Sofia menutup lebam di lehernya dengan foundation. Walaupun dia ingin mengambil cuti, dia gagahi juga untuk menyelesaikan kerjanya di syarikat Emir secepat mungkin. Tanpa dia sedari, hari itu menyimpan lebih banyak cabaran daripada yang dijangkakan.
Sofia menuju ke Syarikat Emir selepas menyiapkan kerjanya di kolej. Jam menunjukkan tepat jam 2.00 petang. Dia perlu berada di sana sebelum jam 3.00 petang. Dia segera menekan pedal minyak keretanya.
Semasa dalam perjalanan, dia menghubungi Claire berkenaan buku-buku yang dimohon atas permintaan Emir hatinya panas. Claire memaklumkan kepada Sofia berkenaan buku-buku itu yang sudah diambil oleh pekerja Emir. Kemarahan memuncak seketika, tetapi dia dengan segera melawan perasaan itu, mengingatkan dirinya tentang kepentingan profesionalisme.
"Sabar Sofia... Sabar..." dia menarik dan menghembuskan nafasnya. Semua usahanya beberapa hari ini dipermainkan oleh Emir. Sofia menjerit sambil menghentak tangannya di stereng.
Tiba-tiba keretanya semakin perlahan dan terus berhenti. Sofia keluar dari kereta dan mundar-mandir di hadapan keretanya. Asap kelihatan keluar dari keretanya. Panik dia segera menghubungi Yusoff.
"Cik ucop! Kau kat mana dah?" soalnya mengaru kepaalanya.
"Yakah? Tak apalah," suara Sofia kendur.
Tiba-tiba suaranya berbunyi ceria. Alvin kebetulan hendak menghantar barang di sana berjanji akan membantu Sofia. Sofia mengucapkan terima kasih dan terus masuk semula ke dalam kereta.
Takdir sekali lagi menemukan Emir dan Sofia. Emir dalam perjalanan menuju ke syarikatnya ternampak kereta Sofia. Dia segera mengarahkan Jeremy untuk berhenti.
"Rosakkah?" soal Emir sambil meyandar di badan kereta.
Sofia menjerit kecil terkejut dengan kehadiran Emir. Emir menyembunyikan senyumannya. Wanita itu sangat comel dimatanya saat ini.
"Tak. Saja duduk berkelah," jawab Sofia sambil menjeling lelaki itu.
Emir cuba menahan senyum. Dia menggaru dahinya. "Naik dulu kereta sayalah. Nanti Jeremy ambil kereta awak," Emir menawarkan bantuan,
Pantas Sofia menolak. "Tak payahlah. Kawan saya nak sampai dah ni," Sofia mengerling ke dada telefonnya.
"Kawan?" Emir menyoal. Sofia tidak menjawab.
"Alvin?" Emir sekadar menduga. Anggukan Sofia ternyata mengecewakan Emir.
"Terima kasih tuan. Tuan pergi dululah ya. Nanti terlewat pula nak masuk pejabat," Sofia memaniskan muka.
"Wow, tak sabar-sabar nak halau saya ni. Takut saya ganggu awak nak dating?" Emir bernada sarkastik. Serta-merta lidahnya menujah dinding pipinya. Sofia terus tunduk.
"Kereta saya yang awak hijack kenapa awak tak guna?" pandangan matanya menusuk.
"Saya dah suruh Aidil hantar. Thank you and sorry," jawab Sofia tanpa memandang lelaki itu.
Kemarahan Emir mulai ketara apaibila Alvin tiba. Matanya mengiringi Sofia yang terus tersenyum manis saat Alvin keluar dari kereta.
"Kalau dengan saya bukan main monyok lagi awak." Emir berbicara perlahan.
"Langkah Sofia terhenti. Dia berpaling. "Kenapa saya nak kena senyum, nak kena bersuka ria depan tuan? Tak professional tuan," Sofia senyum tak ikhlas.
"Lama tunggu?" Alvin senyum manis.
Sofia angguk. Tealive bertukar tangan. Alvin mengangkat tangannya ke arah Emir. Emir angguk dan terus masuk ke dalam keretanya. Apabila Sofia mengalihkan pandangannya pada Emir, kereta lelaki itu sudah bergerak meninggalkan mereka.
YOU ARE READING
Tak kan Pernah Ada
RomansaSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...