PERUT yang tengah memboyot disentuh lembut sambil mulut terkumat-kamit membaca alunan suci ayat Al-Quran inilah rutinya setiap kali ketika mengandung dari awal bulan sehingga mahu bersalin. Doktor sudah masukkan dia ke dalam wad peribadinya kerana kandungannya sudah berusia sembilan bulan sudah hampir lahir zuriat yang dinanti.
Ikutkan hati tidak mahu tetapi, apa yang boleh dibuat jikalau ada dua kawan doktor, satu kawan polis dan satu suami askar. Kalau risau mereka kalah dia, sedangkan yang mengandung dia, nak bersalin pun dia. Haih tapi dalam diam dia bersyukur dikelilingi orang yang baik-baik dan selalu menjaganya. Baginya itu sudah cukup.
Pintu dibuka perlahan oleh seseorang membuatkan matanya memandang ke arah tersebut. Tersenyum riang Malika apabila melihat wajah suami yang dicintai sudah tiba dengan makanan yang penuh di tangan. Ya, dia kirim makanan. Dia nak makan buttermilk udang dengan ayam masak merah. Jadi suaminya yang baik lagikan penyayang balik rumah dan masak untuknya!
Pipi dikembungkan menandangkan dia tidak sabar mahu makan, perut juga sudah berbunyi kuat menandakan dia sudah lapar. Makanan dekat hospital langsung tidak sedap, tawar. Iman berjalan ke arah Malika lalu makanan di letakkan dia atas laci lalu dibuka satu persatu penutup bekas.
"Wahh! Sedapnya bau!" ucap Malika apabila bau sudah semerbak di dalam wad peribadi miliknya. Iman sudah tersenyum melihat telatah sang isteri.
"Udang! Abang cepatlah kopek!" kata Malika teruja, Iman yang mendengar sudah mengeras tubuh badan. Malika yang melihat suaminya sudah mengeras memandang penuh persoalan.
"Sayang," panggil Iman.
"Yes?" jawab Malika hairan.
"Ada yang salah ke?" soal Malika kepada Iman. Laju Iman berdehem dan menganggukkan kepala.
"Sayang salah sebut tu. Kalau sayang dekat Kelantan, cakap macam tu silap hari bulan kena tampar kejap lagi." Kata Iman membuatkan Malika menjadi hairan. Dia salah cakap ke?
"Cakap yang mana?" soal Malika terus.
"Kopek." Jawab Iman.
"Okey, salah ke? Kopek dan kupas. Sama je!" kata Malika tidak puas hati.
"Kopek dalam Kelantan adalah buah dada." Kata Iman membuatkan Malika mengeras lalu matanya memandang dada sendiri. Padanlah. Matanya naik memandang Iman yang sedang memandang ke arah dadanya juga.
Tangan terus naik menyilang ke dadanya. Ini boleh mendatangkan nafsu si suami! Iman yang melihat Malika menutup dadanya sudah menyengih. Dia tengok je, bukan nak pun! Kedekut.
"Apa tengok-tengok?" soal Malika.
"Rezeki." Balas Iman selamba.
"Ish! Abang ni." Kata Malika meleret membuatkan Iman ketawa, baru usik sikit je pun! Dah tak tentu arah macam ni.
"Meh makan abang kupas kulit udang ni untuk sayang makan." Kata Iman sambil tangan mengupas kulit udang satu per satu demi sang isteri. Malika yang mendengar terus tersenyum, makan kot. Siapa tak suka?
"Bismillah," seraya itu Malika menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Sedap! Nikmat betul dapat makan udang masakan sang suami. Nanti lepas bersalin dah tak boleh rasa dah air tangan ni sebab kena berpantang seratus hari. Ugh benda yang paling dia tidak suka.
Macam-macam kena buat, minum air akar kayu, bertungku dan macam-macam lagilah. Memang lain dengan hidup dia sebelum ini. Aih! Memanglah dulu dia sopan santun tapi selepas kerja sahaja waktu kerja dia memang lain daripa yang lain.
"Sedap?" soal Iman. Apabila melihat anggukan daripada Malika membuatkan Iman tersenyum senang. Tak sia-sia dia ajak Ibrani pergi menangkap udang, nampaklah muka terpaksa si kawan untuk teman dia tangkap udang.
YOU ARE READING
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...