Aku dan Fadli

486 13 0
                                    

Perkenalkan nama aku Amir, aku berumur 28 tahun dan merupakan seorang yang agak introvert dalam pergaulan.  Aku ada seorang kenalan yang bernama Fadli, berusia awal 30 an.  Fadhli dilahirkan dengan kulit hitam manis dan bertubuh tegap.  Dia berperwatakan agak lasak dan kasar, namun Fadli ini seorang yang agak caring juga la pada kenalan dia.  Meskipun begitu, lelaki idaman ini selalunya yang berpunya.  Fadli memang sudah berumah tangga.  Setelah 3 tahun kenal, aku dan Fadli ini makin rapat.  Tapi cukuplah terbatas ke hubungan rakan sekerja.  Aku tahu Fadli ini peminat bola sepak.  Meskipun dia tahu aku tidak pernah minat permainan bola dan tidak memiliki teman wanita, namun Fadli tidak pernah mengungkit.  Aku syak juga yang Fadli ini mungkin sudah menghidu sesuatu tentang kelainan seksualiti aku, namun yang baiknya dia masih menjaga aib aku dengan tidak bertanyakan soalan.  

Dijadikan cerita, pada suatu hari itu, kami geng the Jantan keluarlah minum beramai-ramai selepas habis kerja.  Kami pun carpool dengan dua buah kereta ke bar yang berdekatan.  Dari satu tower Soju kemudian bertambah ke dua dan tiga, kami rancak bersembang sambil minum.  Akhirnya pada jam 3 pagi, 4 tower soju sudah kami habiskan bersama beberapa chunk beer.  Masing-masing sudah mabuk, termasuklah aku.  Fadli sahaja yang masih waras.  Dia jarang mabuk kerana risaukan keselamatan kami yang lain.  Yes, dia memang seorang yang prihatin lagi-lagi usianya yang agak lanjut dari kami selama beberapa tahun.  

Fadli cadangkan agar kereta kami dibiarkan sahaja di pejabat.  Dia bersama dengan seorang lagi teman akan menghantar yang lain pulang.  Aku ikutkan sahaja.  Jadi aku, Fadli, dan Mike naik satu kereta disebabkan kami dalam laluan yang sama.  

15 minit perjalanan, kereta Fadli tiba di destinasi pertama iaitu rumah Mike.  Selepas Mike menutup pintu rumah, Fadli pun meneruskan perjalanan ke rumah aku pula.  Ketika memandu, dapat aku perhatikan yang Fadli sudah mula mengantuk.  Beberapa kali juga dia menguap dan matanya sudah layu.

"Yang kau usyar aku dari tadi kenapa? Aku tahu la aku handsome, tergoda ke?" soalnya secara tiba-tiba.

'Damn, kantoi.  Kenapalah kau ni bodoh sangat Amir,' bisik hati kecilku.  Seraya itu, otak aku cepat-cepat mencipta satu pembohongan demi menutupi kejangkalan.

"Mana ada, aku tengok kau macam mengantuk.  Tu yang aku perhati, takut terlelap," ujarku yakin untuk membela diri.

"Haaahhh aku memang ngantuk gila ni, tak tahu la macam mana nak drive balik sorang nanti," jawabnya dengan beserta keluhan panjang. 

"Laaaa ayat sedih la pula.  Kalau kau tak kisah, sleep over aje kat rumah aku malam ni, ni kan Sabtu.  Nanti la aku kejut kau balik rumah," pelawaku ikhlas.

"Tu lah, ingatkan kau tak sudi nak ajak aku.  Dari tadi aku tunggu kau ajak, " kata Fadli seolah merajuk.

"Cis, benda tu pun nak merajuk," kataku sambil tersenyum kelat.  Dalam hati, aku menerit suka kerana impian untuk bermalam berduaan dengannya tercapai.

Setibanya di rumah, aku jemput Fadli masuk.  Dia terus berjalan laju meninggalkan aku.  Tindakannya itu membuatkan hidung aku tercium bau peluh badannya yang sudah bercampur dengan wangian Paco Rabanne yang dipakainya.  Terus syahwat aku mencanak.

Di ruang tamu, Fadli sudah terlentang di atas karpet beralaskan lengannya.  Butang kemejanya terbuka separuh.  Aku menghidupkan penyaman udara dan lampu kecil.  Ghairah aku hilang, berganti gementar.

'Apa patut aku buat ini? Kejutkan dia bangun mandi? Ajak tidur di bilik'

"Fad kau ok tak? Asal tidur di bawah? Baring saja di atas sofa tu, lagi selesa," kataku.

"Its okay Amir.  Aku cuma nak baring.  Lagipun badan dah bau masham," katanya.

'Bau masham la aku suka,' getus hati kecilku.

Naluri IIIWhere stories live. Discover now