Bab 22

53 2 0
                                    

Pagi lagi, Aidil dan Sofia sudah terpacak di balai polis yang sibuk, dengan penuh tekad mereka melangkah. Mereka mendekati kaunter dan menjelaskan situasi mereka. Pegawai itu meminta mereka berjumpa dengan pegawai penyiasat yang bernama Sarjan Rahman untuk diambil keterangan.

"Surat rujukan ini nanti awak bawa ke JKM. Bawa IC awak dan anak-anak, nanti staf JKM akan bantu awak apply perintah perlindungan interim," Sarjan Rahman memandang muka sofia seketika.

"Saya tahu awak tak nak abah awak disiasat tapi saya sangat yakin dia akan buat lagi kalau permintaan dia tak dipenuhi," sambungnya.

"Perintah perlindungan interim ni akan kami serahkan dengan abah awak dalam tempoh tujuh hari selepas mahkamah majistret luluskan," kata Sarjan Rahman.

Sofia mengangguk. " Berapa lama *IPO ni boleh guna, tuan?"

"Bila siasatan polis selesai, IPO dah tak valid. Kalau pelaku dituduh di mahkamah dengan kesalahan keganasan rumah tangga, mahkamah boleh mengeluarkan Perintah Perlindungan atau kita biasa panggil as PO untuk perlindungan mangsa," jawab Sarjan Rahman panjang.

"Rumah tangga?" Sofia agak kebinggungan.

"Kes awak ni termasuk dalam kes keganasan rumah tangga. Tak semestinya suami aje, ibu bapa atau saudara yang mendera tu pun termasuk,"

"Walaupun tak tinggal serumah?" soal Sofia lagi.

Sarjan Rahman mengangguk. "Dia boleh datang dekat pejabat awak atau kat mana aje awak berada. Jadi IPO ni sangat penting untuk awak,"

"Kalau PO dah lulus, dia tak boleh masuk rumah awak atau pejabat awak. Lepas tu dia kena menjaga jarak sekurang-kurangnya 50 meter daripada awak. Paling penting, PO boleh bagi awak perlindungan maksima sampai setahun," terang Sarjan Rahman.

"Maksudnya, kalau abah saya langgar perintah ni, dia boleh masuk penjara?" tanya Sofia lagi. Membuntang matanya mendengar penerangan Sarjan Rahman.

'Kalaulah aku tahu benda ni dari dulu mesti dapat tolong mama,' gumamnya dalam hati.

Usai mengucapkan terima kasih pada Sarjan Rahman. Dia, Emir dan Aidil terus meneruskan urusan mereka di pejabat Jabatan Kebajikan Malaysia. Selepas beberapa jam berurusan di JKM, Sofia berjaya mendapatkan perintah pelindungan interim.

" Aku takut Dil," Sofia tiba-tiba bersuara selepas mereka memulakan perjalanan balik.

"Tak ada apa-apalah. IPO dah ada so aku yakin abah tak akan berani nak kacau kau," jawab Aidil.

Setibanya mereka di rumah, Aidil menyerahkan satu set kunci kereta kepada Sofia. "Ambil kereta ini," katanya.

"Kereta baru kaukah?" wajah risau Sofia bertukar ceria.

"Sort of, kau gunalah. Aku dengan Mia dah ada myvi tu, jawab Aidil.

Sofia tersenyum lalu mengambil kunci itu. "Terima kasih, Dil," katanya.

"Bawalah, park terus di sebelah," suruh Aidil. Sofia mengangguk lalu dibawa ke garaj rumahnya.

Sebaik sahaja Sofia keluar dari perut kereta itu, dia perasan sesuatu yang pelik. Sebuah kereta Mitsubishi berwarna biru diparkir di garaj rumah sebelah, rumah yang telah lama kosong. Dia baru menyedari kereta Emir dirumah Aidil kini sudah tiada.

Dengan rasa ingin tahu yang membuak, dia berjalan ke arah rumah itu dan melihat nombor plat kereta itu.

"Apa nombor plat kereta Emir ya?" dia bertanya sendiri.

Matanya tertancap pada kelibat Emir yang sedang menyilangkan tangannya berdiri di tingkap runah. Emir senyum. Mulut Sofia ternganga.

"Emir! Apa yang kamu buat di sini?" soalnya, melangkah masuk ke dalam rumah tanpa dijemput.

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now