36 | psycho obsession

10.9K 501 107
                                    

  




         "SAYANG boleh duduk rumah sekejap dengan kakak Melissa? Abang nak keluar sekejap dengan Arthur" kata Ethan sambil sarungkan baju t-shirt berwarna hitam di tubuhnya. Medina yang sedang makan roti krim itu terus menoleh. Berkerut wajah cantik itu. 

         "Abang nak pergi mana?" Tanya Medina. Apa ni? Tinggalkan orang lagi.

        Ethan sengih. "Abang nak keluar, sekejap jeee... Nanti abang belikan chocolate beryl's untuk sayang okay?" Pipi Medina Ethan cium sekilas.

"Tapi..." 

          "Don't worry sayang, abang keluar sekejap je. Nanti abang balik okay??" Ethan pegang kedua-dua belah pipi isterinya. Dahi Medina dia cium. Lama juga bibir nya melekat disitu sehinggalah Ethan leraikan ciuman itu.

        "Tunggu abang tau" Kali ni pipi Medina pula jadi mangsa bibir Ethan. Medina tersenyum.

"Baik-baik abang" 

         Hilang sahaja kelibat suaminya. Terus Melissa melangkah ke arah Medina. 

        "Sayang betul Ethan dekat Medina ya?" Tanya Melissa. Dari tadi dia nampak betapa sweetnya pasangan ini. Dia melihat itu terus rasa jealous. Bukan apa, dia dah lama tak bermanja dengan Arthur. Uhuk! Sian saya. 

        Medina senyum. "Akak pun apa kurangnya dengan abang Arthur" Medina menyiku pinggang Melissa.

"Mana ada...dulu ya lah. Sekarang takde" 

        "Kakak tak nak berbaik semula ke dengan abang Arthur? Saya nampak abang Arthur betul-betul masih sayangkan akak lagi" Medina nampak semuanya. Arthur sanggup belikan macam-macam hadiah untuk Melissa. Walaupun Melissa tak layan semua itu. Tapi Arthur tak pernah putus asa. Ada aje akalnya nak buat surprise

Melissa mengeluh. "Kakak bukan apa..." 

       "Medina tahu kakak masih lagi trauma dengan apa yang jadi. Kalau saya jadi kakak pun saya akan marah. Bukan tu je, Saya akan lari jauh dari hidup dia. Tapi...kalau dia betul-betul dah berubah dan pujuk kita balik. Mungkin Medina akan terima dia semula" Medina tersenyum manis. Harap apa dia katakan ini dapat lembut kan hati Melissa semula. 

        Melissa hanya diam. Terima Arthur semula? Kalau dia buat benda yang sama macam mana? Lelaki ni kalau janji, nanti dia buat lagi. Lepastu dia janji lagi. Itulah manusia sekarang. Melissa geleng kepala. 

        "Tak nak... Kakak tak nak benda tu berulang lagi. Cukuplah sekali, Medina. Hati kakak betul-betul rasa sakit bila teringat apa yang dia buat dulu. Kalau dia betul-betul sayang kan kakak, kenapa dia curang? Entah lah Medina. Akak cuma fikirkan Zayn je ni" sekali lagi Melissa mengeluh. Penat lah nak fikirkan semua ni..

      Medina hanya diam. Mungkin Melissa betul-betul trauma. Medina senyum. "Takpelah kak, pilihan ada ditangan akak. Saya tak nak paksa" Medina memeluk bahu Melissa. 

        Melissa balas senyuman Medina. Tangan Medina yang berada di bahunya dipegang. 

"Terima kasih Medina...." 

"Sama-sama kak...stay strong okay?" 




______________________________________________________________________


       "Lepaskan aku!" Jerit Hamdan lantang. Ethan tersenyum sinis. Kasih dan Arthur hanya berdiri dan melihat sahaja. 

       "Kau ingat... Semudah itu kami nak lepaskan?" Kata Ethan. Dia ambil sarung tangan hitam yang berada di atas meja itu lalu dia pakai.

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Where stories live. Discover now