Aku dan Ahmad

457 12 0
                                    

Cerita ini tentang Ahmad. Dia kawan aku. Aku kenal dia sebab kami membesar sama-sama di Ipoh dulu. Aku harap cerita ni jadi pengajaran utk kita semua.

Ini serba sedikit tentang Ahmad. Ahmad ni orangnya berkulit cerah dan tingginya sekitar 176 centimeter. Badannya berotot dan senyuman amat manis sekali. Dia dulunya seorang Field Engineer. Dia ada isteri yang cantik bernama Amy, seorang stewardess dan seorang anak perempuan bernama Dania. Amy ini dia kenal dari bangku sekolah lagi. Kiranya Ahmad dan Amy ini ibarat pinang dibelah dua. Semenjak masing-masing sibuk dengan tuntutan kerja, jadi Ahmad dan Amy ini memang jarang berada di rumah. Sedikit sebanyak hal ini meregangkan hubungan mereka. Akhirnya, Amy mula curang atas alasan Ahmad jarang memberikan perhatian kepadanya. Malah, dia pun sudah lama tidak dapat nafkah batin. Sewaktu Amy minta untuk dilepaskan secara rela, Ahmad berjaya memujuk Amy untuk bertahan demi anak mereka. Ahmad juga rela melepaskan kerjanya dan minta kerja lain semata-mata untuk memulihkan perkahwinan mereka. Walau bagaimanapun, Amy tetap nekad untuk bercerai kerana bakal suaminya ada status dan mempunyai perniagaan sendiri. Amy diceraikan dengan talak satu. Hak penjagaan anak juga dapat dekat Amy. Amy juga selalu menghalang Ahmad untuk berjumpa dengan Dania sehingga Amy sanggup pindah jauh. Lantaran itu, Ahmad menjadi tidak tentu arah dan mula mengalami masalah dalam hidupnya. Dia sudah hilang isteri, anak dan kerja.

Kemudian Ahmad pindah flat dan dari situ dia berkenalan dengan mat-mat motor. Dia mula menjadi kaki batu. Tiap-tiap hari cautut. Kononnya boleh lupakan segala masalahnya. Duit simpanan dah menipis pun dia tak kisah. Asalkan dia dapat cautut. Kalau dah cautut, Ahmad boleh tak tidur berhari-hari. Apa yg dia buat masa dia tak tidur tu, aku tak pasti. Tapi Ahmad selalu cakap dia cautut untuk lupakan masalah dia. Jujurnya, aku pun sedih dengan apa yang telah terjadi pada Ahmad. Walau dinasihat berkali-kali, Ahmad tetap juga dgn tabiatnya itu.

"Aku isap dalam dapur kaca siap bakar2 batu kasi lebur... pastu hisap... pekena 0.5g sekali sedut jer kepala terangkat bak di syurga bai..... perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh," terangnya. Aku cuma mampu reply Whassap dia dengan emoji smile sahaja kerana aku takut hilang kawan.

Sebenarnya, aku ada menyimpan hati dekat Ahmad semenjak kami sekolah menengah. Cuma aku kurang pasti apa perasaan dia dekat aku. Mungkin dia anggap aku ni sebagai adik agaknya.

Satu hari Ahmad datang pada aku. Dia sudah dapat keje baru sebagai Applicant Engineer dan based kat office. Dia ceritakan padaku tentang seorang perempuan berambut panjang berbaju merah. Perempuan ini sgt misteri. Dia selalu ada di office Ahmad. Ahmad kira perempuan itu mungkin office mate baru dia. Dia selalu nampak perempuan itu ada di mana2 ie mesin Photostate, pantry, meeting room, parking, etc. Malangnya Ahmad tak nampak dengan jelas rupa paras perempuan itu kerana dia rabun. Lagipun cermin mata dia hilang. Perempuan itu nampak samar2 je dari pandangan mata Ahmad. Nak bertanyakan pada office mate yg lain tentang perempuan itu, Ahmad malu.

Lantaran sibuk dengan kerja, aku pun jaranglah berhubung dengan Ahmad. Cuma Whassap sahaja menjadi penghubung kami. Sedang aku selak-selak facebook, aku tenampak status yg di update oleh Ahmad. Kalau Ahmad update status pada jam 2 – 3 pagi bukan lah pelik bagi aku. Tapi klau dah lately statusnya semua tulis cina, aku rasa ada sesuatu yg tak kena. Sepanjang aku kenal Ahmad, tak penah dia ckap cina kecuali – tapau!

Aku call Ahmad ajak jumpa. Ahmad nampak lebih tak terurus dari dulu. Rambut dah panjang. Badannya juga sudah kurus. Baju kemeja tak gosok. Stokin pun tak pakai. Bau pun mcm masam2 sikit mungkin tak pakai deodorant. Lepas tanya khabar dan borak-borak kosong baru aku realised yg Ahmad tidak memakai cermin mata dia. Bila aku bertanyakan tentang itu, dia hanya menggelengkan kepala dan memberitahu matanya sudah rosak agak teruk. Ahmad sudah pun membeli cermin mata baru, tak power nya tak sesuai. Ada certain benda dia nmpak clear dan ada yg masih samar2. Jadi dia ambil keputusan untuk tidak pakai. Aku pun bising la kat dia kerana mata dia rosak semua sebab dia cautut. Asap batu itu ialah chemical yg sgt kuat. Bila kena mata, boleh rosak kan mata. Bila aku tanya masih cautut lagi ke. Dia jawab masih. (Masa ni aku tak pun bertanyakan dia tentang hal status facebooknya kerana aku membuat andaian sendiri yg Ahmad rabun sampai tak perasaan dia tukar abjad handphone ke cina.)

Petang tu jugak aku seret dia ke kedai cermin mata. Siap test lagi dengan jalan2 pusing2 dalam kedai tu. Ahmad pun happy dan puas hati sbb sudah nmpak jelas. Aku sempat ajak duda tu untuk makan. Esok, Ahmad kena bagi cermin mata lama untuk tukar lense je sebab frame masih baru. Aku ajaklah Ahmad untuk lepak pantai dan melihat ombak supaya dia lebih tenang. Dalam keterpaksaan, Ahmad ikut aku dan kami pun menjerit sakan.

Naluri IIIWhere stories live. Discover now