"Tasha. Pergi panggil Amin ke dalam. Panas kat luat tu. Suruh dia masuk makan. Malu-malu pula dia." Kata mama sambil menolak sedikit badan Natasha supaya keluar memanggil bakal suaminya.
Rose pula hanya tertawa kecil melihat Natasha yang serba salah antara tak mahu dan terpaksa. Dia menyiku sedikit suaminya di sebelah supaya memberi perhatian kepadanya. Datuk Adam memandang isterinya dan tersenyum. Suka benar dia melihat Natasha yang pada pandangannya sangat sopan dan menghormati orang tua.
"Tapi ma....Baiklah" baru sahaja dia ingin mengelat tetapi bila mama sudah mencerlungkan mata kepadanya terpaksalah dia pergi juga.
"Malulah tu. Si Amin ni pun sengaja je tak nak masuk mengada-ngada nak kena jemput pula. Kita masa muda-muda dulu tak ada pun macam ni kan Daus. Aku ingat kau dulu masa nak kahwin dengan Aida kau sendiri yang nak sarung cincin masa bertunang." Datuk Adam mengusik teman baiknya.
"Alah kau pun sama juga. Masa mak kau nak pergi meminang Rose kat UK dulu kau kata tak payah. Terus nak nikah je. kalau meminang nanti lambat sangat nak nikahnya kau kata." Papa memulangkan paku buah keras kepada sahabatnya. Akhirnya mereka sama-sama ketawa berdekah-dekah.
Natasha membetulkan sedikit tudung di kepalanya. Dia tercari-cari orang yang patut dipanggilnya masuk. Mana? Tak ada pun. Dah balik ke? Ataupun lari? Sepatutnya aku yang lari. Eishh.. menyusahkan betul. Nak cari kat mana pulak ni. Nak tak nak terpaksa juga aku cari sekeliling rumah ni.
Tiba-tiba dia terlihat seseorang yang sedang duduk bercangkung di tepi kolam ikan. Sedang sibuk memerhatikan ikan yang dipelihara mama berenang-renang. Hah kat sini pun dia. Penat aku cari sekeliling rumah dia boleh pulak duduk lepak-lepak kat sini. Macam pernah tengok belakang mamat ni. tapi kat mana ye?
"Assa.. Assalamualaikum awak. Mama panggil masuk. Dia ajak makan." Panggil Natasha tergagap-gagap.
"Wa'aliakumusalam" Lelaki yang sibuk memerhatikan ikan itu tadi berpaling. Dia tersenyum kelat memandang Natasha yang sudah ternganga memandangnya.
"Kenapa awak ternganga pandang saya?"
"Sir... Sir buat apa kat sini? Macam mana sir tahu rumah saya?" Kenapa pulak Si Nasi Kandar ni ada kat sini? Best sangat ke merayap ke rumah student dia?
"Salah ke saya nak datang rumah bakal isteri saya?" tanya Iskandar sedikit sinis. Entah kenapa dia berasa geram dengan Natasha sedangkan dia tahu Natasha tidak bersalah.
"Bakal isteri? Tapi... bakal suami saya nama dia Amin. Bukan awak" Hah amik kau! Tak ada lagi gelaran kehormat untuk kau. Kerek sangat kagi dengan aku.
"Natasha dah dekat dua bulan awak jadi student saya. Takkanlah awak tak tahu nama bakal suami awak ni Iskandar Al-Amin?" Iskandar masih lagi dengan nada sinisnya.
"Lah yeke? Tak tahu pula saya. Bukannya saya pernah terinigin nak meyibuk hal awak pun. Lagipun awak tu siapa je sampai saya nak kena ambil tahu pasal awak?" Natasha juga menjadi geram apabila Iskandar tak habis-habis dengan muka tak puas hatinya itu.
Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau ke? Nak kerek-kerek kenapa? Kalau kau tak nak kahwin dengan aku, aku lagilah seribu kali tak nak lah! Bukannya aku tahu aku nak kena kahwin dengan kau pun. Nak marah sangat pulak. Kau ingat kau je boleh marah aku pun boleh lah!
"So, sekarang ni awak setujulah ye dengan cadangan parents kita? Betul-betul menepati janji awak ni ye. Ke awak memang dah tak sabar nak kahwin?"
"Awak ni kenapa ye? Macam tak puas hati je dengan saya? Ok. Sekarang ni saya nak tanya. Kenapa awak setuju untuk kahwin dengan saya?" Natasha sudah benar-benar geram dengan Iskandar yang tak habis-habis menyakitkan hatinya.

YOU ARE READING
My Hubby My Lecturer
Любовные романыSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...