ETHAN urut belakang lehernya yang semakin lenguh itu, dia bangun kemudian dia melangkah ke dapur untuk basahkan tekaknya yang kering. Baru sahaja sampai di hadapan pintu, tiba-tiba Ethan mula rasa pening.
Dia menutup mulutnya bila dia terasa nak termuntah. Ethan terus berlari masuk ke dalam bilik air. Sampai sahaja didalam bilik air, Ethan keluarkan segala yang ada di dalam isi perutnya.
Terbatuk-batuk Ethan memuntahkan semuanya. Berkerut dahi Ethan menahan perit di tekaknya.
Ethan mula rasa nak pitam. Dah kenapa dengan dia ni? Tiba-tiba je muntah-muntah macam ni. Dia ada salah makan ke tadi? Nak kata salah makan, dia belum makan apa-apa pun tadi.
Hanya makan satu paket roti sahaja. Itupun tarikh luput lambat lagi. Jadi bukan keracunan makanan lah kan?
"Tok! Tok! Tok!!" Suara Kasih mula menyapa gegendang telinga ethan.
Kasih mengetuk pintu dengan kuat. Haih apa lah abang Ethan buat dalam bilik tu lama-lama. Kadang-kadang Kasih pelik sebenarnya. Kenapa abang Ethan bawa dia ke sini? Kenapa tak bawa dia pergi ke hospital lama, dah lama dia tinggal disana dulu. Kenapa abang Ethan bawa dia kesini pula?
Ada berapa banyak rumah sebenarnya yang abang Ethan ada? Kaya betul kau bang. Kalau kau ada adik, dah lama aku ngorat adik kau.
Ethan yang sedang bersandar di dinding itu terus buka mata. Penat betul dia tadi. Banyak juga dia muntah tadi sampai dia rasa nak pengsan. Sudah la Perut dia kosong.
Dengan lemahnya Ethan melangkah ke daun pintu lalu pintu itu dibuka. Kasih mengundur selangkah kebelakang. Kasih pelik melihat wajah Ethan yang pucat itu.
"Abang tak sihat ke?" Tanya Kasih. Rambutnya yang diikat tocang itu diketatkan. Pucat sungguh muka abang handsome kita ni.
Ethan angguk. "Ye...aku tak sihat. Tolong aku ambil kan Panadol dekat dapur dengan air masak sekali. Aku nak makan" arah Ethan dengan suaranya yang serak.
Kasih mendengar sahaja arahan itu, kasih terus pergi dapur. Tak sampai beberapa minit macam tu, Kasih kembali bersama satu cawan air dan satu papan Panadol.
"Nah abang" kasih serahkan satu cawan air masak dan satu papan Panadol itu kepada Ethan. Ethan ambil dan terus dia keluarkan dua biji Panadol itu lalu dia masukkan ke dalam mulut kemudian dia minum.
"Thanks" ucap Ethan perlahan.
"Abang kenapa ni? Dah makan belum? Orang sempat pergi beli nasi goreng Pattaya tadi. Alang-alang orang nak beli gula. Kasih sempat belikan makanan untuk abang" kata Kasih. Dia bosan tadi, sebab tu dia keluar.
"Kau keluar? Dengan siapa?"
Kasih juling kan mata keatas. "Sorang je ler. Apa abang ni? Tanya soalan merepek!" Kasih geleng kepala bila mendengar soalan dari abang Ethan.
"Mana tau, kau keluar dengan boyfriend kau tanpa pengetahuan aku" tuduh Ethan.
"Hey! Sorry sikit. Orang bukan macam abang! Usha anak dara orang!" Kata Kasih dengan sindiran. Tangan dicekak di pinggang. Marah betul dia kalau orang tuduh dia ada pakwe. Eh sorry sikit! Kita ni single tau!
Ethan pejam mata. "Weyh Kasih...aku rasa macam nak makan asam"
Makin pelik budak Kasih mendengar permintaan lelaki itu. "Abang nak asam? Tak pernah-pernah minta orang nak makan asam" Kasih geleng kepala. Dah macam orang mengandung gayanya. Tapi abang Ethan lelaki, tak kan pula abang Ethan... Tiba-tiba mata Kasih meluas.
"Abang mengandung ke?!"
Pak! Kepala Kasih dipukul dengan cawan plastik itu. Kasih terus mengusap-usap kepalanya yang sakit itu. Bibir dimuncungkan.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RandomMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...