SAMPAI sahaja di pintu utama. Arthur buka pintu itu kemudian dia masuk.
Dengan perlahan-lahan Arthur menutup semula pintu itu. Kaki mula melangkah ke bilik tidur mereka. Semasa Arthur ingin pergi ke tangga. Tiba-tiba dia ternampak Melissa baru sahaja keluar dari bilik air yang berada di dapur. Arthur pantas menyorok disebalik dinding.
Bila dia nampak Melissa mahu naik ke bilik. Pantas Arthur menarik tangan Melissa dan terus dia tolak tubuh Melissa ke dinding. Baru sahaja Melissa ingin menjerit. Arthur terlebih dahulu menutup mulut Melissa dengan telapak tangannya.
"Shh..jangan bising! Nanti anak kita jaga" kata Arthur sambil matanya memandang ke arah bilik Zayn.
Melissa dengar itu, terus tangan Arthur ditarik kasar. Mata Melissa tajam memandang ke arah Arthur.
"Anak kita? Sejak bila awak mengaku itu anak awak? Ha? Dah lah Arthur. Pergi berambus dari rumah ni. Saya takde suami jijik macam awak!" Marah Melissa lantang. Turun naik nafasnya menahan marah! Kalau nak ikutkan hati ni, nak aje dia tikam perut Arthur sampai terburai! Biar dia rasa puas!
Mulut Arthur terus terkunci. Dia pegang kedua-dua bahu Melissa kemudian dia menunduk sedikit kepalanya. Nafas dihela berat. Nampaknya Melissa sudah berubah. Tiada lagi Melissa yang lemah lembut. Haih ini semua punca dia. Dia lah yang buat Melissa berubah sampai macam ni sekali.
Arthur memandang semula ke arah Melissa.
"Mel...dengar cakap abang"
Hampir nak ketawa Melissa dengar. "Abang? Seriously? Dah puas tidur dengan perempuan lain! Sekarang awak nak gelarkan diri awak sebagai abang lagi? Wah! Senang nya hidup? Awak ingat saya ni apa? Hm? Perempuan simpanan awak? Ke selama ni awak memang tak pernah anggap saya macam isteri?"
Jelas wajah Arthur terkejut dengan kata-kata tajam dari Melissa.
"Okay fine! Abang datang sini sebab abang nak minta maaf dekat Mel. Sebab abang masih cintakan mel"
"Kalau cinta...kenapa ada yang kedua? Kenapa abang curang kalau abang sayang kan mel?" Melissa silang kan tangan ke dada.
Sekali lagi Arthur mengeluh. "Itu sebab abang bodoh! Abang senang..."
"Senang cair bila perempuan lain goda awak? Macam tu?" Potong Melissa dengan kata-kata yang sangat tajam.
"No sayang.." baru sahaja Arthur ingin memegang tangan Melissa. Melissa terus menolak Arthur kebelakang.
"Don't touch me!" Marah Melissa. Boleh tak kalau cakap tu tangan duduk diam? Ni tak... sikit-sikit nak pegang itu lah nak pegang ini lah.
"And please stop call me sayang! Entah-entah berapa ramai perempuan awak panggil sayang kan? Dah lah Arthur. Saya dah muak dengan semua ni. Dan sekarang eloklah kalau awak balik. Saya nak kita settle kan semua ni dekat mahkamah! Saya nak cerai. Saya tak sanggup nak hidup dengan lelaki macam awak! Dasar larva kuning!"
Melissa terus berlalu meninggalkan Arthur di tingkat bawah. Arthur gigit bibir. Larva kuning dia panggil aku? Haih lah, kena tidur dekat sofa lah ni ya?
__________________________________
KEESOKAN harinya, Melissa turun ke bawah untuk siapkan sarapan untuk dia dan juga Zayn. Arthur? Lantak lah situ dia kebulur ke apa. Malas nak ambil tau.
"Mel..."
Langkah Melissa terhenti. Terus dia pusing ke arah Arthur yang sedang mendukung Zayn
"Letak Zayn dekat bawah!" Mel cuba menahan suaranya daripada jerkah mamat tak guna ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
RandomMEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati sem...