Bab 46

19 1 0
                                    

Aidil menolak Mia menuju ke wad di mana Alana ditempatkan. Alana mengalami patah tangan dan koyak di dahinya. Keadaan wad sunyi sepi, hanya kedengaran bunyi mesin dan alat perubatan yang berdetik.

Setibanya di wad, Aidil dan Mia melihat Alana yang sedang berbaring dengan wajah yang sedikit pucat. Dia melangkah perlahan menghampiri Alana, diikuti Mia.

"Lana..." panggilnya.

Alana memandang mereka dengan mata yang basah, tetapi dia segera bertanya soalan yang telah mengganggu fikirannya sejak dia sedar.

"Abah mana?" soalnya.

Aidil terdiam sejenak, tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan itu. Alana mengulangi soalan dengan suara yang lebih keras, marah kerana soalannya tidak dijawab. Aidil segera menjawab, cuba menenangkan perasaan Alana.

"Lana, abah selamat. Dia ada di wad tapi..."

"Tapi apa? Abah larikah?" mata Alana beralih ke Mia. Sekali lagi soalan sama diulang.

"Tapi apa?" suaranya sedikit tinggi.

"Polis buka kertas siasatan kes Mama Izzah," jawab Aidil. Dia risau akan reaksi adiknya kerana dia tahu adiknya ini rapat dengan abah mereka.

Mendengar jawapan itu, ada perasaan lega yang muncul dalam diri Alana. Namun, hatinya tetap rasa kecewa dan keliru dengan segala yang telah berlaku.

"Jadi, semuanya betul? Abah buat semua tu?"

Aidil mengangguk perlahan. Alana menghela nafas panjang. Wajah Aidil dipandang lama.

"Mama? Mama tak tahukah apa yang abah buat kat mama Yan?" Alana menundukkan wajahnya apabila Aidil tidak menjawab soalannya.

"Walaupun kau selalu gelar aku anak abah, aku tetap rasa kecewa. Mama Zah tu dah macam mama kandung aku. Dia buatkan aku rasa kasih sayang seorang ibu yang sebenar, mama kita?" Alana mengesat air matanya.

"Fokus dengan abah aje," sambungnya.

Aidil menepuk bahu adiknya. " Aku pun sama... Mama sangat penyayang, walaupun abah buat dia macam tu. Tak pernah sekalipun, dia lepaskan marah dengan kita,kan?"

Langkah Zakiah mati saat mendengar kata-kata Alana dan Aidil. Selama ini, dia tidak menyedari betapa terpinggirnya perasaan anak-anaknya. Air mata Zakiah mula menitis, kata-kata Alana menikam terus ke jantungnya.

'Mama minta maaf anak-anak, mama tak pernah tahu yang kamu rasa begitu,' bisik hati kecilnya berlalu pergi dari bilik itu.

Alana menarik nafas panjang, cuba menenangkan dirinya. "Aku menumpang kasih pada Mama Zah sampailah hujung nyawa dia, aku mulai sakit hati sebab dia asyik sebut nama Sofi sahaja,"

Mia yang berada di sebelah Alana mengusap lengan Alana dengan lembut. "Belum terlambat untuk betulkan keadaan Lana. Sofi masih ada dengan kita,"

Alana menarik nafas panjang seraya mengangguk.Dia memandang ke arah Aidil dan Mia dengan penuh harapan.

"Sofia macam mana? Aku tak tengok dia lagi lepas tolak dia dari pelantar,"

Aidil menghela nafas panjang sebelum menjawab, cuba memastikan suaranya tenang.

"Alvin kelar leher Sofi,"

Membuntang mata Alana mendengar perkhabaran itu.

"Sofi dan selesai operation. Syukur, lukanya tak dalam sampai ke saluran udara. Keadaan dia stabil, tapi dia masih perlu dipantau rapi."

Alana mengangguk perlahan, walaupun hatinya masih terasa berat, ada sedikit rasa lega mendengar Sofia dalam keadaan stabil.

"Alhamdulillah. Aku harap dia cepat sembuh. Aku nak jumpa dia, aku nak minta maaf dengan dia,"

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now