Bab 39

27 1 0
                                    

Simbahan air sejuk mengenai tubuh Sofia, menyedarkannya dari kegelapan. Dia terengah-engah bernafas, matanya membuntang terkejut melihat dirinya diikat dalam posisi dengan kedua tangan terentang di udara. Dia cuba menyesuaikan matanya yang kabur dan selang beberapa saat, pandangannya kembali normal. Dia memandang sekeliling, cuba memahami apa yang sedang berlaku.

Alvin keluar dari tempat persembunyian, menayangkan muka pada Sofia yang sangat terkejut. Dengan senyuman sinis di wajahnya, Alvin menghampiri Sofia.

"Good morning, sunshine. How are you?"Alvin memegang rambut Sofia dan dibawa ke hidungnya.

"Alvin?"

Alvin ketawa. Pandangan matanya tidak seperti selalu menyebabkan Sofia kebinggungan.

"Kenapa? Awak terkejut tengok saya kat sini?" Dia mengelus lembut pipi Sofia. Sofia menjauhkan kepalanya.

"Kau ingat boleh main-main dengan perasaan aku?" Alvin memicit muka Sofia sebelum menolak kepala wanita itu.

"Alvin, jangan macam ni. Awak buat saya sakit. Lepaskan saya, please," rayu Sofia.

Alvin menelengkan kepalanya. Senyumannya sinis. Dia merapatkan mukanya dengan muka Sofia.

"Supaya kau senang nak menggatal dengan lelaki-lelaki tak guna tu?" Lembut suaranya.

"Elok aje kau bercuti dengan bekas laki kau ya lepas break dengan aku! Dasar perempuan murahan!" satu tamparan hinggap di pipi Sofia menyebabkan Sofia menangis kesakitan.

Alvin mundar mandir d hadapan Sofia, meregangkan badannya. Dadanya berombak, wajahnya jelas terpancar api kemarahan sedang marak.

"Alvin, saya minta maaf. Saya tak maksudkan untuk menyakiti awak. Tapi ini bukan cara yang betul. Lepaskan saya, kita boleh bincang." Suara Sofia bergetar.

Alvin berhenti di hadapannya kemudian dia menundukkan sedikit badannya mengikut paras mata Sofia.

"Nak bincang apa? Too late! Kau ingat aku tak tahu yang kau melayan Khaleel dan Emir?  Aku ada kat sini untuk kau tapi kau pandang aku sebelah mata aje kan?"

"Alvin, tolong. Saya janji saya akan sambung semula hubungan kita. Lepaskan saya, please,"

"Tak! Aku tak akan lepaskan kau! Aku cintakan kau sama macam aku cintakan isteri aku dulu,"

"Saya janji saya akan sambung semula hubungan kita, saya janji. Tolong lepaskan saya Alvin," andai sahaja dia boleh berlutut, sudah pasti dia melutut.

Alvin ketawa kecil, mendekati Sofia dengan langkah perlahan. Riak wajahnya berubah menjadi Alvin yang dikenalinya di kolej, seorang yang murah dengan senyuman dan baik hati. Air mata mula mengalir di pipi Alvin.

"Saya minta maaf, Sofia. Saya tak sepatutnya buat macam ni. Saya cuma terlalu cintakan awak,"

Alvin perlahan-lahan membuka ikatan di tangan Sofia. Sebaik sahaja ikatan terbuka, Sofia terus membuka langkah seribu. Alvin senyum sinis dan merentap rambut Sofia menyebabkan dia terbaring di lantai.

"Kau ingat kau boleh lari macam tu aje? Kau jangan buat tindakan bodoh, Sofia," Alvin duduk di atas badan Sofia.

"Alvin, tolong... Jangan buat macam ni," Sofia mulai panik.

"Kau fikir kau boleh tinggalkan aku begitu aje? Aku akan pastikan kau rasa apa yang aku rasa," Alvin mencengkam pipi Sofia dengan kuat.

"Alvin, saya janji saya tak akan tinggalkan awak. Tolong... Lepaskan saya,"

"Diam!" Alvin menampar Sofia menyebabkan bibirnya pecah. "Kau sudah terlambat untuk janji palsu kau tu, Sofia. Kau dah hancurkan hati aku, dan sekarang kau akan tanggung akibatnya,"

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now