Bab 10

47 4 0
                                    

Hati Emir yang kian tenang menjadi kacau semula. Dia segera menghentikan keretanya di bahu jalan sebaik sahaja mendengar cerita Aidil.

"Abah kau cekik dia?" soal Emir seakan tidak percaya. "Dia tak jawab call ke?"

"Dia tak bawa telefon. Aku kat rumah dah ni tapi dia tak ada kat rumah. Aku risau ni Mir,dah gelap dia belum balik"

"Kau tak tahu ke mana dia selalu pergi kalau dia ada masalah?" soal Aidil lagi.

"Kat rumah kawan-kawan dia aje tapi kau kata dia tak ada kat rum..." Emir terdiam.

"Aku rasa aku tahu dia kat mana,"

Emir segera memandu menuju ke destinasi yang dia fikirkan. Tidak putus-putus dia berdoa agar wanita itu berada di sana nanti. Setibanya di sana, matanya melilau mencari kelibat Sofia. Dalam samar-samar kegelapan, dia ternampak Sofia sedang duduk memeluk kakinya.

"Sofi!Sofi!" Dia mengegarkan tubuh wanita itu.

Sofia membuka matanya perlahan-lahan. Hampir sahaja dia melompat sebaik sahaja mata mereka bertaut.

"Awak okay tak ni?" Emir membelek-belek leher Sofia. Tangan lelaki itu ditepis kasar.

"Saya hantarkan. Jom," Emir menarik tangan Sofia. Lengan wanita itu dipegang kejap.

Sofia merentap tangannya "Sakitlah!" Dia mengusap pergelangan tangannya. "Saya boleh balik sendiri. Siapa bagitahu awak saya kat sini?" dahi Sofia berkerut. Matanya tajam memandang Emir.

"Okay... Sorry... Sorry. Saya cuma risaukan awak. Marilah saya hantarkan awak balik. Aidil tengah risau tu," Emir bersuara tenang.

"Saya boleh balik sendiri. Saya tak nak tengok muka awak!Saya tak nak dengar suara awak. Saya tak nak!" Sofia mulai membuka langkah. Dia tidak mahu berhadapan dengan lelaki itu saat ini.

Dia menarik lengan Sofia cuba memaksa Sofia masuk ke dalam kereta.. "Boleh tak jangan degil?" suaranya mulai tinggi.

Sofia menolak Emir sekuat hatinya sehingga lelaki itu terundur. Air matanya mulai tumpah dari tasik bundar. Lolongannya bergema menyebabkan Emir segera menjauh. Dia lemah dengan tangisan wanita itu.

Usai tangisan Sofia reda, Emir mendekati wanita itu semula. "Kita balik ya?"

Sofia panggung kepala. Matanya yang bengkak menyapa mata Emir. "Saya nak balik tapi saya nak  balik sendiri. Bukan dengan tuan," Sofia turun dari kereta. Tanpa menanti balasan dari Emir, Sofia terus berjalan meninggalkan tanah perkuburan itu.

Emir segera menghidupkan keretanya lalu mengekori Sofia. "Sofi, naiklah. Jangan macam ni,"

Sofia berhenti berjalan. Matanya tajam merenung wajah risau Emir. Emir segera menarik brek tangan lalu keluar dari perut kereta. Pintu dibuka luas untuk Sofia.

"Saya dah katakan. Saya nak balik sendiri," Sofia bersuara geram.

"Tak akan awak nak berjalan kaki. Dah malam dah ni Sofi," Emir mencekak pinggangnya.

Sofia meninggalkan Emir. Dia tidak betah hendak menghadap muka lelaki itu. Panas hatinya masih bertapak di kalbunya.

"Awak nak saya buat apa supaya awak naik kereta ni? Awak faham tak yang hari dah gelap. Berjalan bahay––"

"Mind your own business Tuan Emir," Sofia mencela.

"Sofia Irdina binti Sofian!" Langkahnya mati saat mendengar lelaki itu menjerit menyebut nama penuhnya. Bunyi derapan kaki semakin laju mendekatinya.

"Awak kata tak nak tengok muka saya? Okay! Awak ambil kunci ni, drive! Do what you want! Yang penting awak balik rumah!" Emir meletakkan kunci kereta di telapak tangan Sofia.

Sofia mengetap bibirnya. "Kenapa tuan nak sibuk sangat dengan hidup saya ni?"

"Because I still care about you!" Emir memegang bahu Sofia.

Sofia menolak tangan Emir. "Just save it!" Sofia memusingkan anak matanya sebelum melangkah laju ke kereta Emir.

Sofia segera mengunci pintu kereta. Ketukan Emir di tingkap tidak dipedulikannya, Sofia segera memandu kereta itu selang beberapa saat. Sofia berundur dan membuka tingkap.

"Saya ingatkan awak nak tinggalkan saya," Emir tersenyum lega tetapi riaknya berubah panik apabila pintu kereta masih dikunci.

"Awak kata nak saya balik sendirikan. Nak baliklah ni,"

Sofia senyum senget. Dia mengambil telefon bimbit Emir lalu diserahkan kepada Emir. Tanpa berkata apa-apa dia terus memandu meninggalkan lelaki itu.

Pandangan matanya bertemu dengan mata Aidil sebaik sahaja tiba di rumah dua tingkat itu. Sofia tanpa menunggu sesaat terus memutarkan soalan demi soalan. Suaranya diserikan dengan nada kecewa.

"Kenapa kau tak bagitahu aku hal sebenar?" soalnya. Matanya meliar mencari jawapan di mata Aidil "Kenapa kau diamkan selama aku salahkan kamu sekeluarga? Kenapa kau tak bagitahu yang kita sebenarnya adik-beradik bukannya adik-beradik tiri?" bertubi-tubi soalan dilemparkannya menanti jawapan Aidil.

Terbit keluhan dari bibir Aidil. "Aku tak nak kau fikir buruk pasal mama," jawab Aidil lembut.

Dia terus duduk di sebelah Sofia. "Aku tahu macam mana sayangnya kau dengan mama dan aku tak sanggup memburukkan imej mama. Maafkan aku,"

Diam.

"Mama Izzah memang sukakan abah masa abah kerja sebagai pemandu atok kau. Mama Izzah nak berkahwin dengan abah dengan syarat abah bujang. Mama Izzah cuma tahu yang abah dah kahwin dan ada anak selepas 2 bulan berkahwin," Aidil mulai membuka bicara.

Sofia memandang Emir dengan mata berkaca. Esakannya ditahan. "Mama orang ketiga dalam kisah ni," gumam Sofia.

"Kau dengar ke tak ni? Mama Izzah tak tahu abah dah kahwin. Lepas kahwin baru mama tahu. Lepas abah kahwin dengan mama Izzah, atok kau suruh pekerja dia pindahkan kami dari rumah yang kami tinggal. Atok kau bagi rumah di Eden Height," cerita Aidil.

"Kenapa abah setuju? Kalau sayang dengan mama Zai kenapa abah setuju kahwin dengan mama?" Sofia mengesat air matanya dengan belakang tangan.

"Kau macam tak kenal abah. Abah tu opportunist,"

"Kau ingat sebelum abah kahwin dengan mama Izzah kami bahagia ke?" soal Aidil.

"I'm sorry for everything," Sofia memandang lembut muka Aidil. "Aku harap sangat selepas ini dah tak ada rahsia. Kau tahu aku dengan benda-benda tipu ni aku alergik,"

Aidil mengangguk seraya tersenyum. "Aku minta maaf juga bagi pihak Alana,"

"Itu tak ada ubat. Minion abah," Serentak mereka ketawa.

"Aku ada soalan untuk kau pula," Aidil senyum nipis.

"Ini kereta siapa kau curi ni? Dahlah kereta mahal. Masak kita kalau polis datang," Aidil mengelilingi kereta Mitsubishi berwarna biru itu.

"Kau rasa?" Sofia menekan-nekan kelopak matanya yang pedih.

"Mana aku tahu. Macam kereta ni aku kenal tapi itulah macam aje,"

Sofia menyerahkan kunci kereta itu kepada Aidil. Kunci kereta itu ditatap lama. Aidil masih dengan wajah binggungnya.

"Kereta Emir. Nanti tolong aku hantar kereta ni. Jangan suruh datang ambil pula,"Sofia terus masuk ke dalam rumah tanpa menunggu jawapan daripada Aidil.

"Kereta Emir?" Wafa dan Mia bertanya serentak.

Sofia mengetap bibirnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanya. Dia terus diapit oleh kedua sahabat baiknya itu. Mujur saja Hani masih bekerja kalau tidak sudah tentu dia digomol oleh mereka bertiga.

"Eleh... Mulut kata tak nak hati kata ya. Hebat betul lakonan kau ya," Mia cuit pipi Sofia.

"Aku tak ada mood ni. Badan aku sakit. Bibir aku pecah," Sofia tunduk.

Kedua sahabat itu berpandangan seketika. "Ya Allah! Maaflah Sofi... Dengar nama Emir terus lupa kau kena belasah tadi," Mia mengusap lembut rambut Sofia.

"Sorry... Sorry..." Wafa melentokkan kepalanya di bahu Sofia.

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now