Saya nak kongsi pengalaman saya menghisap syabu atas dasar ingin mencuba 7 tahun yang lepas bersama rakan² kolej yang dikenali. Memang syabu ni boleh buat kan kita auto aktif dan fokus dalam segala kerja. Tetapi orang disekeliling akan nampak perubahan pada diri kita sebab syabu ni membuatkan kita kurang untuk bercakap, tak boleh berpandangan mata dengan orang lain (mata sedikit terbeliak dan bola mata seperti berair) tiada selera makan, jantung berdegup laju yang membuat berpeluh kuat, bau badan kuat, rasa dan nampak cemas. Kadang tingkah laku yang kita tak sedar kita lakukan seperti berulang kali. Dan perkara yg paling sakit sekali ialah apabila habis kesan syabu ini dalam badan, akan berhalusinasi, badan jadi lemah tak bermaya, terdengar bisikan (paling ngeri boleh buat rasa nak bunuh diri atau membunuh), merasa terancam seperti dicari atau dikejar orang pdahal tiada siapa yang mencari kita, Susah untuk tidur, bola mata seperti dibakar. Senang cerita boleh jadi gila.
Bila sudah berhari-hari berkacip dan mata berkaca kau ingat kau yang kawal 'dia', tapi dia yang sedang kawal kau. Bila kau termakan dek emosi sendiri maka ubatnya hanyalah dia. Setiap hari yang dilalui bagaikan satu belaian. Setiap hari seronok bila adanya dia. Bila esok tak dapat kau akan murung dan emosi. Sebab kau sudah ke fasa penagihan. Kehidupan sekarang bukan lagi seperti seorang normal yang dulu. Kadang kau terfikir lebih baik mati dari hidup. Kadang kau terfikir alangkah bagusnya zaman kanak-kanak tanpa dia. Setiap hari rasa 'high', besok pun nak high lagi. Bini tak bagi duit ditamparnya. Badan dulu yang sihat sekarang terasa reput. Harini dah 'charge' dua hari kemudian 'low' semula. Bila dah low, kau akan cari lagi dan lagi. Ya ketagih, dan otak kau sedang rosak. Sebab kimia sedang menguasai otak kau. Tapi kau rasa dengan dia, kau boleh hadapi segala masalah. Tidak, kau yang sebenarnya bermasalah. Bila dialam penagihan kau tidak akan percaya pada sesiapa. Emosi kau tak dapat dikawal lagi. Badan cergas tapi otak tak rehat lagi. Mulai dari itu kau akan terlihat macam-macam yang aneh. Dan kau juga terlihat aneh sebab kau dah ke peringkat alam 'gila'. Kau taknak lalui rasa 'low' dan lemah. Setiap hari nak cergas. Kau akan selalu buruk sangka dengan orang sekeliling. Kau tidak hairan jika menggila pada sesiapa. Bagi kau mereka tidak sekuat dengan kau. Bila kawan sepenagihan kau keluar dengan kawan sepenagihan yang lain, kau akan buruk sangka pada mereka. Emosi kau sangat terganggu. Kononnya mereka puas hisap tanpa ajak kau. Lama-kelamaan kau akan hisap seorangan. Tak boleh hisap ramai-ramai sebab dah tak puas. Tambahlagi yang jenis tak nak kongsi. Maka kau hisap seorang dirumah. Kadang kau akan lebih suka tumpang rumah kawan lain takut kena tangkap dirumah sendiri. Hilang kepercayaan pada mereka. Memang kau kuat diranjang sebab kau bukan lagi manusia normal yang hidup dalam kebahagian. Tapi kau fikir dengan 'dia'kau lagi bahagia. Sebenarnya otak kau dah pun dikawal oleh dia. Dalam masa sama kau jadi hamba dia. Bila keluar dengan kacamata hitam, polis paling kau takuti. Kereta putih berlampu biru adalah malaikat maut bagi diri kau. Bila dialam penagihan, 30% / 15 tahun masa kau dihabiskan menunggu pengedar untuk mendapatkan dia. Kau akan sering bertukar motorsikal untuk mendapatkan dia. Badan dan mulut kau mengeluarkan bau busuk. Dua hari bagi manusia normal, satu hari bagi diri kau. Bila pengedar menunggu duit untuk menyajikan dia, maka kau sanggup curi beg duit mak sendiri. Bila kau dah 'low' maka anak bini jadi mangsa emosi kau. Terkadang kau rasa otak kau sangat lembap dan sering terlupa. Setiap masa kau akan teliti gerak geri diluar rumah. Bunyi ranting pun kau dah melompat lari pintu belakang. Bila dah ada dia kau takut nak keluar. Bila dah dapat 'keseronokan' hisap hari-hari kau dah diikat seumur hidup. Maka hidup sudah tidak bermakna walau kau cuba perbaiki hidup kau hari demi hari. Tiada istilah 'bekas penagih' dalam hidup kau. 30 tahun kau stop dia boleh datang kembali. Hanya mati saja yang dapat kau melupakannya. Kalau kau stop 20 tahun sekali pun, dia akan datang juga. Sebab dia masih tersisa lagi difikiran otak kau. Kalau kau tak kuat kau akan diikat semula. Bukan nyata didepan kau, tapi melalui mimpi saja dah cukup untuk buat kau menagih semula. Itulah dinamakan mimpi ngeri. Keseronokan yang tak boleh kau lupakan seumur hidup. Tak akan boleh dilupakan sampai mati. Tergelincir sikit, merana sampai mati. Memanglah sial 'dia' ni. Bila tiada dia kau akan selalu teringat. Jangan kata kawan ajak menjemput sudah pasti kau akan digenggam semula. Yang pasti kau memang seorang yang tak berduit. Gaji sebanyak mana tidak akan cukup dengan dia. Bila menjelma 'rindu' kau akan keluar mencari dia. kau keluar penjara lepas 3 jam kau akan cari dia balik. Maka anak bini terabai lagi. Anak-anak jadi hamba sambut 'barang' dari pengedar. Jadi tak heran kalau kau tertetak anak sendiri. bila dah 'heavy' tak tidur berhari-hari maka kau akan ke fasa 'gila'. Selamat datang ke pusat serenti. Dunia kau dah pun hancur. Biarlah hancur, maka datang lagi generasi baru. Juga akan lalui perkara yang sama. Maka kau akan ucapkan 'dah bersedia untuk lalui jalan-jalan orang yang mati?' atau 'catitlah tarikh hari ini kerana hari ini adalah tarikh terakhir kehidupan normal kau ke jalan-jalan orang mati'.Memang 'sial' jalan hidup penagih, memang sial.
YOU ARE READING
Naluri III
RomanceMasih mengisahkan tentang pencarian cinta sang arjuna dengan sesama jenis.