IBRANI🎀

533 39 10
                                    

Pengkhianatan itu ada disekeliling manusia. Penipuan itu adalah hobi mereka malah dari penipuan hadir pengkhianatan dan pengkhianatan itu hadir dari orang terdekat. Matanya melihat wajah yang cukup dicintai sepenuh hati tanpa was-was tetapi wajah itu menipunya, mengkhinatinya dan mempergunakannya.

Maka satu sahaja yang ada untuk pengkhianat. Mati!

Dengan lafaz bismillah, dengan nama Allah. Dia masuk ke medan peperangan demi agama, negara dan bangsanya. Dia sanggup menipu demi menjaga rakan-rakannya dan orang sekelilingnya. Tembakan berbalas tembakan dengan pihak musuh, dia menembak semua musuh yang berada di hadapannya malah ada yang tumbang di hadapannya dengan darah yang mengalir.

Darah pengkhianat!

Kali ini dia bersua empat mata dengan wajah yang membuatnya gila. Dia sedang memegang sepucuk pistol lalu menghalakan ke arahnya. Sakit, orang yang dicintai sepenuh hati sudah berbuat dia tidak percaya cinta itu wujud.

"Walaupun kau perempuan aku tak kisah. Pengkhianat patut mati." Kata Ibrani penuh kebencian lalu satu tembakan dilepaskan sehinggakan tepat ke jantung si dia sehinggakan dia rebah ke lantai.

"Bella Kailani. Selamat tidur." Kata Ibrani matanya sudah panas dan air mata menitis. Dia bunuh. Dia bunuh orang yang dia sayang dan cinta.

Bella Kailani, wanita yang membuatnya gila. Wanita yang membuatkan cinta itu wujud tetapi dia juga wanita yang musnahkan cinta itu. Dia masih boleh terima kalau wanita dia tidak mencintainya tetapi saat dia tidur dengan lelaki lain. Itu adalah satu keperitan yang sukar dia terima malah Bella juga menjadi pengintip negara musuh demi mengodam sistem keselamatan negara.

Pura-pura selamatkan dia supaya dia terhutang budi supaya rahsia negara boleh dapat melalui dia. Tetapi dia tidak bodoh! Buktinya tubuh sejuk milik Bella Kailani sudah berada di hadapannya. Dia bunuh Bella, dia bunuh pengkhianat, dia bunuh bakal isterinya dan dia bunuh penghidup dalam dirinya. Darah Bella mengalir tanpa henti tetapi dia tidak pernah peduli malah dia tersenyum kecil.

Dia buat semua ini demi negaranya, dia tidak pernah berkasar dengan perempuan atau membunuh perempuan tetapi sebab Bella. Dia pecahkan perkara yang langsung dia tidak mahu buat!

Ya Tuhan, mengapa?

Seketika musuh cuba menembak Ibrani tetapi sempat dielak malah pistol di ambil lalu menempak musuh. Dia akan berjuang sehabis mungkin, sucikan darah pengkhianat di tempat ini dan dia tidak akan biarkan mereka bebas walaupun sehelai rambut. Kalau sorang mati di tempat ini. Maka semua kena mati di tempat sama.

Tembakan demi tembakan sambil matanya memanah tajam  setiap musuh yang bersembunyi malah ada yang cuba melarikan diri. Tubuh Bella juga dia lindungi daripada di pijak mahupun di tembak oleh musuh. Walaupun tubuh itu sudah tidak bernyawa tetapi dia tetap lindungi.

Peluru sudah habis tetapi musuh masih ramai, pistol yang berada di lantai milik Bella dipandang. Ibrani tidak menunggu lama dia mengambil pistol tersebut lalu menembak musuh yang semakin dekat dengan dia dan tubuh Bella.

Wajah lelaki yang pernah tidur dengan Bella di tatap penuh amarah lalu dia menembak lelaki tersebut di bahagian kepala sehingga isi kepala lelaki tersebut terkeluar dan lelaki tersebut adalah musuh yang terakhir.

Tubuh Ibrani rebah di sebelah Bella, pistol yang berada di tangan di pandang ada satu ukiran di bahagian tepi pistol tersebut membuatkan mata Ibrani memanas. Ya Tuhan,

IBLANI membuatkan Ibrani menundukkan kepala, mata pula sudah memanas menandakan tidak lama lagi air mata bakal keluar bila-bila masa sahaja. Nama yang mereka pernah cantumkan pada mula-mula perkenalan dua hati.

"Kenapa Bella, kau khianat aku. Kenapa buat aku macam ni."

"Aku cintakan kau Bella, tapi ni balasan yang aku dapat."

Salah aku kah semua ini terjadi? Ya Tuhan. Aku mencintai dia sepenuh hati tapi balasan yang aku dapat tidak setimpal yang ku harapkan.

"Calling for Veneno," rakan sepasukan sudah memanggilnya.

"Veneno is here lebah." Kata Ibrani cuba menjadi kuat walaupun hati sudah sarat dengan perasaan.

"We know, we sorry for that." Rakan sepasukan bernama Lebah itu meminta maaf.

"Tak perlu minta maaf, aku yang bunuh bakal isteri aku." Balas Ibrani tanpa ada rasa kesal, tubuh kaku Bella di pandang.

"Maafkan aku Bella." Kata Ibrani lalu tangisannya pecah. Pecah semahunya, separuh nyawanya sudah tiada. Ya Tuhan. Macam mana dia mahu terus hidup apabila orang yang dicintai sudah tiada?

Sejambak bunga ros putih di letakkan di pusara Bella Kailani, matanya menatap kosong pusara tersebut. Matanga kosong seperti hatinya saat ini, badan direndahkan sedikit untuk memegang batu nisan berwarna putih itu.

Sedikit sebanyak memori bersama Bella Kailani muncul bersama, tidak semesa air matanya jatuh ke pusara Bella. Saat itu, esakan keluar dari bibir Ibrani.

"Maafkan aku Bella. Maafkan aku." Ucap Ibrani.

"Perasaan ni masih utuh Bella tapi aku tak boleh buat apa Bella, kau musuh aku. Kau musuh negara, maafkan aku."

"Maafkan aku, aku mungkir janji untuk kahwin dengan kau. Maafkan aku." Tidak henti-henti Ibrani mengucapkan perkataan maaf itu sedangkan perbuatannya itu betul.

Mengapa, saat hati sudah tulus mencintai dia diuji dengan ujian seperti ini? Dia boleh terima semua Bella buat pada dia. Tapi negara tidak boleh, dia terpaksa bunuh bakal isterinya demi negara dan keselamatan negara.

Ya Tuhan. Peritnya. Bella. Kenapa? Susah sangat nak buang perasaan ni? Kenapa kena khianat cinta yang sudah utuh?

Beauty SoulWhere stories live. Discover now