'Rayyan, Rayyan, Rayyan.'
Dari kejauhan, telinga Mohd Rayyan Darwis terdengar namanya dilaungkan oleh seseorang. Lantas, dia menghentikan bacaaan lalu menoleh mencari kelibat suara.
"Apa? Kau ingat aku pekak ke?" jeling Rayyan tajam sambil memerhatikan Tina. Tina ni sudahlah memekik, terlolong pula macam la perpustakaan universiti itu dia yang punya.
"Aku ni nak bawa kau jumpa boyfriend baru aku," ucap Tina sambil termengah-mengah.
"Mana?" kata Rayyan sambil lehernya memanjang mencari kelibat yang dimaksudkan oleh Tina. Beberapa pelajar yang duduk berdekatan dengan meja Rayyan membuat isyarat senyap kepada mereka. Rayyan segera mengangkat tangan untuk meminta maaf.
"Temankan aku jumpa dia malam ni, pukul 7," balas Tina sambil berbisik di telinga Rayyan.
Rayyan segera menggeleng kepala. Tapi Tina segera merapatkan tangan sambil mulutnya membisikkan please. Akibat tidak tanda melihat kesungguhan Tina, lepas tu Rayyan pun bersetuju. Lagipun, dia free lepas jam 5 petang.
Tepat jam 7 malam, Rayyan sudah terpacak di depan hostel kediaman Tina. Tapi kelibat Tina masih tidak kelihatan. Sempat dia mengerling ke arah jam tangan, rupanya sudah 7.05 malam. Rayyan segera mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Tina.
"Mana Nyah?" perli Rayyan.
"Kejaplah, baru nak keluar bilik," kata Tina.
Rayyan dan Tina ni memang kawan baik sejak zaman sekolah menengah. Walaupun Rayyan pernah menaruh hati kepada Tina, namun Tina hanya menganggap Rayyan sebagai kawan baik sahaja. Sedar bahawa dirinya sudah kena friend zone, maka Rayyan pun sudah tidak meletakkan harapan. Lagipun, Rayyan ni biseksual. Meskipun begitu, dia tidak pernah memperlihatkan sisi lembut dia. Cukuplah golongan LGBT dianggap sampah oleh masyarakat, jangan pula dia dipulau sekali oleh masyarakat.
'Tok..tok..tok'
Ketukan di cermin keretanya membuatkan Mohd Rayyan Darwis kembali ke dunia realiti. Malam ini, dia melihat Tina bergaya cantik dari biasanya. Mukanya juga sudah dihiasi dengan mekap. Apabila Tina masuk ke dalam kereta, hidung Rayyan dapat mencium bau wangian dari Tina.
"Nak pergi mana ni?" kata Rayyan.
"KFC seksyen 7," kata Tina.
Rayyan pun segera memecutkan kenderaannya menuju ke destinasi. Selepas memarkir kereta, Rayyan dan Tina pun mencari tempat duduk.
"Mana bf kau?" soal Rayyan.
"Surprise la," kata Tina. Dalam masa sama, mata Tina turut melilau mencari kelibat teman lelakinya.
"Apa yang buatkan kau terpikat dengan bf baru ni?" soal Rayyan. Bukannya dia tak tahu, Tina ni taste dia sangatlah tinggi. Setakat muka tampan atau anak orang kaya, dia tak pandang sangat.
"Ke dia sangat hebat atas ranjang?" soal Rayyan lagi sambil dia terkekeh gelak.
"Adalah," balas Tina sambil tersenyum simpul.
Selepas itu, Tina meminta diri untuk pergi ke bilik air sekejap. Tina
Selepas menunggu 5 minit muncul seorang jejaka gaya seperti model, badannya sado dan tinggi. Dia seolah-olah mencari seseorang tiba-tiba matanya bertentangan dengan Rayyan lalu dia pun melemparkan senyuman. Rayyan pun menoleh belakang dan kiri kanan mencari siapakah senyuman itu di tujukan, kemudian jejaka tersebut berjalan ke arah Rayyan. Jejaka itu mengambil tempat duduk di hadapan Rayyan.
"Kawan Tina kan, aku Bryan," kata jejaka itu sambil menghulurkan tangannya kepada Rayyan. Rayyan pun segera menyambut tangan jejaka itu. Tangan jejaka itu terasa sangat sejuk, ibarat baru keluar dari peti sejuk. Selepas itu, Tina pun menghampiri tempat duduk mereka.
YOU ARE READING
Naluri III
Roman d'amourMasih mengisahkan tentang pencarian cinta sang arjuna dengan sesama jenis.