SELESAI sahaja aku habiskan makanan. Dia ambil pinggan aku dan bawa ke sinki. Aku hanya senyum. Puas aku melarangnya tapi dia tetap degil nak juga basuh pinggan aku. Haih pelik lah aku dengan dia ni. Dia buat aku macam bini dia je.
Aku dah cakap, aku ni macam bukan kena culik je gayanya. Layanan yang cukup mantap sampai aku rasa nak stay sini sampai bila-bila. Haha.
"Jom. Aku rasa kau kena masuk bilik dulu"
Aku dengar tu terus merengus kasar. "Alah, sekejap nya. Saya bosan lah" ha lantak lah situ. Memang padan muka dia. Siapa suruh culik budak tak cukup umur?
"Aku ada kerja Medina. Kau duduk je dalam bilik tu"
Aku mencebik.
"Boleh lah..." Aku tersengih. Aku nak jalan-jalan lagi. Bosan tau tak duduk dalam bilik. Dah la tak tahu nak buat apa. Tidur je lah kerja aku. Tak tidur, berangan. Antara dua tu je lah yang paling aku banyak buat.
Dia geleng kepala. "No...kau duduk je dalam bilik tu" bila dia baru nak pegang tangan aku, terus aku peluk tubuh. Buat-buat merajuk. Lantak lah dia nak kata aku gedik ke apa.
Dia mengeluh. "Jangan degil boleh? Aku tak suka lah" katanya dengan suara tegas. Aku telan liur. Tak jadi aku nak mengada-ngada.
"Masuk bilik eh?"
Aku diam. Tanpa menunggu dia, aku angkat kaki dan terus menuju ke bilik. Dia pula ikut aku dari belakang. Malas lah macam ni. Tengok lah, memang aku cari jalan keluar lepas ni. Lantak lah dia nak marah ke apa. Kurung aku macam duduk dalam penjara. Dah la rumah takde apa-apa! Tv pun tak boleh nak buka. Telefon pun tak de. Baik aku mati je kalau macam ni.
Sampai sahaja di depan pintu. Aku menunggu dia buka kunci. Setelah pintu itu terbuka, aku terus masuk ke dalam bilik dan baring di atas katil tanpa sikit pun aku memandang ke arahnya.
"Sleep well sweetie" dia menarik selimut sehingga menutup separuh tubuhku. Aku masih lagi tak nak buka mulut. Malas nak layan! Aku dah lah bosan. Tak sampai satu jam pun dia bawa aku jalan. Kalau aku tau sekejap macam ni, memang aku duduk je dalam bilik. Biar berlapar. Biar aku mati kelaparan.
"Hey... Merajuk ke?" Aku terasa bahuku dicuit. Aku buat tak tahu. Aku pejam mata erat-erat. Mungkin aku nak datang bulan kot. Sebab tu aku macam ni. Dulu aku merajuk dengan Ameera. Sekarang Ameera dah pindah. Jadi lelaki ni lah yang kena layan aku punya perangai. Padan muka.
Aku dengar dia ketawa kecil. Asal nak gelak pulak! Nak kena tendang ke?
"Jangan lah merajuk. Aku tak boleh peluk kau lagi lah sweetie" aku gigit bibirku. Terasa membahang wajahku mendengar ayat manisnya itu. Sweetie. Aku suka dengar dia panggil aku dengan nama tu. Entah kenapa. Rasa macam istimewa sangat. Haha. Melampau betul kau ni Medina. Ni mesti kes single lama sangat ni.
"Mana ada merajuk. Pergilah buat kerja. Saya okay je. Dah keluar, saya nak tidur" aku pejam mata. Macam mana aku nak tidur kalau Shawl pun masih ada lagi ada dikepala ku? Habis lah rambut aku gatal!
"Really? Betul ni? Jangan risau. Nanti aku bawak kau jalan-jalan tau? Tapi bukan masa yang terdekat lah. Kau sabar je okay?" Dia mengusap perlahan kepalaku. Aku senyum. Entah kenapa aku rasa bahagia dengannya. Bukan apa, dulu aku pun tak pernah dimanjakan macam ni dengan ayah. Aku selalu diabaikan. Ayah sering lebihkan kakak aku.
Sampai sekarang aku tak boleh lupa apa yang dia buat dekat aku. Bukan setakat tak boleh lupa. Aku tak boleh maafkan diorang.
"Hey? Aku tanya ni sweetie. Aku tau kau sebenarnya tak tidur kan?" Dan tekaannya betul. Aku tak tidur lagi. Haih lah, dia ni kan tahu-tahu je. Aku pusing ke arahnya.
YOU ARE READING
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
Random⚠️ WARNING ⚠️ Medina, seorang wanita muda yang sering sibuk dengan kerjayanya, memutuskan untuk mencuba sesuatu yang baru dengan memuat turun sebuah aplikasi chatting. Di aplikasi tersebut, dia mula berkenalan dengan seorang lelaki misteri bernama E...