Bab 5

58 6 0
                                    

Matanya tidak lepas memandang kalander di atas mejanya. Dia menarik nafas dalam. Baru tiga hari lepas Emir menyuruhnya menguruskan quotation tetapi pembantunya, Jeremy tidak henti-henti menghubungi pejabat untuk menanyakan perkembangan berkenaan proses pembelian buku itu.

Terbeliak matanya melihat jam di dashboard. Mengenangkan Hani dan Wafa yang menunggunya dia panik. Dua manusia yang paling menepati masa akan membebel sepanjang masa andai dibiarkan menunggu walaupun seminit.

Setibanya dia di restoran yang dijanjikan, dia lega kerana Hani tidak kelihatan di mana-mana. Baru hendak duduk, namanya diseru. Die menoleh. Hani dan Wafa melambai Sofia.

"Ingatkan kau belum sampai," Sofia tersenggih.

"Mak cik lupa ke? Dia ni pramugari memang kena tepati masa," usik Wafa.

Sofia merapatkan kedua telapak tangannya meminta maaf. Hani mencebikkan bibirnya.

"Aku memang dah nak gerak dah tadi tapi..." Sofia terus duduk di atas kerusi yang ditarik Hani.

"Jeremy asyik call pejabat nak tanya progress pembelian buku tu. Baru tiga hari bos dia bagi arahan kat aku. Tak reti sabar. Geram aku!" bebel Sofia.

"Maaf ya, Hani yang cantik," ucapnya sambil tersenyum.

Hani membalas senyuman Sofia. Mereka terus membuka menu yang tersedia. Sementara menunggu mereka berbual-bual kosong. Wafa dan Hani yang baru balik dari outstation mengorek rahsia dari Sofia berkenaan pertemuan dia dan Emir tempoh hari.

"Mana aci weh, Mia aje yang tahu. Ceritalah cepat," pujuk Hani. Tangan Sofia ditarik- tarik manja. Sofia menatap wajah kedua orang rakan baiknya itu silih berganti.

"Yalah... Yalah," Sofia membetulkan duduknya.

"Mula-mula aku bagi cadangan pasal hotel dia. Masa tu okay aje semua tak ada apa-apa. Dia dengar aje apa aku cakap,"

"Lepas tu aku cakap lagi, terpulang dengan dia. Aku bagi cadangan je. Tiba-tiba dia tolak pipi dia dengan lidah. Aku terus macam blur apa yang buat dia marah," sambung Sofia sambil menyuapkan makanan yang baru diletakkan dihadapannya.

"Marah? Macam mana kau tahu dia marah?" soal Hani.

"Dia kalau marah dia tak cakap apa-apa tapi dia tolak pipi dia guna lidah. Itulah indicator dia yang menunjukkan dia tengah marah," terang Sofia.

"Kau salah cakap apa-apa kot?" Soal Wafa pula. Sofia menjungkitkan bahu.

"Yang pasal kau orang bertengkar sebab move on tu pula apa?" Hani menyoal Sofia sambil tersenyum simpul.

"Yang tu paling buat aku sakit hati. Kau orang bayangkan dari cerita pasal green tea tiba-tiba dia tanya aku dah move on? Aku nak move on ke nak move out ke suka hati akulah. Betul tak?" Sofia mendengus kecil.

"Sekarang ni non-stop pula si Jeremy tu call aku. Aku nak marah pun tak boleh, dia pun ikut arahan je..." Sofia membersihkan bibirnya.

Wajah terkejut Hani dan Wafa ditatap lama. Dia melambai-lambaikan tangannya di depan muka mereka. Sofia menoleh ke belakang. Lelaki itu berdiri dibelakangnya dengan senyuman senget. Tangannya segera dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Telefon bimbitnya disuakan ke muka Sofia.

Sofia memandang telefon itu kemudian memandang semula ke arah lelaki itu. Keliru! Dia menoleh semula ke arah Hani dan Wafa. Kedua-dua kawan baiknya itu sedang mengetap bibir menahan senyum. Lelaki itu berdehem menarik perhatian Sofia.

"Give me your number," lelaki itu tanpa dijemput terus duduk di sebelah Sofia. Matanya yang redup menjamah wajah Sofia.

Sofia terus melarikan matanya. Dia tidak betah memandang lelaki itu lama. Sekali lagi telefonnya disuakan di depan Sofia.

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now