19 | psycho obsession

20.5K 1.1K 260
                                    

ETHAN berhenti berlari lalu dia masuk ke dalam bangunan yang usang itu. Tempat ni sebenarnya tiada siapa yang tahu melainkan dia dan Medina.

Dia sudah tidak mampu menahan sakit lagi jadi dia terus buka bajunya sehingga nampak segala six-pack yang terletak elok di bahagian perutnya.

Ethan gigit baju itu dengan kuat sebelum dia ambil satu playar yang berada betul-betul disebelah nya kemudian dia keluarkan peluru itu.

Ethan mengerang kuat apabila playar itu mula masuk ke dalam kulitnya. Lama Ethan cuba keluar kan peluru itu sehingga peluru itu berjaya dikeluarkan.

Ethan menghela nafas berat. Satu lagi peluru yang perlu Ethan keluarkan. Tapi dia tak mampu nak buat sebab peluru itu berada di belakang bahunya. Jadi dia tak boleh nak keluarkan.

Ethan pejamkan mata nya. Medina, dia mula rindu dengan wanita itu. Dimana Medina sekarang? Adakah isterinya baik-baik sahaja? Dia berharap Medina dapat jumpa kereta milik Aiman yang berada tak jauh dari situ. Dia harap sangat Medina selamat. Dia tak kisah kalau dia sakit ke apa, janji Medina baik-baik sahaja.

__

Medina menangis semahu-mahunya didalam kereta milik Aiman. Stereng kereta digenggam kuat. Macam mana dia nak pergi dari sini? Macam mana dengan Ethan? Apa yang jadi dekat suaminya sekarang ni? Ya Allah, aku tak mampu nak hadap semua ni lagi. Aku dah tak boleh nak pergi mana-mana dah.

Keluarganya sudah buang dia. Sekarang keadaan Ethan pun dia tak tahu. Sudahlah suaminya ditembak. Macam mana kalau Ethan ditangkap? Habis dia macam mana? Dia betul-betul tak kuat. Dia rasa nak pergi balik je dekat Ethan. Dia nak peluk tubuh lelaki itu dengan erat sampai tak nak lepas!

Medina tersentak. Telefon! Mesti telefon bimbitnya ada disini. Cepat-cepat Medina mencari telefon bimbitnya di kerusi sebelah. Medina melihat sahaja di bawah. Dia ucap syukur, bag tangannya masih lagi ada disini. Nasib baik Aiman tak bawa sekali. Bodoh. Lelaki tu tau buat benda tak senonoh je. Benda lain dia tak tahu.

Medina capai bag tangannya lalu telefon bimbitnya dicari. Bibirnya tersenyum lebar. Butang off ditekan lama. Mana tau telefon dia masih berfungsi walaupun hampir sebulan dia tak buka telefon ni. Lama Medina tunggu telefon itu hidup sehinggalah Medina berputus asa. Malang sungguh, telefon dia tak boleh nak berfungsi. Nampak gayanya, dia kena cari jalan untuk cari tempat yang boleh dia cas telefon ni.

Kali ni Medina cuba nak hidupkan enjin kereta.

"Bismillahirrahmanirrahim" Medina masukkan kunci kereta itu kemudian Medina cuba nak hidupkan enjin kereta itu. Sekali lagi Medina tersenyum lebar.

"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah!" Bersyukur betul dia bila kereta itu masih lagi berfungsi! Nasib kau lah Aiman. Kereta kau dah jadi milik aku. Dan bernasib baik lah Aiman juga simpan kunci lagi satu didalam ni.

Tanpa membuang masa, Medina terus bawa kereta pergi ke stesen minyak. Mana tau disitu ada tempat yang boleh cas telefon bimbit. Kalau dalam ni ada duit. Boleh lah dia tambah minyak dekat kereta ni sekali.

___

Ethan masuk ke dalam satu bilik rawatan yang sudah lama ditinggalkan. Ya, bangunan yang Medina masuk dulu, itu sebenarnya hospital lama. Sudah lama ditinggalkan. Jadi Ethan buat tempat ni tempat untuk dia simpan barang-barang keperluannya. Untuk apa? Untuk kecemasan. Senang kalau jadi apa-apa nanti, dia bawa Medina ke sini sahaja. Walaupun tempat lama, tapi Ethan jaga tempat ini dengan baik.

Ethan duduk diatas katil hospital itu dengan berhati-hati. Liur ditelan lagi. Kakinya masih lagi sakit. Dia nak keluar pun tak boleh. Sebab anggota polis sudah tau siapa dirinya. Ethan pejam mata rapat.

𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang