~Lapan tahun lalu~
"Aku tahu kamu berdua perlu ruang. Tapi, aku rasa kau kena bagitahu dia pasal ni," omelan Hani tidak diendahkannya.
Sofia merebahkan kerusi penumpang seraya menutup mukanya dengan kain. Pening kepalanya masih bersisa. Risau kalau-kalau dia muntah lagi.
Perutnya yang mencucuk-cucuk dari tadi dipegang. Bibirnya diketap kuat. Seolah-olah perbuatan itu akan menghalang dirinya daripada muntah.
Sebaik sahaja tiba di rumah agam 3 tingkat itu, dia terpempan apabila melihat gambar Emir dan seorang wanita yang bernama Isha Farisha.
"Sofi... Kau okay?" Hani mengusap belakang Sofia.
Sofia angguk. Tiba- tiba sahaja perutnya memulas dan dia memuntahkan semua isi perutnya. Matanya berair. Terasa berpusing dunianya.
"Bawa aku balik Ni..." rayu Sofia.
Hani memapah Sofia masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan balik, Sofia menangis tanpa suara. Hanya bahunya kelihatan turun naik, sesekali kedengaran esakan halus tangisannya.
'Kenapa aku kena jatuh cinta dekat dia? Kenapa aku lupa yang perkahwinan kami bukan atas dasar cinta?Kenapa aku senang aje maafkan dia? Kenapa aku cintakan kau Emir,' hatinya menjerit sakit.
"Sofi..." Hani mengoyangkan badan Sofi.
"Jomlah masuk. Dah sampai ni," pujuk Hani.
Sofia angguk. Hani membantu sahabat baiknya itu masuk ke dalam rumah.
"Rehat dulu. Jangan banyak fikir. Kau ingat doktor kata apa tadi, jangan stresskan." Pesan Hani. Dia menutup badan Sofia dengan selimut.
"Nanti Emir balik kau cakaplah dengan dia ya," Hani usap lembut rambut Sofia.
"Kau dah nak balikkah?" Soalan Sofia dibalas dengan anggukan.
Sofia terus duduk dan memeluk erat sahabatnya itu. Tangisan yang pada mula hanyalah esakan halus bertukar kuat.
"Aku tak boleh Ni.. Aku tak boleh..." dalam tangisan Sofia membuka bicara.
"Aku tak nak tinggal sini. Aku boleh gila Ni... Dia dah move on padahal aku masih di sini. Iddah pun tak habis lagi Ni dia dah bertunang," Sofia memukul-mukul dadanya. Pipinya sudah dibasahi oleh air jernih yang meluncur laju dari matanya.
Hani menahan tangan Sofia. "Sofi... Jangan macam ni. Aku sakit tengok kau macam ni," Air matanya mulai gugur.
Sofia merentap tangannya. Dia menyambung semula memukul dadanya. "Aku tak dapat bernafas Ni.. Aku tak dapat bernafas. Tolong aku Ni. Tolong aku! Ya Allah Ni dada aku sakit Ni," Sofia berdiri sambil menjerit.
Dia menolak semua barang yang ada di meja soleknya. Tidak cukup dengan itu, dia menarik lamgsir yang menutupi tingkap biliknya. Sofia seperti kerasukan memusnahkan barang-barang dalam biliknya.
"Mengucap Sofi... Jangan macam ni aku takut..." esakan Hani mulai kedengaran bersatu dengan tangisan Sofia yang suda mengila.
Hani menghubungi jeremy. "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi,"
YOU ARE READING
Tak kan Pernah Ada
RomantizmSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...