ATHIRAH bangun sahaja terus dia mencari susuk tubuh lelaki itu. Tiada. Lelaki itu sudah keluar dari sini. Athirah memandang ke arah tangannya yang sudah dipotong itu. Dia menelan liur dengan perit. Dia betul-betul dah tak larat nak bangun. Dia sangat lemah sekarang ni. Dia dah banyak kehilangan darah.
Tapi Athirah tetap kuatkan diri untuk cari jalan untuk keluar dari sini. Pertama sekali Athirah perlu cari sesuatu yang tajam untuk dia memotong tali yang terikat dikaki nya. Sebelah tangannya masih ada. Jadi senang untuk dia lepaskan diri.
Athirah memandang sekeliling bilik itu dan Athirah senyum. Banyak benda tajam dekat sini. Lagi senang dia nak keluar. Tanpa membuang masa, Athirah ambil pisau yang berada di atas meja itu terus dia potong tali yang terikat dikaki nya.
Athirah memandang ke arah pintu sebab dia takut jika lelaki itu masuk ke dalam bilik ni. Athirah cepat-cepat potong tali itu sehingga putus. Athirah tersenyum suka. Dia terus berlari dan mencari tingkap yang ada didalam bilik ni.
Walaupun rupa Athirah sudah seperti mayat hidup. Dia tetap kena kuat untuk selamatkan diri. Dia perlu meminta tolong.
Athirah tidak berputus asa mencari jalan keluar sehinggalah dia terjumpa satu tingkap yang kecil yang tersorok disebalik almari. Athirah tersenyum gembira sebelum dia menolak almari itu menggunakan tubuh belakangnya.
Tangan dah putus kan...kena lah guna belakang. Tangan lagi sebelah tolak dinding.
Sikit sikit almari itu bergerak ke tepi. Athirah berhenti seketika. Dia berehat sekejap sebelum dia sambung menolak almari itu. Kepalanya sudah pening kerana kekurangan darah. Kalau dia tak cepat. Mungkin dia akan jadi mangsa lelaki tak guna tu!
"Argh!!!" Athirah pegang kepalanya yang sudah sakit. Terlalu sakit! Tolonglah. Tahan sikit je lagi Athirah. Kau kena keluar dari tempat ni.
Athirah mengerang kuat sehingga dia tolak almari itu sehingga Athirah nampak tingkap itu. Athirah ambil kayu kemudian dia pecahkan tingkap itu sebelum dia ambil kerusi untuk panjat.
Tanpa menoleh ke belakang, Athirah terus panjat tingkap itu dengan menggunakan sebelah tangannya.
Athirah menghela nafas lega. Sebelum dia pengsan, baik dia keluar dari tempat ni dengan cepat.
___
Ethan buka sahaja pintu bilik itu. Langkah Ethan terhenti. Dia memandang sekeliling bilik itu. Damn! Perempuan tu dah melarikan diri!
Mata Ethan menangkap ada satu tingkap yang sudah pecah. Sah perempuan tu sudah keluar ikut dari tingkap itu.
"Shit!" Ethan menyepak kerusi disebelah nya kemudian dia merengus kasar.
"Bodoh!" Ethan ambil kapak itu kemudian dia baling tepat kena kepala manusia elok tersusun di rak kayu itu.
Dengan rasa marah yang membuak-buak. Ethan keluar dengan kepala yang serabut. Macam mana kalau rahsia dia terbongkar? Macam mana kalau... Dia ditangkap? Argh! Serabut kepala dia nak fikir. Dia melangkah pergi ke arah Medina sebelum pintu itu dibuka dengan kasar. Medina terkejut.
"A...awak? Kenapa ni?" Risau. Kenapa dengan suaminya ni? Muka pucat. Berpeluh-peluh mukanya!
Ethan tidak menjawab soalan Medina. Tapi tubuh isterinya dipeluk erat sehingga membuatkan Medina tersentak. Medina telan liur.
"K...kenapa ni?" Tubuh belakang suaminya diusap lembut seakan memujuk.
"Tolong aku Medina... tolong aku" makin erat Ethan peluk Medina. Makin pelik isterinya bila Ethan tiba-tiba jadi macam ni.
"Tolong apa?" Medina rasa takut kalau suaminya tiba-tiba jadi hilang kawalan.
"Jangan pergi selagi aku tak suruh. Itu je aku mintak. Aku takut kalau kau pergi tinggalkan aku. Tolong Medina. Aku dah tak selamat. Macam mana kalau aku kena tangkap?"
YOU ARE READING
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C)
Acak⚠️ WARNING ⚠️ Medina, seorang wanita muda yang sering sibuk dengan kerjayanya, memutuskan untuk mencuba sesuatu yang baru dengan memuat turun sebuah aplikasi chatting. Di aplikasi tersebut, dia mula berkenalan dengan seorang lelaki misteri bernama E...