Kunci-kunci pintu rumahku ku buka satu persatu. Seperti juga apa yang kulakukan pada butang-butang pakaian kerjaku yang masih basah berpeluh. Aku tidak sempat mandi, walaupun bertukar pakaian yang lebih kemas. Mungkin kerana terlalu 'excited' dek Izwan yang sudah berada di depan rumah. Diasegera datang, tergopoh gapah dibuatnya apabila aku memberitahunya berita itu.
'Ayang, r u alright?'
Sudah berapa lamanya aku tidak mendengar kata-kata azimat itu. Ya, sudah lima tahun, semenjak Izwanku mengikat zahir dan batin pada orang lain. Kadang kadang sungguh jijik aku rasa, bersenggama dan merasa daging yang dahulunya aku nikmati bagaikan menghirup lautan madu dan susu.. Tidak malukah dia merampas hak yang sudah termaktub pada batu bersurat Lauh-Mahfuz, di celah-celah akar Pohon Kehidupan?
'U memang tak alright. U nampak pucat. Tengok ni. Dada ayang pun belum
bercukur lagi. I know there is something wrong'
'Of course there is something wrong. U know it! I've told u...'
Lengan gagahnya datang memberi semangat pada badanku yang lemah. Kami berdakap, tidak tahan menahan rindu yng sudah lama terpendam. Mahu sahaja aku bermain dengan bibirnya dengan lidahku tapi tidak bahayakah ia? Aku mengetap bibirku...celaka benar diriku.
'Fizah sudah tahu kau datang ke sini?'
'Sudah tentu tidak. Ayang. Ini tak melibatkan dia. Abang tak mahu sesiapa tahu tentang perkara ini.'
'Biar. Biar semua orang tahu. Puas.'
'Ayang'
Izwan tahu aku mahu dilepaskan, sebab itu dipeluknya aku dengan lebih erat lagi. Jantungku yang dulunya berkecai dalam perut bumi kini ingin terjang ke puncak awan. Ya, biarkan sahaja mereka semua tahu, betapa hanyirnya aku sepertimana buluh-buluh darah ini yang sudah membenci diriku sendiri. Macam ayah. Ayah memang benar. Patut diusirnya aku lebih awal lagi. Sebelum aku betul-betul membuatnya sakit jantung. Aku masih boleh mendengar herik pekiknya;
"Mampus kau! Anak tak reti malu! Biar kau mampus dari hidup dalam rumh ni!"
Perih hatiku. Kenapa ku jemput Izwan ke mari setelah sudah lama aku membantah kedatangannya. Aku menghidupkan hantu ayahku sendiri.
'Boleh abang tengok surat doktor itu. Abang nak pengesahan.'
'Pengesahan apa lagi? Semuanya sudah tertulis. Ini takdir saya'
'Oh, sayang. Kalau boleh..kalau boleh..apa yang harus aku lakukan...'
Izwan tidak perlu berbuat apa-apa. Secara tidak disedari, kata-katanya itu sudah membuat aku lupa tentang diriku atau tentang dia yang sudah bersekedudukan. Biar. Kalau boleh mahu sahaja Fizah didepan aku dan dia sekarang.
"Anak sial. Malu aku jadi bapak engkau, puki mak. Laknat. Celaka. Buat malu sahaja puki emak engkau keluarkan engkau!"
Sememangnya mungkin kata-kata ayahku benar belaka. Ia satu sumpahan azali untukku. Raungan penderitaan selama lima tahun semenjak Izwan ku tinggalkan memakan diri ku sendiri, menghancurkan aku. Seolah-olah sembilan tahun bersamanya tidak cukup lagikah? Apa lagi yang aku kejarkan? Selepas Izwan, lelaki-lelaki yang aku datangi dan aku tiduri bukan kurang eloknya, malah ada yang lebih mengancam. Tidak bersyukurkah aku?
"Kau memang tak reti bersyukur! Tuhan dah bagi konek, apasal kau buat diri kau macam pompuan?!"
Kami masih di sofa baldu putih itu, berpelukan, senyum pada satu sama lain tapi mataku sahaja yng hiba. Izwan menggunakan jari-jari panasnya mengusap tanganku perlahan-lahan. Kadangkala dia mencium dahiku yang licin putih. Ia terlalu tidak masuk akal. Dia sepatutnya marah, patut membantai aku seperti apa yang ayahku suka buat padaku. Tidak sakitkah telinganya mendengar konfesi ku?
YOU ARE READING
Naluri III
RomanceMasih mengisahkan tentang pencarian cinta sang arjuna dengan sesama jenis.