Sofia terjaga dari tidur dengan perasaan keliru dan cemas. Dia melihat Wafa dan Hani berdiri di hadapannya dengan wajah penuh kebimbangan.
Dengan nada risau, Wafa bertanya. "Sofi, kenapa kau tidur depan pintu? Apa yang berlaku?"
Hani menghulurkan tangannya untuk membantu Sofia bangun. "Kau okey tak ni? Kau nampak pucat,"
Sofia mengangkat kepalanya perlahan-lahan, mengingat kembali peristiwa malam tadi.
"Ada orang masuk rumah kita malam tadi," katanya sambil mengutip beberapa cebisan kertas yang berselerak di lantai.
"Aku rasa dia cari sesuatu."
Dengan wajah terkejut Wafa memandang Sofia. "Apa? Macam mana kau tahu?"
Sofia menggenggam kertas di tangannya. Malam tadi, semasa dia berada di depan pintu rumah dia terdengar bunyi seperti seseorang mengeledah rumah mereka. Husnuzon, dia terus menapak masuk ka dalam rumah. Tiba-tiba sahaja ada seaeorang yang menutup mulutnya.
"Anak aku!" Seperti disimbah air sejuk, dia belari naik ke atas. Anak-anaknya masih tidur nyenyak. Dia mengusap dadanya.
"Cuba periksa kalau ada apa-apa yang hilang," Sofia berkata selepas dia turun dari atas.
Mereka meneliti satu-persatu barang-barang dalam rumah.
"Macam tak ada apa-apa yang hilang pun," Hani mencekak pinggangnya.
"Ha'ah... Semua ada aje. Apa yang dia cari?" Sofia mengaru kepalanya.
Mata Sofia tiba-tiba tertancap pada komputer ribanya. Pandangannya dikalihkan ke arah Wafa dan Hani.
"Kamu guna laptop akukah?" Soalnya. Kedua-dua sahabatnya mengeleng hampir serentak.
Sofia bergegas melihat isi komputer ribanya. "Semua fail bukti pasal abah aku kena padam," suara Sofia bergetar menahan tangis.
Mereka berdua mendekati Sofia. Dengan nada panik Hani berkata. "Apa kita nak buat sekarang?"
Sofia bergegas mencapai telefon. Segera dia menghubungi Aidil. Hanya Aidil sahaja yang ada salinan semua bukti itu.
"Kenapa tak jawab ni? Dah pergi kerjakah?" Gumam Sofia.
Kali ini, dia mencuba mendail nombor Mia. Sama! Tidak ada jawapan. Dia semakin cemas dan memutuskan untuk pergi ke rumah Aidil. Wafa dan Hani ikut bersama.
Sebaik sahaja berada di hadapan rumah Aidil, mereka mengetuk pintu berkali-kali tetapi tiada siapa yang membuka. Kereta mereka masih berparkir di garaj.
"Dil! Mia! Aku masuk ya?" Sofia mengambil kunci rumah Aidil yang berada dalam simpanannya.
"Ya Allah! Dil! Mia" tergamam mereka melihat Aidil dan Mia terikat di atas kerusi. Mereka segera membebaskan mereka berdua.
Aidil dengan suara serak berdehem beberapa kali. "Laptop aku kena curi Sofi,"
Sofia terduduk. "Folder aku dah kena delete,"
"Kita mesti buat laporan polis sekarang. Ini dah melampau. Tak ada lain, memang kerja abah," Aidil memeluk Mia yang ternyata masih dalam ketakutan.
Mereka bersetuju dan bersiap untuk pergi ke balai polis. Tiba-tiba, Emir muncul di depan pintu selepas mendengar kekecohan yang berlaku.
Emir meluru ke arah Sofia dengan wajah penuh kebimbangan. "Sofi, awak okey tak? Apa yang berlaku?" Emir mengelilingi Sofia dengan cemas.
Sofia tersenyum kecil melihat reaksi Emir. "Saya okey, Emir. Awak tak perlu risau sangat,"
YOU ARE READING
Tak kan Pernah Ada
RomansaSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...