MHML Bab 3

41.3K 1K 15
                                        


"Hello. Siap cepat 20 minit lagi saya sampai. Jangan nak buat alasan tak nak ikut. Titik!"

Telefon bimbit di tangan di pandang dengan wajah pelik. Rajin saja tangannya menggaru kepala yang tiba-tiba terasa bagai ada sejuta kutu berjoget-joget di atasnya. Mama pula hanya memandangnya sambil tersengih sambil mengangkat-angkat kening. Await mama ni?

Mamat sengal mana pulak yang call aku tiba-tiba ni? Salah nombor ke apa? Dah lah berlagak, salam tak bagi, tak bagi tahu siapa dia. Tup.. tup dah off. Zaman sekarang ni memang ramai orang pelik. Lantak kau lah. Kisah aku!

"Hah sayang. Apa lagi termenung ni? Pergilah siap. Kejap lagi dia sampai tu."

"Siapa yang nak datang ma?"

"Bakal suami awak lah sayang. Siapa lagi? Dia nak ajak pergi tempah baju nikah tu. Dah pergi naik siap cepat." mama tersengih melebar.

Amboi suka benar dia. Aku ni dah kena little heart attack dah ni. Sampai hati mama. Lari balik kampung nanti baru tahu. Eh, kat kampung tu bukan ada sesiapa dah. Tok abah dengan tok wan dah lama tak ada. Aduhai.. sabar Tasha dapat keberkatan dari ibu bapa bererti aku dapat keberkatan Allah. Sabar!

"Baik, ma." Natasha segera menapak ke tingkat atas. Senyuman palsu dilemparkan kepada mama.

Baju apa aku nak pakai ni? Karang kalau aku pakai lawa-lawa pulak dia kata aku terlebih over. Kalau pakai buruk-buruk karang dia sound aku dengan English dia yang super power tu 'You are embrassing me Natasha!' siap dengan jari telunjuk dia yang cantik, runcing, putih bersih, tu tunjuk kat muka aku.Eh! Terpuji pulak. Uhh.. tak sanggup aku!

Ok Natasha tarik nafas. Lepas. Tarik nafas. Lepas. Buka almari dan pilih baju yang kau rasa dia tak akan kutuk kau. Hah! Yang ni. Terbaik!

****

"Here come pokok Christmas berjalan. Awak ni mesti high maintenance person kan? " Iskandar terus meleser Natasha sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari pintu rumah Natasha setelah dia meminta izin mama untuk membawa Natasha keluar.

Matanya sengaja dikecilkan memandang ke bawah. Konon-kononya Natasha terlalu pendek darinya. Tapi memang betul pun. Tingginya sekitar 1.86 meter dan Natasha hanyalah 1.54 meter. Memang terlalu kecil pada pandangannya. Haha ketot!

"Eh dah kenapa pulak? Tiba-tiba je. Ni nak cari gaduh ke apa ni?"

"Yelah kan kajian cakap kalau perempuan yang suka pakai blocking colour ni high maintenance. So rasanya awak pun macam tu lah kan?" Iskandar tersenyum sinis. Mukanya sengaja diseriuskan kepada pemanduan. Memandu perlu tenang! Tenang membuli budak kecil ni.

"Ya Allah Kenapalah typical sangat pemikiran awak ni? Sempit sangat tau. Tak semestinya saya pakai dress kuning dengan shawl biru. Saya ni high maintenance. FYI (for your information) dari kepala ke kaki saya ni semuanya tak sampai seratus ringgit pun tau. So saya rasa daripada awak membazir air liur awak nak gaduh dengan saya, baik awak diam. Biar saya hafal theory subject awak untuk short test esok. Kalau saya tak dapat jawab masa awak tanya nanti awak malukan saya pulak dalam class. So Mr. Iskandar al-Amin sila diam ye. Kepala saya dah cukup banyak benda nak fikir tak cukup tempat nak letak idea melawan kata awak lagi."

Natasha segera mengambil earphone di dalam beg tangannya, memainkan lagu kegemarannya, You and Me dari Lifehouse dan memasangnya ke telinga sambil meneliti nota ringkas di tangannya sementara Iskandar hanya terkedu. Eh dia ni. Pantang aku nak menyakitkan hati dia ada je aku terkena balik. Tak apa Is. Kau lecturer yang baik. Dia nak belajar kau patut sokong. Jangan kerana benda tak penting kau nak musnahkan masa depan pelajar. Siap lah dia nanti bila dia tak study aku kerjakan dia cukup-cukup.Natasha yang sedang terkumat kamit menghafal sekali lagi dipandangnya geram.

My Hubby My LecturerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang