Bab 20

43 1 0
                                    

Mentalnya penat! Hari ini hari penuh dengan sesi soal jawab. Semua kawan-kawannya masing-masing menaburkan soalan berkenaan hubungannya dengan Emir.

"Cepatlah... Kami tak sabar nak tahu ni," Shaza mengoyangkan bahunya.

Merah telinganya mendengar nama Emir disebut-sebut. Semua ini berpunca dari lelaki itu. Kalau sahaja lelaki itu di hadapannya saat ini. Mahu di cilikan mulutnya.

"Dia ex-husband saya. Ayah kepada anak-anak saya," jawab Sofia tanpa memandang wajah mereka.

Melopong semua yang ada. "Patutlah dia pandang akak tak lepas masa kat kedai makan dulu," Maryam bersuara.

"Sekarang dah tahu, jom kita balik..." ajaknya.

Usai mengemas semua barang-barangnya. Dia mengunci pintu perpustakaan dan terus menuju ke lobi. Baru sebelah kakinya melangkah keluar, dia dikejutkan dengan bunyi hon. Segera kepalanya menoleh ke arah kereta itu.

Rasa gelisah menjamah hati Sofia. 'Kenapa pula dia tiba-tiba datang sini ni?'soalnya dalam hati. Nafasnya seakan tersekat di kerongkong.

Kakinya melangkah resah menuju ke kereta. Badai kebimbangan merempuh-rempuh hatinya. Dia menundukkan badannya sedikit.

"Lama abah tunggu. Sofi dah nak balikkah?" tanya Sofian. Lembut sahaja nada suaranya.

Sofia berdehem. "Ya, baru nak request grab,"Sofia senyum canggung.

"Jomlah... Abah hantarkan balik, "Sofian membuka kunci pintu. "Jom," ulang Sofian selepas melihat Sofia teragak-agak.

Sofian meleparkan senyuman manis pada Sofia. Jantung Sofia semakin laju degupannya melihat senyuman. Dia cukup masak dengan perangai abahnya itu. Sebaik sahaja pintu kereta ditutup. Sofian terus memandu.

"Abah nak minta maaf ya. Apa yang abah buat dekat kamu hari tu,"

"Kamu tak patut cakap macam tu dengan mama Zai kamu. Dia tak pernah cakap yang tak elok pasal kamu atau pasal mama kamu," ujar Sofian.

Senyap. Sofia cuma berani menjawab dalam hati sahaja.

"Kamu dah lama berceraikan, cucu-cucu abah tu perlu kasih sayang seorang ayah," Sofian menukar topik.

"Abah dah jumpa calon yang layak untuk kamu dan anak-anak,"Sofian pandang wajah Sofia sekilas.

"Calon? Sofi okay aje dengan anak-anak bah. Lagipun, Aidil ada..."

"Sampai bila kamu nak harapkan Aidil. Suatu hari nanti dia ada anak, macam mana dengan anak kamu?" Sofian memintas bicara Sofia.

"Abah percaya calon kamu ni dapat bahagiakan kamu," sambung Sofian lagi.

Sofia diam. Bibirnya diketap kuat menahan diri untuk tidak menjawab. Bimbang Sofian akan memuntahkan api kemarahannya saat itu.

"Kita ke rumah sekarang. Lepas maghrib, calon suami kamu datang nak jumpa kamu"arah Sofian.

Dia menampar lembut pipi Sofia . "Jangan malukan abah macam kamu malukan abah dulu,"

Sofia menguis-nguis kukunya. Mulutnya tertutup rapat. Walaupun sudah berkali-kali, berjanji dengan dirinya untuk tidak membiarkan dirinya dibuli oleh Sofian tetapi selepas insiden tempoh hari. Dia gagal.


Sofia melangkah keluar dari kereta dan memandang rumah ayahnya dengan hati yang semakin berat. Fasad megah rumah itu seakan mengejeknya, mengingatkan kepada penjara yang tidak pernah dapat dia elakkan. Dia melangkah menaiki tangga dengan hati yang berat, merasakan setiap inci seperti tetamu yang tidak diingini di rumah zaman kanak-kanaknya.

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now