DARI jauh dia melihat isterinya. Dia hanya mampu melihat dari jauh sahaja sebab dia takut jika jiran tahu siapa dirinya. Nafas berat dihela. Kasih disebelah nya turut berasa kasihan dengan Ethan.
Ya, mereka sekarang berada tidak jauh di rumah Ameera. Dia nampak Medina baru sahaja keluar dari kereta.
Kalau boleh, dia nak aje peluk tubuh isterinya dengan erat. Dia betul-betul rindukan Medina. Rindu sangat-sangat.
"Abang pergi lah. Don't worry, Kasih tunggu dekat dalam kereta" kata Kasih bila dia melihat Ethan enggan mahu berjumpa dengan akak Medina. Kasih faham, bukan senang nak tunjuk muka kalau benda dah jadi macam ni.
Lagi-lagi kalau suka menyundal suami orang. Lagi memalukan!
Ethan gigit bibir. Entah kenapa dia betul-betul rasa takut. Hampir empat bulan dia tidak berjumpa dengan isterinya.
Sebelum ni, boleh dikatakan setiap hari dia memerhatikan Medina. Tapi bila dia terpaksa berpindah-randah. Dia tidak dapat melihat Medina dari jauh. Sebabnya hanya satu, dia takut dan malu. Ya! Dia sangat-sangat takut ingin berdepan dengan isterinya.
Dia takut kalau Medina mula rasa jijik dengannya. Kadang-kadang dia selalu fikir. Ada ke orang nak terima lelaki sepertinya? Seorang lelaki yang kejam!
"Haduh abang ni. Cepat lah sikit. Termenung pula dia" Kasih menolak-menolak bahu Ethan memaksa lelaki itu keluar dari kereta. Ethan masih lagi diam dan duduk didalam kereta. Dia betul-betul rasa berdebar.
Betul ke apa yang dia buat ni?
Ethan mengeluh kemudian dia pandang Kasih.
"Sumpah aku takut nak hadap isteri aku" Ethan meraup wajahnya. Dulu dia tak lemah macam ni. Entah tiba-tiba dia boleh jadi takut sampai macam ni sekali. Padahal dia nak pergi jumpa dengan Medina je pun.
"Takpe bang. Kasih yakin abang boleh. Pergilah" pujuk Kasih. Dia tahu lelaki itu sedang dalam dilema.
Ethan angguk kepala. Dengan perlahan-lahan dia keluar dari kereta. Berkali-kali Ethan telan liur sebab gementar. Ethan tarik nafas dalam-dalam lalu dia hembus.
"It's okay Ethan...kau kata kau rindu Medina kan?" Bisik Ethan. Harap-harap Medina masih lagi terima dia sebagai suami walaupun mereka sudah empat bulan tidak bersemuka.
Ethan melangkah ke pintu pagar rumah Ameera.Sampai sahaja di pintu masuk, langkah Ethan berhenti.
Bila dia nampak Medina baru sahaja ingin masuk ke dalam rumah terus Ethan memanggil nama isterinya.
"Medina..."
Semasa Medina sedang buka kasut itu, tangan nya terhenti. Medina tersentak bila mendengar suara itu. Suara yang cukup dia kenal! Malah dia sangat-sangat rindu dengan suara itu! Medina bangun kemudian dia pusing kebelakang untuk melihat gerangan yang memanggil namanya tadi.
Mata Medina meluas. Terus air matanya mengalir dengan lebat. Pantas kaki Medina melangkah ke arah suaminya sebelum tubuh sasa itu dipeluk erat.
"Ethan!"
"I miss you..so much!" Luah Medina. Air matanya mula mengalir. Sejak dia mengandung ni, senang betul dia keluarkan air mata.
Ethan tersenyum mendengarnya. "I miss you too, sweetie" dahi Medina dikucup lembut. Ethan tersenyum melihat air mata yang mengalir dari pipi Medina. Tak sangka isterinya juga rindu dengannya.
Medina tersenyum. Lama dia tak dengar nama panggilan itu.
"Awak pergi mana selama ni Ethan?" Tanya Medina sambil memegang kedua-dua belah pipi Ethan. Ethan ketawa kecil. Tangan Medina digenggam erat.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RandomMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...
