32
Kasih hanya diam sahaja didalam kereta. Sekali sekala, Arthur memandang ke arah Kasih. Dari tadi diam aje budak ni. Naik seram pula dia. Selalunya Kasih seorang yang periang. Bila dia dapat tahu semuanya. Arthur turut kesian dengan keadaan Kasih. Tak sangka begitu kejam perbuatan Hamdan ke atas Kasih.
"Kenapa kau pernah cerita semua ni dekat aku? Kenapa kau simpan sorang-sorang?" Tanya Arthur bila dia parking kan kereta di tepi jalan. Nasib baiklah jalan malam ni tidak sesak sangat. Lagipun risau juga dia. Buatnya nanti kena tangkap basah. Sebab tu dia parking kereta dekat sini. Sebab sebelah ni ada kedai makan. Jadi takde lah menimbulkan fitnah.
Kasih dengar tu, terus dia tutup wajahnya dengan kedua-dua belah telapak tangannya. Tersedu sedan kasih menangis.
"A...aku takut. Benda ni dah lama jadi. Aku lari rumah sebab diorang berdua lah. Mak aku tak pernah percaya kan aku pun. Dia siap kata aku ni penipu. A...aku penat bang. Aku penat nak hadap semua ni" Kasih menangis semahu-mahunya. Arthur genggam penumbuk nya. Entah kenapa hati dia betul-betul rasa panas lepas mendengar luahan Kasih ni. Budak seperti Kasih tak patut hadap semua ni.
"It's okay Kasih. Menangis lah, aku ada dengan kau. Kau jangan salah faham pulak! Aku cakap macam ni sebab aku anggap kau macam adik aku je. Kalau kau nak sweet-sweet, pi cari jantan lain. Aku tak nak buah pisang tumbuh dua kali. Serik!" Arthur peluk tubuh. Seram sejuk dia bila teringat wajah singa Melissa.
Terus Kasih tergelak mendengar kata-kata dari Arthur itu. Terus naik balik air matanya. Haih lah abang Arthur. Kau ni, sejak bila pandai buat lawak ni?
Arthur senyum. "Kalau kau rasa nak menangis lagi. Menangislah
Kan kau juga manusia.Mana ada yang bisa.Berlarut-larut.Berpura-pura sempurna.Sampaikan pada jiwa yang bersedih.Begitu dingin dunia yang kau huni.Jika tak ada tempatmu kembali" dengan penuh merdunya suara Arthur menyanyi. Kasih geleng kepala. Orang tengah betul-betul sedih. Dia boleh menyanyi ya?"Kenapa lah abang tak menyanyi macam dekat kakak Melissa ya? Kalau kakak Melissa dengar, mesti dia halau abang dari rumah" dalam pujian, ada kehinaan nya dekat situ. Arthur terus jeling Kasih.
"Eleh, jealous lah tu! Suara aku sedap kan? Macam Cakra Khan"
Kasih ketawa. "Bukan macam Cakra Khan! Tapi cakar Khan!"
Arthur mencebik. "Kau jangan eh Kasih. Aku tinggalkan kau dekat sini nanti!" Ugut Arthur. Budak ni kalau dapat bahan orang. Bukan main lagi dia ya?
"Ceh main ugut-mengugut pula dia" wajah Kasih terus masam mencuka.
"Eleh, ingat orang takut ke kalau kau buat muka macam tu?"
"Diamlah" marah Kasih. Dia pandang ke luar tingkap kereta itu. Tengok orang makan cromboloni macam sedap aje. Terliur pula tengok.
Arthur melihat Kasih menelan liur itu terus dia pandang ke luar tingkap.
"Kau nak makan tu ke?" Tanya Arthur. Berliter-liter dia tengok Kasih telan liur. Mesti budak tu nak kan karipap gulung tu kan?
Kasih pandang Arthur dengan mata bersinar-sinar. Kepala di angguk laju.
"Nak!!"
Arthur senyum. "Kalau nak, kau tunggu sini. Aku turun pergi beli sekejap"
"Hehe oceyyy abang handsome"
Arthur mencebik. "Abang handsome konon. Kalau aku buat baik, kau nak lah panggil abang handsome. Cuma aku buat jahat dekat kau? Larva kuning kau panggil aku"
Kasih sengih. "Itukan gelaran paling sesuai untuk abang. Kalau saya panggil abang, abang Tesla macam tak sesuai pula. Sebab abang pakai Myvi bukan Tesla"

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RandomMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...