apabila dia mengukir senyuman manis.
"Terima kasih encik Rafzan, boleh tunjukkan saya bilik pejabat tuan Arthur?" Tanya Ethan.
"Sini tuan" Rafzan mulakan kerjanya. Ethan pula ikut Rafzan dari belakang.
Mata Ethan memerhati kawasan didalam balai polis itu, ada juga nampak wajahnya ditampal di sebuah papan yang berada di dinding balai polis tersebut. Tapi Ethan hanya buat tidak tahu. Apa lah diorang buat sampai tak cam wajahnya? Makan gaji buta ke apa?
"Ini dia tuan biliknya" Ethan tersentak apabila Rafzan hentikan langkah apabila mereka berada dihadapan pintu kayu. Ethan nampak ada nama Arthur terletak di pintu tersebut. Ethan hanya hanya senyum sinis. Kelakar bila abang dia yang bodoh ni jadi polis. Sepatutnya jadi penagih je.
"Thanks" ucap Ethan sebelum dimasuk ke dalam bilik pejabat Arthur. Mata meliar memandang sekeliling bilik itu. Wah! Sangat menarik.
"Kaya dah kau ya?" Kaya Ethan sambil mengambil satu album gambar yang terletak di rak buku itu. Dengan selambanya Ethan duduk di kerusi meja kerja Arthur kemudian dia buka album gambar itu. Ethan ketawa kecil melihat gambar dua orang budak yang sedang bermain bola. Ethan senyum, mungkin ini adalah anak buahnya.
Comel...Ethan teringin nak hidup macam ni. Kalau dia ikut Arthur. Mesti hidupnya juga akan jadi macam ni juga. Dan sekarang semuanya sudah terlambat. Hidup dia dengan Medina bukan seperti pasangan suami isteri yang lain.
Ethan meraup wajahnya kemudian dia menghela nafas berat. Sungguh berat kesalahan dia sekarang. Bila-bila masa je polis boleh tangkap dia masukkan dia ke dalam penjara.
Ethan bangun, dia tak boleh tunggu disini lama-lama. Ethan terus mencari fail yang Arthur simpan didalam ini. Ethan mencari semua di semua rak. Semua tempat dia selongkar. Habis buku-buku di rak itu Ethan jatuhkan ke bawah. Peduli apa dia, ni office abang dia. Bukan dia.
Puas dia mencari, Ethan cekak pinggang. Mana fail tu? Puas dia cari tapi tak jumpa-jumpa. Tapi Ethan tak nak mengalah, dia akan cari fail tu sampai jumpa! Dia betulkan cermin matanya.
Bila Ethan pusing kebelakang. Mata Ethan tertancap pada sebuah peti besi yang terletak di sebelah rak buku itu. Ethan mula rasa sesuatu. Dia mencari kunci peti itu pula. Ethan buka laci itu kemudian dia tersenyum. Senang je cari kunci ni. Haih pakai peti besi, tapi kunci letak sini aje?
Tanpa melengahkan masa, Ethan terus ambil kunci itu kemudian dia buka peti tersebut.
Klik! Peti itu terbuka lalu Ethan nampak ada satu fail berwarna hitam. Ethan ambil kemudian dia buka fail itu. Bibir Ethan terus mengukir senyuman sinis. Barang yang dia mahukan sudah pun dapat. Arthur memang bodoh! Benda-benda penting macam ni pun dia boleh simpan dekat sini. Bukan penting sangat pun.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
De TodoMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...