"Apa kau cakap? Nak jadi suri rumah kau? Nak mati ke?Dah berapa lama hidup?" Kasih cekak pinggang. Lepas je dia dengar Darren cakap macam tu. Terus Kasih baling baldi yang berisi air dekat Darren. Habis basah baju lelaki itu. Bukan setakat itu je, Kasih tarik rambut Darren sampai menjerit Darren dibuatnya.
Darren gigit bibirnya. Aduh, habis basah baju dia. Berdenyut-denyut kulit rambut dia sebab kena tarik dengan Kasih tadi. Huh menyengat!
Arthur yang sedang bersandar di pintu itu hanya tersenyum sinis. Aku dah cakap, kau yang tak nak dengar. Degil.
"Saya gurau je"
"Gurau? Gurau benda macam tu? Aku tanya elok-elok, kau main-main dengan aku" kali ni Kasih pegang batang penyapu pula. Ha kau, main-main lagi dengan aku! Tapi kesian pula dia tengok Darren macam tu. Haih tak jadi nak marah lebih-lebih.
"Dah lah, pergi balik. Jangan lupa mandi" pesan Kasih. Dengan baju basah nya. Dah lah pakai baju kemeja warna putih! Nampak abs dia yang berketul-ketul tu. Sesak dada Kasih dibuatnya!
"Hehe risau juga awak dengan saya ya?"
Kasih merengus kasar. "Aku rasa kau memang teringin nak makan tapak kaki aku ni" kasih angkat kakinya. Geram betul dia dengan Darren. Dah lah suka buat muka seposen!
Darren terus angkat kedua-dua tangannya. Mengalah. Risau juga, mana tau tiba-tiba Kasih buat betul-betul nanti.
"Dah, jom gerak. Dah malam ni. Kau Darren? Nak ikut sekali tak?" Ajak Arthur. Bukan apa, rumah Darren dari sini agak jauh. Lagipun dah malam. Tak salah kalau Darren nak tumpang tidur di rumah Ethan.
Darren garu hidungnya. "Err tak pe ke?" Bukan apa, dia risau Kasih suruh dia tidur luar je nanti.
"Alah kau, acah je lebih. Tak yah nak malu-malu sangat lah. Tadi kau acah-acah buat ayat sweet dengan aku tadi tak malu pula?" Cukup pedas ayat kasih bagi. Eleh peduli apa dia?
Darren angguk kepala. "Okay, aku ikut. Erm baju?"
"Baju aku ada" kata Arthur. Darren hanya angguk kepala. Nasib baik Arthur ada baju. Risau juga dia kalau tiba-tiba dia demam ke nanti. Basah lencun habis bajunya. Ingat Darren, lepas ni jangan sesekali cari pasal dengan Kasih. Tapi kalau sikit, tak jadi masalah kot. Hehe
Kasih terus jeling Arthur. "Biar je lah dia balik sorang-sorang! Dah tua bangka pun takut lagi" Kasih hentak kakinya lalu dia masuk ke dalam rumah. Darren hanya diam dan melihat sahaja Kasih. Haih payah juga nak kawan dengan budak Kasih ni.
"Aku dah cakap dengan kau. Kasih tu lain sikit. Aku yang dah lama kenal dengan dia pun mulut dah tak boleh nak kontrol. Inikan kau" geleng kepala Arthur. Entah hantu apa yang merasuk Darren sampai kan kasih mulut puaka tu dia boleh suka.
"Habis Lucy? Kau tak nak?"
Darren tersentak. "Asal kau nak sebut nama dia?"
"Aik? Dah jumpa orang baru, orang lama terus buang?" Sinis Arthur.
"Aku takde kena mengena dengan dia lagi. Dia pun dah ada orang lain" balas Darren dingin.
"Sudah lah, aku nak tukar baju. Mana bajunya?"
Arthur ketawa kecil. "Ada dekat dalam. Aku dah siap-siap letak dekat atas sofa. Kalau nak mandi sekali, pergi masuk dekat dalam bilik tetamu. Dalam tu takde orang" balas Arthur. Kesian Darren. Bukan main dia tunggu perempuan tu, sekali dapat berita. Perempuan tu kahwin dengan orang lain tanpa pengetahuan dia. Broken teruk Darren sampai dia berhenti kerja di hospital kerajaan lalu dia buka hospital kecil di kampung halamannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
AcakMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...