Gd Morning Sofia. Petang ni around 2pm Tn.Emir nak jumpa
Rasa gelisahnya menjamah hati. Dadanya terasa sempit. Bibit-bibit lampau tidak henti-henti menghantui otak Sofia selepas menerima mesej whatsapp dari Encik Samat pagi tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 1.50 petang dia masih bertelekung di dalam surau. Tidak putus-putus doanya agar lelaki itu membatalkan perjumpaan petang ini.
Bunyi ketukan pintu surau mengejutkan Sofia. "Madam, ada orang nak jumpa," suara itu cukup dikenalinya..
Jantungnya bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadanya. Sebelum memulas tombol pintu, dia menarik nafas dalam. Detak jantungnya sedikit reda apabila kelibat lelaki itu tiada.
"Okay, nak bincang pasal apa tu ya?" Sofia berkata selepas menjemput Jeremy duduk.
Jeremy meletakkan beberapa dokumen di atas meja Sofia. Kertas itu mengandungi susun atur lengkap LHKK itu. Sofia meneliti satu-persatu dokumen itu.
"Saya ada cadang..." ayat Sofia putus.
Jeremy yang duduk di hadapannya tadi kini bertukar orang. Emir memeluk tubuh dengan wajah tanpa sebarang ekspresi.
"Alright. I'm all ears," suaranya mendatar.
Sofia berdehem. Dia meletakkan dokumen tadi di atas meja tangan kirinya mencapai pensil dari lacinya.
"So, picture this the lobby's chill, and you've got this cool garden upstairs. I think each of the ten guest floors could represent one of the ten categories from the DDC. And on each of those sixty rooms, we deck them out with 50 to 150 books, all digging into cool topics within those categories. How does that sound?"
"DDC is?" kening Emir bertaut.
"Er... DDC ni pengelasan perpuluhan Dewey. Memang digunakan perpustakaan untuk pengelasan bahan perpustakaan. Macam ni," Sofia menunjukkan pengelasan bahan yang dimaksudkannya pada Emir.
Sofia terdiam apabila dia menyedari Emir kaku memandangnya. Lebih mengejutkan lelaki itu tersenyum ke arahnya. Dia melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Emir.
"Tuan?"Sofia menepuk mejanya perlahan.
"Good idea," Emir mengalihkan pandangannya. Pensil yang dipegang Sofia ditariknya lalu mulai menulis di atas kertas tadi.
"Terpulang dengan tuan jugalah. Saya cuma bagi cadangan," Sofia tersenyum kekok.
"Berkenaan buku pula, pihak tuan boleh hubungi Zenithway Sdn Bhd untuk mendapatkan quotation. Senaraikan saja tajuk-tajuk buku yang tuan nak," terang Sofia.
Emir menghela nafas dalam. Dia menolak-nolak pipinya dengan lidahnya. Wajah itu bertukar beku. Senyuman nipis yang terbit sebentar tadi sekelip mata hilang. Sofia melaga-lagakan kukunya keresahan.
"Saya nak awak yang sediakan senarai buku itu. Saya bagi masa dalam minggu ini. Kalau quotation dah ada awak terus sahaja maklumkan pada saya," Emir mengetuk-getuk jarinya di atas meja.
Pandangan mata Sofia tidak berganjak dari wajah dingin Emir. Dalam kepalanya dia sudah berulang kali mengetuk kepala lelaki itu. Permintaannya yang mahukan buku sebanyak enam ribu amat mustahil untuk disiapkan dalam minggu ini.
"Staf saya semua sibuk minggu ini,"Emir berdiri membetulkan bajunya hendak menapak keluar dari pejabat Sofia.
'Sibuk staf kau aje kau fikir. Aku ni tak sibuk ke?' getus Sofia dalam hati.
Assalamualaikum, madam!" suara Sirhan memecahkan kesunyian.
"Eh minta maaf sir. Saya ingatkan tak ada orang,"Sirhan menundukkan sedikit badannya.
YOU ARE READING
Tak kan Pernah Ada
RomanceSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...