TUBUH Medina kaku diruang tamu. Tak berkedip matanya melihat wajah yang dia sangat-sangat rindukan itu. Macam tak percaya, betul ke apa yang dia nampak ni?
Ethan senyum. "Sayang tak rindu abang ke?" Tanya Ethan sambil lebarkan tangannya. Dia kalau boleh berjalan dengan baik. Memang dia akan berlari peluk tubuh isterinya.
Medina dengar itu, terus dia pergi ke arah Ethan lalu dia peluk tubuh suaminya. Medina terus menangis teresak-esak. Pipi Ethan dicium semahu-mahunya. Mengekek Ethan ketawa suka.
Kasih dan Arthur melihat itu, terus pandang tempat lain. Ya tau dah kahwin. Haih jealous pula nengok nya.
"Abang...Medina rindu abang" hidung Ethan dicium. Ethan senyum lalu dia mengusap-usap wajah Medina.
"I miss you too, sweetie. So much" bibir Medina dicium sekilas.
"Ehem! Ewah-ewah. Nak lebih-lebih sila masuk bilik ya? Ingat. Ada orang single dekat sini" sampuk Kasih sambil peluk tubuh. Panas je hati dia tengok kemesraan laki bini ni. Memang tak hormat orang single langsung!
Ethan jeling Kasih. Bahu Medina dia peluk. "Biarlah. Ni isteri abang. Kan sayang?" Dengan selamba, Ethan cium pipi Medina. Lama betul tak dapat cium bini ni. Sekali dapat, nak lagi!
Kasih mencebik. "Dah lah bang. Baik Kasih pergi makan kek tapak kuda!" Kasih hentak kaki dulu sebelum dia pergi ke dapur.
Arthur geleng kepala. "Pergi lah masuk bilik. Berehat. Aku pun ada hal kejap lagi. Bilik kau dekat atas" kata Arthur. Ethan angguk kepala.
"Baiklah bang, terima kasih sebab tolong aku" balas Ethan bersama senyuman terukir di bibirnya.
"It's okay, benda biasa je tu. Apa-apa nanti, kau call je aku"
Dahi Ethan berkerut. "Aku maja ada telefon" balas Ethan. Telefon bimbit dia hilang entah kemana. Mungkin hilang semasa dia kena tangkap dulu kot?
"Oh haah lah, aku lupa. Kau tunggu sini sekejap" kata Arthur. Dia pergi masuk ke dalam bilik tidurnya untuk ambil sesuatu.
"Sayang okay ke? Baby macam mana?" Tanya Ethan. Wajah nya agak risau dengan keadaan isterinya. Sudah lah berbadan dua. Haih kesian Medina. Besarkan anak dalam perut seorang diri.
Medina angguk kepala. "Alhamdulillah, baby semua okay. Kakak Melissa yang selalu temankan Medina pergi check up" balas Medina sambil mengusap rambut Ethan. Bibirnya mengukir senyuman manis.
"I'm sorry sayang"
Medina berdecit. "Jangan lah cakap macam tu. Abang dah balik kan? Kenapa? Abang nak tinggalkan Medina lagi ke?" Medina mula emosi. Dia tak suka bila Ethan minta maaf dekat dia.
Baru sahaja Ethan ingin balas kata-kata isterinya. Arthur muncul bersama satu kotak bersaiz kecil yang berada didalam plastik.
"Han... nah ni telefon untuk kau. Ini fon lama aku. Aku dah tak pakai. Kalau kau nak guna untuk sementara waktu boleh lah. Nanti kau dah ada kerja tetap, kau beli lah lain" Arthur sengih.
Ethan ketawa kecil. "Aku okay je. Mana-mana okay. Janji boleh guna sudahlah"
"Ha ye lah kau. Pergi lah masuk bilik, rehat. Aku nak keluar ni"
"Ha baiklah. Sayang jom masuk bilik" kata Ethan. Medina angguk kepala kemudian dia menarik tangan Ethan dan bawa masuk ke dalam bilik.
____________________________________________________
"LEPASKAN AKU SIAL!" Hamdan hentak-hentak kakinya di lantai simen itu. Dia meronta-ronta di atas kerusi kerana kedua-dua tangan dan kakinya diikat ketat di kerusi itu.
YOU ARE READING
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
Random⚠️ WARNING ⚠️ Medina, seorang wanita muda yang sering sibuk dengan kerjayanya, memutuskan untuk mencuba sesuatu yang baru dengan memuat turun sebuah aplikasi chatting. Di aplikasi tersebut, dia mula berkenalan dengan seorang lelaki misteri bernama E...