Bab 4

54 8 0
                                    

Usai mesyuarat bersama Datin Fauziah, Emir segera masuk ke dalam biliknya. Baru hendak memulas tombol pintu. Panggilan Jeremy kedengaran. Pembantu peribadinya itu menaikkan ibu jarinya. Emir mengangguk dan menaikkan ibu jarinya.

Tidak sampai seminit, Emir dan Datin Fauziah berjalan beriringan keluar dari pejabat. Emir terus memandu ke kedai makan kegemaran Datin Fauziah yang terletak di Harbour City.

"Mama jemput Isha,"

Emir tersenyum kelat. Sebaik sahaja tiba di kedai makan, Isha yang memakai jubah hitam dan bertudung labuh itu memberi salam terus memeluk Fauziah.

"Dah lama tak jumpa Isha. Sihat tak ni?" soal Datin Fauziah diikuti anggukan Isha

"Mama dengan papa ada bagitahu Isha tak? Kamu berdua ni sibuk sangat, susah betul nak berjumpa" Datin Fauziah mengelus lembut pipi Isha.

"Mama ada call pagi tadi," jawab Isha.

Selepas memesan makanan, Datin Fauziah mengerling jam tangannya. Dia melemparkan pandangannya ke arah Isha dan Emir. Senyuman nipis terbit dari bibirnya.

"Mama nak balik dah ni. Ngah, ingat pesanan mama?"

Emir terkebil-kebil memandang ibunya. Bukankah ibunya yang mahu makan tengah hari bersama? Datin Fauziah mengucap salam dan terus berlalu pergi. Isha memerhatikan Datin Fauziah sehingga wanita itu tidak kelihatan.

"Kau kena buat something. Tell your dad. Aku tak nak kahwin dengan kau," alis Isha berkerut.

"I don't even want to get married. The day Faiq died, my heart died with him" sambung Isha lagi.

"Aku? Selama ni asyik aku saja yang bagi alasan. Ayah aku dah naik muak dengar alasan aku tahu? Apa kata kali ni kau yang bersuara?" luah Emir.

"Kau ni macam tak kenal papa aku pula. Aku tak beranilah," Isha menyandarkan badannya.

"Aku dah banyak kali kecewakan ayah aku Sha," keluh Emir.

Mereka berpandangan. Masing-masing mengeluh berat. Bagaimana hendak diselesaikan hal yang sudah lapan tahun tahun tertangguh ini. Pelbagai alasan sudah digunakan. Mereka diberikan tempoh enam bulan sahaja untuk menguruskan majlis perkahwinan mereka atau kedua ibu bapa mereka yang akan mengurus sendiri dan mereka hanya menuruti semua perkara.

"Eh tuan, kat sini pun boleh jumpa," tegur Maryam.

Yusoff menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Isha dan Maryam juga bersalaman.

"Sampai kat sini kamu makan ye," ujar Emir.

"Cik Mary ni tuan, teringin nak makan sweet and sour fish  katanya," Yusoff menjawab.

"Berdua aje ke?" bola matanya mencari wajah itu.

"Ada Cik Pia dengan Alvin tuan. Diorang tengah cari parking,"

"Haa panjang umur," sambung Maryam lagi sebaik sahaja Sofia dan Alvin menapak masuk.

Senyuman Sofia mati saat matanya tertancap pada dua individu dihadapannya. Dia mengenal wanita yang duduk di sebelah Emir. Segera dia menundukkan kepalanya.

Pandangan Isha tidak lekang dari memandang ke arah meja Sofia dan kawan-kawannya duduk. Dia mengerling ke arah Emir yang matanya fokus ke arah yang sama.

"Tu bukan Sofia? Ex kau?" soal Isha.

Emir mengangguk. Terkelip-kelip matanya menatap renungan Isha yang tidak terdaya ditafsirkan itu.

"Apa kata kau get back with her?" Isha memberi cadangan. Minumannya disedut sedikit.

"Aku tak ada masalah.Tapi, aku tak rasa dia nak kat aku dah. Kau tak nampak macam mana dia pandang aku?" Emir mengeleng seakan tidak percaya dengan cadangan wanita bertudung itu.

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now